Thursday, November 25, 2010

Macam Macam Hal

***

Dunia kian berubah dengan pantas, kadang kala membuatkan Alkisah tak dapat follow dengan cepat. Banyak faktor yang mempengaruhi untuk Alkisah mengenali dunia dengan lebih pantas. Internet slow ala kadar cukup cukup boleh buat surfing dan tulis blog sudah memadai. Kalau nak main game facebook jangan harap sangat.

Alkisah dah macam katak bawah tempurung, malas nak ambil tahu pasal dunia luar atau politik yang penuh pancaroba dan dolak dalik serupa macam tengok Wrestling, dusta semata mata. Alkisah lebih gemar tonton movie tak pun sukan dan paling kerap pun Alkisah banyak melayari internet.

Alkisah pun macam blur blur skit pasal isu semasa terkini. Sebab ramai yang cakap pasal Comolot kat Jalan Raya, cikgu shida bermiming dan budak pukul kepala pengemis di tepi jalan. Apa kah Neraka!!..

Serious Alkisah lost..

Nasib baik ada rakan rakan blogger kasi hints hints pasal benda nie, kalau tak sure Alkisah gagal dalam peperiksaan PTD kelak. Isu semasa terhangat di internet sekarang. Rugi kalau korang tak up to date.

Walauapapun meh abang Alkisah nak habaq mai, Alkisah sendiri bukanlah baik sangat dan bukan jahat bebeno sampai tahap bunuh orang ye. Alkisah pun jadi bujang ni pun dah tak lama lagi dah. Jadi adik adik Alkisah rasanya semua dah besar besarkan. Ada akal kita fikir, ada mata kita lihat, ada mulut kita tegur, ada jari kita tulis, yang lepas jadi pengajaran,yang baik jadi ikutan, yang buruk tinggal tinggalkan, jangan menyesal dikemudian hari. Dunia ini sementera, yang indah hanya di syurga.

Ni pakcik Hitler dah marah. Alkisah tak tahu, korang backup diri sendiri kay.




***

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...