Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday - Aquaria KLCC

***













***

Tuesday, September 24, 2013

Shit Happen #AnjingKejar Kenapa Gua Jatuh Teruk?

***


Based on a true story

***

Bila gua balik dari opis, gua snap beberap bukti untuk buat aduan pada MPSepang.
Akceli, gua dah register kat E-aduan MPSepang, tapi sampai sekarang gua tak dapat email notification.
Terbantut urusan komplain gua.

***

Gua balik rumah dengan penuh seksa,
Jalan terhinjut hinjut, lutut masih lebam dan luka masih berdarah.

Perit Woit..

Sampai saja rumah, my wife check luka kat belakang,

Perghh tak hingat, sekali tengok macam jatuh moto.

tapi hakikatnya....

Malam tu juga gua pergi klinik sekali lagi untuk ambil injection + MC.

serious lomah badan den nak bangun pagi pergi kerja hari sabtu haritu.

***

Bila gua cerita kat orang pasal gua jatuh kena kejar Hanjing,

Boleh plak diorang bahan gelak.

huhuhuhu..

tapi hakikatnya 

Gua tunjuk gambar hanjing hanjing tu kat diorang,

Bayangkan situasi yang gua kena, 2 ekor lari melulu ke arah korang dan yang lain yang dok standby.

Tak sempat nak baca ayat, tak sempat nak acah amik batu, pintu kereta dah lock.
tangan penuh barang.

Apa yang korang akan buat?


Tapi tak mengapa, esok gua masuk opis, jikalau hanjing hanjing tu masih ada,
gua akan anta email aduan@mpsepang.gov.my. 


***

Friday, September 20, 2013

Shit happen #AnjingKejar

***

*18PL*
Spoil mood of the  today.

Pagi pagi buta lagi gua dah parking kereta dekat Sport Arena, Cyberjaya.

Tetiba dari sekumpulan Hanjing yang lepak lepak kat hujung semak, 2 ekor  daripada sekumpulan hanjing bersemenagat waja berlari lari ke arah gua. Cam k*mak je.

Masa tu, gua dah lock kereta, dah la gua dengan pegang beg berisi coco crunch sebelah kiri dan sebelah lagi kunci kereta. Gua jadi blurrr..

Hanjing 2 ekor tu semakin lama semakin dekat.

Gua cabut lari keliling kereta lantas terus ke food court. C*bai tak pasal pasal exercise pepagi cam nie.

Tak sampai food court, gua dah tersungkur jatuh. Gua redha je.. kalau kena gigit nie, esok sure keluar front page kat paper.

Gua bangkit, 2 ekor Hanjing tu keliling gua lalu mereka pergi begitu saja.

Woff wofff..

"lor cam tu je.."

Tahap mengHanjing 2 ekor tu, meninggalkan luka dekat lutut, tangan, belakang dan dalam hati gua.

Kena menganjing dengan kawan kawan pun tak pedih macam ni. Huhu.
Dah lama gua tak luka berdarah macam nie, last kena macam nie masa jatuh basikal darjah 5 dulu.

***
Lutut gua rasa macam tak selesa, dan terpaksalah gua pergi klinik pagi tadi,

Awak jatuh superbike ke? tanya Doktor.

"erkk tak la, jatuh kena kejar hanjing." Gua jawab dengan jujur.

"Ada kena gigit tak? kalau kena gigit, I kena inject you." tanya Doktor lagi

"Eh takder,  I just jatuh lepas fight dengan hanjing tadi" kasi ayat poyo kononnya kuat.. Puiii

Gua masuk bilik rawatan, nurse lepasan UITM puncak alam mencuci luka gua dengan air bersih. Mula mula tu ok je, lepas beberapa minit rasa lain macam.

"Air apa tu, lain macam je mengeyam dia?"

"Oo tu macam air garam tak garam, kitaorang panggil air bersih/ solution untuk cuci luka"

"Perghh" Gua tahan je.

Doktor kasi MC, tapi gua cakap "sikit je nie, it's ok". tapi diorang selit juga MC tu dalam platik ubat.
***

Kalau korang bekerja dekat area Cyberjaya dan terserempak dengan Hanjing liar, sila report ke

MPSepang
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG,
Persiaran Semarak Api,
Cyber 1, 63200 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon: 03-8319 0200 / 03-8319 0300
Faksimili: 03-8319 0220

Waktu Operasi MPSepang

Isnin - Khamis :    8.00 pagi - 1.00 petang 2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat : 8.00 pagi - 12.15 tengahari 2.45 petang - 5.00 petang

Atau e-Melkan permasalahan anda ke aduan@mpsepang.gov.my.

respon diorang agak cepat juga, pukul 9 aku report, pukul 9.45 diorang dah pegi check area situ, tapi malangnya, gang gang Hanjing dah tak der kat situ.

