Thursday, April 25, 2013

Typical Malaysian Habits #2

***


kekeke

mohon terasa

Thank to JinnyBoy

***

Wednesday, April 24, 2013

Wordless Wednesday 24042013

***


***

Friday, April 19, 2013

Typical Malaysian Habits #1

***


Adakah anda telah mencoba teknik teknik seperti dalam video kat atas tu?

Tak payah nak sengih sengih..

K bai..

Thank to JinnyBoy

***

Thursday, April 18, 2013

Blog Paling Sejuk adalah...

***

Blog Paling Sejuk jatuh kepada...



jeng




jen jeng




jen jen jeng








Aku kalau singgah kat Space U8, mesti pekena CoolBlog
Macam dah kena mandrome.
Selalunya aku pilih perisa coklat dengan black pearl (dah macam nama kapal Jack Sparrow je..)

Bagi aku, yang bestnya minum CoolBlog ni..,


Sambil minum kita boleh join contest,
dan sambil hirup ketulan ketulan ais yang telah diblend, kita boleh layan muka k-pop chomel Heliza.

Mmmmmmm Dapp nye..

K Bye..

***



Wednesday, April 17, 2013

Wordless Wednesday 17042013

***




Antara koleksi aku.

 ***


Tuesday, April 16, 2013

Hari Meatball Se-Malaysia ke???

***

Awal pagi tadi, Aku buka je blog,
ramai orang bercerita pasal Meatball terutamanya..

MeatBall Abang Burn

Apakehai...
Hari ni, Hari MeatBall Se-Malaysia ke??

Sekarang, aku tengok MeatBall abang burn kian meningkat naik dipersada seni pem'Burger'an Malaysia.



Rata rata blogger yang dah try,
Semua beri pandangan positif.

Satu hari, aku kena pi try juga la sesuap dua Burger Bakar ngan Meatball Abang Burn.

untuk maklumat lanjut, hang pa boleh layari http://www.abangburn.com/

***

Nasi Hujan Panas Ribut Petir

***

Inilah resipi pertama isteriku post dalam blog.
Nasi Hujan Panas Ribut Petir,
Berlaukkan Ayam Masak Merah dan Kari Kambing MMZ.

Tapi kali ni,
MyWife hanya sharekan resipi Nasi Hujan Panas.
Next entri, MyWife akan sharekan Ayam Masak Merah.

Kari Kambing?
Itu kena tanya resipi kedai mamak MMZ.


Bahan-bahannye:

4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan pewarna merah, kuning dan hijau [bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

untuk hiasan:
gajus
bawang goreng
kismis

Cara-caranye:

Cuci beras bersih bersih dan rendam selama 10 minit. Toskan.

Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang.

Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga naik bau wangi. Biar sampai jiran sebelah jerit. "Oi orang sebelah, Masak apa tu...?". 

Masukkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi, lalu masukkan beras dan gaul sama rata.

Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.

Masak nasi ikut periuk nasi korang.

Bila nasi kering, letak atau renjiskan setitik dua untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.

Untuk bagi Nasi Hujan Panas ini lebih menarik, hiasilah ia dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika korang suka.

Resipi Nasi Hujan Panas ini disediakan untuk 4-5 orang makan.


Selamat mencoba dan makan kenyang kenyang.

***

Thursday, April 11, 2013

Perang Manifesto Sudah Bermula

***



Semenjak pembubaran Parlimen minggu lepas.

Janji janji manis mula berkumandang.

Masing masing mula jadi expert dalam Manifesto.

Berhujah sana sini, mengalahkan Ahli Politik yang bertanding.

Ada yang buat kiraan matematik dalam masa sejam dalam pengiraan Penurunan Harga Kereta.

Ada juga tetiba rajin merobek arkib arkib negara untuk membuktikan siapa tiru siapa.

***

Kini..

Panji panji parti telah pun tegak berdiri di kawasan kawasan perumahan.

Jangan kita terlalu taksub dengan sesebuah parti

sehinggakan menolak mentah mentah Parti lain.

***

Aku lebih suka membandingkan kedua buah Parti.

Dua dua ada kelebihan dan kekurangan.

***

Kita ada akal untuk berfikir,

"Buang yang Keruh, Ambil yang Jernih, Baru teguh Peribadi" 
- P.Ramlee

***

Benda ini PENTING.

Kerajaan yang kita pilih adalah kerajaan yang bakal memimpin kita ke arah kesejahteraan kita dan anak cucu di masa hadapan.

