Tuesday, November 2, 2010

Song

***

Siapakah beliau?

Seorang pemuda yang dilahirkan pada 9 September 1987 di Douala Cameroon. Pemain Arsenal yang memakai jersey 17. Dahulu Alkisah selalu kutuk dia, Alkisah cakap Song nie tak pandai main bola, lembap, terhegeh hegeh, apsal Wenger simpan dia dan macam macam lagi.

Kini tidak lagi. Alkisah lebih lega kalau beliau tersenarai dalam skuad utama Arsenal. Prof telah memberi beliau peluang sejak musim 2008 untuk beliau menaiktaraf mutu permainannya. Terbukti, setelah 2 tahun dibawah bimbingan Prof, konfiden level dia naik secara mendadak.

Musim ini sudah kelihatan kematangannya dan gagah dalam setiap permainan. Beliau boleh dikatakan agak cerdik dalam mengawal bola, defensive, passing dan sekarang sudah berani untuk menjaringkan gol. Itu yang kami mahu. Revolusi. Namanya kini jadi sebutan di setiap bibir penyokong Arsenal.

Semenjak rambut baru, musim baru, beliau tampak lebih berani. Semoga beliau konsisten dalam setiap perlawanan.



***



Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...