Shit happen.

***

Thursday, September 19, 2013

PowerLine Communication a.k.a Ethernet over PowerLine

***

Kalau dulu, teknologi Power over Ethernet adalah satu ayat diguna pakai oleh para IT/Networkers dimana device/peralatan seperti voice/IP phone, wireless device, web/ security cam dan switch yang berfungsi tanpa menggunakan power adapter.

Jadi bagaimana device/peralatan dapat sumber tenaga/power?

Device/Peralatan itu dapat sumber tenaga melalui Ethernet atau lebih dikenali sebagai network cable.

Kini Teknologi Powerline Communication atau Ethernet Over Powerline boleh digunakan di rumah. Dimana, data tranfers atau network yang anda perolehi akan melalui powerline atau wayar eletrik yang tersedia dalam dinding rumah kita.

Sekarang ini mudah, anda tidak perlu lagi beli sebiji switch 24/48 port dan cable network/RJ45 panjang-panjang untuk dapatkan internet atau network.

Apa yang ada perlu beli adalah Powerline Ethernet adapter. klik disni

***

Rumah anda tidak lagi serabut serabai dengan cable network. 



Gambarajah diatas adalah contohnya rumah banglo anda ada 6 bilik khas. 

Insyallah semua teringin rumah banglo kan..

Internet atau modem unifi anda terletak di perpustakaan kecil. Kalau guna wireless, mungkin bilik tingkat 2 kurang dapat signal network. Kalau nak pakai cable, memerlukan cable network/RJ45 yang panjang dan kos dia sangat mahal.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Cable network dipasangkan pada router/modem UNIFI ke Powerline Adapter.

Dan pada setiap bilik, juga dipasang dengan Powerline Adapter. contohnya
Bilik Game: Bagi gamers yang suka main online macam aku, bolehlah 'connect' network cable dari  Powerline Adapter ke PS/Xbox

Bilik TV: Bagi pengguna yang menggunakan IPTV. SetupBox di 'connect' kan ke Powerline Adapter.

Bilik Server: Bagi orang yang banyak data/image/movie/song nak backup, 'connect' kan NAS ke  Powerline Adapter.

Mini office: Bagi pekerja yang komitted, balik kerja pun masih nak buat kerja. Ishh ishh.. selalunya orang yang Work From Home sangat berguna kalau ada Mini office. Korang boleh 'connect' kan PC/Laptop ke Powerline Adapter..

Master Bedroom: PC/Laptop connect ke Powerline Adapter.. Itulah.. bila dah kaya, kat bilik tidoq pun nak letak pc/laptop. Isshh.. baik tidoq je dari main komputer dalam bilik tido. Lainlah ada cctv nak kena monitor, memang sangat sesuai letak dalam bilik. Boleh monitor bibik/pencuri yang nak pecah masuk rumah banglo kita. Wohooo..

Klik disini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Powerline Adapter..

***

Sebenarnya, rumah tak banglo pun boleh pakai benda nie. Aku ingat lagi, dulu masa aku stay kat rumah sewa, ada 10 orang semuanya. Semua belajar network dan semua nak pakai internet. So kitaorang kena beli switch 2 biji, pastu beli network cable lagi untuk setiap PC. Memang berserabut.

Itu baru rumah sewa,

Masa stay kat hostel, ada 2 blok, kitaorang tarik cable dalam 60 meter untuk dapatkan internet dan network. Pastu, bila malam dan hujung minggu tiba, kitaorang ramai ramai main counter striker dan ada yang main Command and Conquer.  Memang Heaven and Fun.

Kalau ada benda nie.. settle masalah. 
***

Kalau tak faham silalah bertanya. Aku bukan penjual benda nie. Korang boleh beli di Digital Mall or Lowyat or mana mana kedai computer, cakap "ada jual Powerline Adapter tak?"

Kalau korang rajin nak lebih details macam mana dari power boleh carry data/IP dan sebagainya, korang boleh baca di How Stuff Work : How Power-Line Networking Works

atau layan video kat bawah nie sebagai contoh:






Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday: Dinner for Tonite

***



***

Friday, September 13, 2013

Ohhh Ozil..

***

Sekitar bulan 6,7 dan awal bulan 8, Ivan Gazidis dan Arsene Wenger dikecam hebat oleh media dan peminat arsenal sendiri, atas memberi harapan besar untuk berbelanja besar pada musim baru ini.


Apatah lagi, meberitahu dunia bahawa mereka mampu mampu membeli dan membayar gaji pemain seperti Rooney.


Hari demi hari berlalu, media dan fan digembar gemburkan dengan berita Higuain bakal menjadi pemain arsenal. Ini semua kerana bapa beliau sendiri bawa memberi statement pada media.