Aku tak nak pemimpin aku seorang pembunuh, perogol, peliwat, penjenayah, pemberi / penerima rasuah, penyeleweng wang rakyat, dll.

Aku mahu pemimpin negara,

seorang yang boleh memimpin kita ke arah jalan yang Benar dan diredahi oleh Allah.

***

Jadi,

Kuasa ditangan Anda

Selamat Mengundi.

***

Wednesday, April 10, 2013

Wordless Wednesday 10042013

***






Mana mau beli ini model kit??

***

Tuesday, April 9, 2013

Sejarah Coretanku Sebelum Blogspot

***

Bila terlayan Sejarah Coretanku Sebelum Blogspot <<- klik situ  dari Blogger Pondok Usang.

Cerita pasal Fotopages.

terkenang aku zaman dulu dulu..

***

Korang ada Fotopages tak?

Aku ada, tapi dah dalam giloss tak update u alls..

Aku dulu buat fotopages sebab konon konon minat fotografi,

lepas tu nak upload gambar gambar kat situ ler..

dan aku start follow fotopages sebab nak tengok work art Kukubesi.

Then pagi tadi, baru aku buka fotopages,

Sebab nak cari gambar Modread masa zaman HotFM Twisties Bingit.

Tapi seriously gambar gambar dalam tu macam siut je.. 

Malu kaum kerabat aku nak tunjuk kat korang. Tak der seni langsung..

Compose, editing, semuanya hancus.

Dari gambar aku bercuti di Perhentian tahun 2008, 

lepas tu ada gambar gambar Hot FM Bingit yang pertama,

Gambar rakan-rakan dan kazen kazen aku kawen,

gambar birthday aku di Secret Recipies, 1st dapat gaji belanja kawan kawan.

gambar gambar photocamp,

gambar Arsenal menang dengan Man Utd, masa tu lepas dekat KL Railway Station.

 dan sehinggalah Jun tahun 2009.

Sebab March 2009, aku dah berjinak jinak dengan blogspot.

So lebih baik aku fokus satu.


gambar pertama yang aku post dalam fotopages.

Wehuu. cantik tak??

***

Sekarang aku dah ada page Alkisah Pictures <<- Klik disitu

tapi Page tu agak slow skit,

sebab tak der benda sangat nak UP.

tunggu bulan 5 nie, Insyallah aku akan ke Bandung.

Aku snap gambar banyak banyak dan post dalam tu.

***

Versus Musim ke-2

***

Are you to Rock!!!

Korang layan Versus kat TV9?

Apa itu Versus?

Versus adalah sebuah program yang menggalakkan pemuzik tempatan mengetengahkan kreativiti muzik tanpa batasan dapat diterima oleh masyarakat dan secara tidak langsung objektif utama VERSUS dalam memartabatkan muzik Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Secara amnya, VERSUS telah memulakan satu revolusi muzik apabila mendapat hampir setengah billion capaian (impressions) melalui #VERSUSMY di laman sosial twitter. Kini, VERSUS musim kedua kembali dengan lima band hebat masa kini iaitu Kristal, Oh Chentaku, Kyoto Protocol, Estrangeddan Manifesto. Manifesto merupakan sebuah band projek yang menggabungkan Tomok dan juara Hot FM Bingit musim pertama, Modread. Kesemua band mempunyai latar belakang serta genre muzik yang berbeza dan mereka menjanjikan kelainan dari musim pertama.

VERSUS musim kedua masih mengekalkan konsep yang sama iaitu 50 peratus pemarkahan datang dari juri tetap dan 50 peratus lagi dari undian SMS peminat mereka. Tiada penyingkiran sepanjang program ini berlangsung di mana kelima-lima band ini akan berentap di pentas akhir VERSUS nanti. Serasi dengan komen yang pernah diberikan pada musim lalu, VERSUS mengekalkan juri Jennifer Thompson dan Loque sekali lagi untuk musim ini. Hunny Madu dan Aidid Marcello juga turut diberi tanggungjawab untuk mengacarakan VERSUS sekali lagi.

Hadiah lumayan menanti sang juara di konfrontasi terakhir nanti, wang sebesar RM200,000 bakal dibawa pulang. Selain itu terdapat juga hadiah mingguan kepada pemenang “battle” setiap minggu.Band ke pusingan “battle” akan dipilih menerusi undian SMS tertinggi dan pemenang akan ditentukan oleh juri.

***

Harini saja aku jalan jalan cuci kereta kat Space U8, 

sambil sambil tu, tengok preparation stage untuk Versus Musim ke-2.