Harapan.. harapan menjadi layuuuu - Hyper Act -Harapan

Harga Higuain dinaikan, Arsenal hanya membida £23m, tapi Napoli membida £34m


PencariaN demi pencarian diteruskan, tapi hanya 2 free player juga Arsenal dahulukan

Yaya Sanogo: Arsenal sign French Under-20 striker from Auxerre

Mathieu Flamini: Midfielder returns to Arsenal on free transfer


Yaya Sanago who?? aku tak kenal pun, ok abaikan

Flamini, bagi aku bagus, atas sebab kerajinan beliau diatas padang. Amat berguna jika player seperti Arteta injured dan Diaby yang sememangnya terkulai

***

Persembahan Arsenal ketika friendly di Asia amat memberangsangkan tapi apabila mengharungi piala Emirates, mereka gagal membuktikan sesuatu. Cuma friendly terakhir, mereka berjaya menundukkan Man City di Helsinki.

***

17 September 2013, Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 3-1 ke atas Aston Villa di laman sendiri.


Perasaan Fans mula gelisah, dengan keadaan ramai player injured dan dijual. Board dan AW masih berdiam diri dan focus pada perlawanan Champions league. Baginya kekalnya team Arsenal di Champions league adalah faktor kehadiran pemain ke Arsenal.

Arsenal mula bangkit dan bersinar dengan ketejaman Giroud, keserasian beliau bersama Walcott dan kelincahan Ramsey mula membuka mata Fans, apabila Arsenal berjaya layak ke peringkat kumpulan setelah menewaskan Fenerbahce dan juga berjaya menewaskan Fulham di EPL. Jarak masa permainan sungguh ketat tapi mereka berjaya melakukannya dengan baik. 

Sebelum melabuh tirai "Transfer Window" spekulasi demi spekulasi dipaparkan oleh media. Akhir perlawanan North London Derby, AW memberi ayat "Maybe we’ll have a good surprise for you.” berserta dengan senyuman sinis.


***

Akhirnya, Arsenal berjaya mendapatkan pemain tengah Real Madrid, Mesut Ozil, setelah Bale sah menjadi milik Real Madrid.

Kini terbukti, Arsenal mampu berbelanja besar tanpa berhutang.




"Jaga cik Salmah"

Tak sabar aku nak tengok game hujung minggu nie

Wehuu

"Come on You Gunners"

***

Thursday, September 12, 2013

Gain my weight


***



Asyik asyik artikel pasal macam mana nak kurus.

90% artikel dalam internet atau jualan produk adalah untuk kuruskan badan.

Abis orang kurus macam aku, korang sisihkan.

Nasib baik aku jumpa artikel ni, 

Memang satu artikel yang berguna untuk aku.


***

Dulu aku kerap ke gym,

Kononnya nak fit dan besarkan otot,

tapi masalahnya,

Meal plan aku berterabur.

Yup, aku dari sekolah, kurang berdisplin bab pemakanan

apatah lagi pernah beli susu weight gain, tapi tak berhasil

Sebab Apa?

Kurang berdisplin..

Bukan apa, kawan kawan,

Aku makan sehari sekali pun boleh survive hidup lagi.

***

Memandangkan aku dah berusia 30thn masih under weight.

Maka, terpaksalah aku displinkan diri aku.

Make it serious.

***
Selain dari baca artikel, aku juga bertanya pendapat kepada rakan aku yang dulu

bekerja sebagai instructor gym.

Benda simple je,

Makan setiap 3 jam.
Menu wajib setiap 6 jam, dan diantara menu wajib, makan buah buahan keras atau snack

Contoh:

Breakfast / Lunch / Dinner - Menu wajib dan berat

Breakfast : 8-9 pagi

Buah buahan / Snack: 11-12 pagi/tengahari

Lunch: 2-3 Petang

Buah buahan / Snack: 5-6 petang

Dinner: 8-9 malam

***

Buah buahan juga boleh ditukar kepada Mixed nuts, dried fruits, yogurt, cottage cheese, eggs, sandwiches, milk, protein shakes.

***

Aku cuba pratikkan ini dulu.

Bila dah berisi, baru sedap pergi gym,

baru tough skit badan nie.

***

Wednesday, September 11, 2013

wordless Wednesday -Baldipool

***


***

Tuesday, September 10, 2013

Kisah Syawal 1434

***

Berlalulah sudah Syawal 1434.

Seperti biasa, aku sangat sibuk dari minggu pertama hingga minggu terakhir syawal.

 Minggu pertama kat rumah Mertua di Pontian. Raya seperti biasa berserta sambutan harijadi Sofea

Minggu kedua kat kampung aku di Penang, tapi kali nie balik lebih kepada sambutan perkahwinan kazen aku.

Minggu ke-tiga, aku keluar menziarahi sedara mara dan sahabat handai

Minggu terakhir, Sedara mara dan sahabat handai pula menziarahi aku.

Wahh gitu..

Sampai tak der masa nak post entri.

Selamat menjamu mata melihat gambar gambar raya ku.

Minggu pertama

Pontian & Perling Johor


Sempat... last minute shopping kat JPO


Raya 1st


 Raya 2nd






11-08-13 birthday Sofea 2 tahun


Minggu Ke-dua

Penang


Naik flight.. sonang..


Memandangkan ada kenduri di sebelah Pulau, kitaorang lepak lepak kat Rainbow Paradise.

Sempat juga teman anak aku swiming, kalau aku ajar, karang jadi macam "ketam ajar anak berjalan"

OTW pergi akad nikah, Dress code aku over dari bapa pengantin tau...
 

Ini time kitaorang menang kereta.. Woww..Power Rude..

Akceli aku driver pengantin je.. huhu..


Ini kenduri sebelah lelaki di Dewan Tabung Haji Pulau Pinang.

Dewan ini juga, adalah dewan perkahwinan aku dulu,

Jika 2 tahun lepas, masa kenduri aku kat situ, Sofea masih dalam perut berusia kira kira 2 bulan.

Now, Sofea dah 2 tahun.

Nostalgia..


Minggu Ke-3

Ziarah Sanak Sedara & Rakan Taulan Di sekitar Selangor dan KL

Fea & Alya
 
Fea & Reef

Fea & Hus

Minggu ke-4 Finale

Makan makan kat rumahku

Ini bukan open house, tapi just buat makan makan.

Begitulah sedikit gambaran Syawal 1434 kali ini.

sekian,

XOXO

***

Review Blog 2.0 by SheilaShahFiekry

***



1) Follow blog www.sheilashahfiekry.my Completed 

2) Like fanpage Sheila Shahfiekry (klik dekat sidebar ye)  Completed 

3) Tinggalkan url blog dan juga nama facebook  Completed 

4) Kalau korang buat entri, [sebagai bonus] aku masukkan dalam bloglist 'Lovely Friends'. Jangan lupa buh sekali banner tak awesome aku tu. War-warkan kepada rakan semua yaa

***

Haah.. kalau blog korang nak direview oleh Sheila boleh la join benda nie


XOXO

***


Wednesday, September 4, 2013

I'm on Astro IPTV


***

Dulu aku teringin nak pakai IPTV, tapi disebabkan INFRA belum ada lagi kat area rumah aku, jadi aku terpaksalah redha.

entri tahun lepas: Astro IPTV & Euro 2012

***

Awal Jun haritu, Astro call "Encik, Apartment encik sudah boleh pasang IPTV".
 
Apa lagi, aku terus booking.

Aku belek belek contract Streamyx, yebaaa sudah matang.

***

Sebelum pemasangan, aku make sure dan study INFRA Astro IPTV sehinggalah hari pemasangannya.

dan baru aku faham,

"OOO cam nie ghupanya.."


Opss kenapa aku letak gambar UNIFI.

Untuk pengetahuan korang, setup untuk Astro IPTV lebih kurang UNIFI.

Walaupun Astro offer Line Maxis Fiber2home bersama Astro IPTV,

Hakikatnya INFRAnya dari TM.

Kalau rumah apartment, dari MDF ke Phone Socket dan BTU (Broadband Termination Unit / Modem) akan di"setup" oleh TM.

Manakala Maxis router akan di"setup" sebagai PG (Permise Gateway). Fungsi PG membekalkan 
Wi-Fi/Internet dan IPTV untuk TV.

Phone Socket -- (RJ11/Phone cable) --> BTU -- (RJ45/Network Cable) --> PG -- (RJ45/Network Cable)  --> STB

untuk memudahkan, BTU letak berdekatan dengan PG router maxis dan STB Astro decoder.
Biar phone cable/RJ 11 panjang dari network cable.

Kalau ada masalah Internet/Astro terus direct call ke Astro IPTV (03-95431543).


Atas Kiri : BTU (TM)  Kanan: PG (Maxis)
Bawah: STB (Astro)


Pros

  • Tiada ganguan ketika menonton Astro ketika hujan - test completed 
  • Kelajuan Internet yang awesome -  test completed 



Cons

  • Kalau line internet down, maka korang tak boleh surfing internet melalui PG dan Astro tv pun down dan hung.
  • Loading TV guide agak slow. Agak leceh bagi aku nak record cerita untuk hari hari mendatang.


***

So inilah sedikit sebanyak review aku sebagai pengguna Astro IPTV.

Anda bila lagi??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...