Inilah ghupanya, belum siap sepenuhnya.,

dan kat bawah ni adalah gambar Versus Musim-1 yang aku shoot tahun lepas.
korang boleh layan gambar gambar yang sempat aku shoot di Versus 1st Konsert << klik je kat situ.


Dan tahun lepas, kita sedia maklum bahawa band Hujan yang menjuarai Versus musim-1


Kini Versus Musim ke-2 telah kembali

dengan memperkenalkan band band seperti


kredit/source: Versus Tv9 


Tahun ni, aku tak dapat nak shoot gambar konsert Versus ke-2 sebab ada urusan kerja yang lain.

Apa ada hal, shoot gambar anak aku main gitar je la.


Bagi peminat fotografi,
Yang ingin mempelajari teknik shoot konsert,
seperti lighting, low light, moments, compose dll.
Boleh la pergi ke Space U8.

tapi harus diigat,
Jangan sampai menganggu crew crew official yang bertugas.

***


Monday, April 8, 2013

Aku, Wife, Bergabung MeleTOP

***

Berita terGEMPAR!!

***

Wife: You buat apa tu? message pompuan lain ke..

Alkisah : Tak la..update blog..

Wife: Yeka.. apa bestnye blog u tu..

Alkisah: Ala.. tak der best mana pun, just cukup tahun, I dapat claim macam haritu, at least boleh bayar apa apa yang patut.

Wife: I pun nak buat satu la.. I nak buat blog pasal masakan I, tapi I tak pandai sangat blog blog nie.

Alkisah: Dont worry, itu serah pada I, U letak je dalam blog I,

Blog I Blog U, Blog U Blog I,
kita bergabung

MeleTOP !!!

***

Meletup Kerr...

***

Semenjak tahun lepas lagi aku dah tukar nama blog ke Utara Selatan 



Kerna Apa?

Sebabnya aku berasal dari Utara
dan my Wife berasal dari Selatan.

Dari situ aku dapat IDEA untuk bergabung

dan kini

masanya telah tiba.

***

Nanti aku up kan resipi Nasi Hujan Panas Biniku.

***

Saturday, April 6, 2013

Nasi Hujan Panas & Banana Split

***



Nasi Hujan Panas..

Pawer bini aku masak nasi hari ni..

Resipinya..

Rahsia..

 Hehehe

Bukan kemut

Cuma aku tak berapa sure resipinya..

***

Heavy dinner aku disudahi dengan

Pencuci mulut

Banana Split. 

***

Jom tukar tukar lauk..

***

Friday, April 5, 2013

Iini Bukan Rumahku

***

Bila aku post gambar tu kat instagram & facebook.
Ramai plak bertanya,

Ko nak jual rumah ka?

Ko dah beli rumah lain?

Berapa ko nak jual?

Sewa or jual?

Terus terang cakap, ini bukan rumah aku.
Ini rumah jiran sebelah blok.

Jadi, bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki atau menyewa atau menjual beli.
Sila call no yang tertera kat dalam gambar tu.

Agen tu tak de kena mengena dengan aku.

Sekian.

Kalau korang beli,
Confirm jadi jiran aku.
Sonang, boleh tukar tukar lauk.

Wehuu.

***

Wednesday, April 3, 2013

Wordless Wednesday 03042013

***


***

Tuesday, April 2, 2013

PS3 settings for optical audio

***

Semalam aku try troubleshoot,
Kenapa PS3 aku tak boleh ke keluarkan bunyi ke Sound System?

Tension..
try google..
tapi tak banyak membantu..

Akhirnya terpaksa baca balik manual,
fahamkan dan godek sendiri

Jom layan WI (work instructions) aku.

***

Bahan-bahan / Ingredients :
  • PlayStation 3
  • HDMI Cable
  • Optical Audio Cable

Langkah-langkah / Steps on PlayStation:

1. Select (Settings) > (Sound Settings). 

2. Select [Audio Output Settings].

3. Select the input connector on the audio device. Channel numbers and audio formats that are supported vary depending on the connector in use.

* Select Connector type: Optical Digital (Optical Audio Cable)
* Select Format type: Dolby Digital 5.1 Ch. & DTS 5.1 Ch.

4. Save your settings


Langkah-langkah / Steps on Audio System:

1. Press [EXT-IN] , select 'D-IN'

2. Press [Play Mode], Select PCM Fix: On



* Sila select EXT-IN [D-IN] ketika bermain PS3, jika guna AUX, memang tak berbunyi sound PS3 korang.

Enjoys

***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...