Thursday, September 30, 2010

Jangan Peygang Peygang

***

Nasihat Untuk Orang Yang Belum Berkahwin.

Jom Layanz.



Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah



source : youtube

untuk melihat dengan lebih syiok, biar dia loading kasi full baru korang play. enjoice.

***

Monday, September 27, 2010

DiGi iPhone 4 Life

***


Alangkah bestnya jikalau aku dapat bercuti bersama iPhone 4. "Bolehlah aku bawa pergi honeymoon" detik hatiku. Selain mendapatkan maklumat seperti hotel, tiket penerbangan dan tempat tempat menarik, aku juga boleh bergambar dengan hanya menggunakan iPhone 4 ini. Spesifikasinya 5 Megapixel dengan LED light dan juga HD video recording dan editing dan juga rupa bentuknya yang Slim akan menambahkan keseronokan untuk bergambar semasa percutian/honeymoon aku nanti.

Aku memang gemar mengambil gambar seperti landskap, potret dan juga candid di negara yang jarang aku kunjungi. Ini membolehkan aku menambah koleksi gambar peribadi dan portfolio dalam Al-Kisah Pictures.

Mungkin hidup aku akan berubah jika aku memiliki iPhone 4.

***





DiGi iPhone 4 Real

***

Akceli, aku baru pulang dari kerja. Kerja shift malam. Hidup aku dah macam Batman. Keluar petang balik esok paginya. Kalau makcik sebelah hari hari tengok aku macam ini, sudah tentu dia ingat aku kerja dekat kelab malam.

Sekarang aku sedang berada di atas katil melayari facebook dan juga blog. Sebenarnya, aku plan nak tidur, tapi perasaan mengantuk itu hilang ntah kemana. "Tak boleh jadi ini, aku kena qada tidur, kalau tak masak aku petang karang" bebel aku seorang diri di hadapan laptop. Kalaulah laptop ni boleh bercakap, sudah tentu dia cakap aku ni gila, cakap sorang sorang depan laptop.

Sembang sembang pasal plan, banyak pula plan aku kena settle hari ini. Pertama sekali aku kena tidur, kedua aku kena bangun sebab nak jumpa member aku atas urusan kerja, ketiga aku kena berjumpa tunang aku sebab dah berapa hari aku tak tengok dia. Akan tetapi, ada perubahan sedikit pada plan aku hari ini. Aku membuat keputusan untuk menulis blog pasal Plan Digi iPhone 4.

Cuba perhatikan plan dibawah ini. Maaf ye kalau gambarnya terlalu kecil, tetapi kalian jangan risau, kalian boleh saja click gambar tersebut untuk menikmati maklumat dengan lebih jelas lalu menjadikan mata kalian segar bugar.



Aku sebenarnya tak pandang sangat pasal SMS, Voice dan MMS, sebab bagi aku, zaman itu telah berlalu buatku. Aku lebih suka ambil berat pasal perkhidmatan internet. Digi menyediakan perkhidmatan internet dari 1Gb sehingga 5 GB dan apa yang penting tiada charge yang dikenakan jikalau kalian telah menggunakanya melebihi kuata yang ditetapkan. "Suka suka suka", tetiba ipin bersuara.

Hidup manusia sekarang, kalau tiada internet memang tidak sah. Segala galanya memerlukan internet, terutamanya apabila hendak membayar bill, tempah tiket wayang, baca email, update status facebook, tengok youtube, tulis blog dan macam macam lagi boleh buat dikala kesunyian dan kebosanan ketika menunggu LRT atau pun menanti kekasih yang sedang make-up selama sejam.

Kadar internetnya sangat berbaloi, tetapi ada lagi berbaloi baloi. Cuba perhatikan plan iGet FREE calls, SMS & MMS to mysupplementary lines. Kalian boleh tambah sehingga 6 DG Family™ lines dibawah kalian dan perkhidamatan call, sms dan juga mms adalah percuma. Wow.. Terbaik.. Kalau kalian mahu cari nahas, kalian boleh cari seramai 6 kekasih untuk berada supplementary. Jikalau kalian takut akan tsunami, jangan berumah ditepi pantai. Oleh yang demikian, kalian dinasihatkan untuk "supplementary"kan 6 nombor itu kepada keluarga terdekat. Itukan lebih baik. Air yang dicincang tak akan putus.

Jadi apa tunggu lagi.. Fikir fikirkan dan renung renungkanlah..

***







DiGi iPhone 4 Play

***

Aku sangat meminati muzik. Bagi aku muzik adalah pengubat dan teman pabila aku di dalam kereta mahupun di dalam bilik.

Baru baru ini, aku mengenali David Sides dari laman web youtube. Beliau seorang seniman yang berasal dari Riverside, California. Beliau sangat berbakat dalam bermain alat muzik piano terutamanya, sehinggakan muziknya dikenali sebagai D-sides dalam industri muzik tanahairnya. Kini, peminatnya mencecah 65 000 di seluruh dunia melalui laman web sosial Myspace dan juga Facebook.

Aku kagum dengan lagu Apologize dari kumpulan One Republic yang dimainkan oleh David Sides.



Jadi, aku berazam untuk cuba bermain seperti beliau, tapi dengan menggunakan iPhone (jika aku menang peraduan Nuffnang ni). Aku cuba mengkaji dan mencari aplikasi piano yang terbaik yang dicipta khas untuk iPhone ini.

Setelah menyelidik, aku berjaya mendapatkan satu aplikasi iPhone yang diberi nama Pianist. Ia adalah virtual piano atau dimelayukan dipanggil piano alam maya. Ia boleh diaplikasikan di dalam iPhone mahupun iPad. Jika menggunakan aplikasi ini. anda seolah oleh sedang bermain piano yang sebenar dengan bunyi dan sentuhan key dalam bentuk grafik 3D yang terdapat dalam aplikasi Pianist ini.

Ini membuak buak lagi perasaan aku untuk memiliki aplikasi Pianist di dalam iPhone 4 itu nanti.

Aku duduk di atas sofa, sambil senyum senyum lalu berangan seorang diri, "Alangkah gumbiranya hatiku kalau menang iPhone, mana tau lepas ni aku boleh jadi Maksim Malaysia".


Aplikasi Pianist didalam iPhone bersama lagu Apologize

***

Friday, September 24, 2010

DiGi iPhone 4 Me

***



Aku kembali. Erti kata lain aku kembali bersama peraduan Nuffnang Digi For Me. Ayuh rakan rakan sekalian. Rezeki di tangan anda. Sebelum sebelum ini aku hanya mencuba nasib menyertai peraduan menonton wayang percuma yang dianjurkan oleh Nuffnang, tapi kali ini aku ingin mencuba nasib untuk memenangi iPhone 4.

Sekali lagi syarikat terbesar Apple mengeluarkan sebuah telefon bimbit terbaru yang diberi nama iPhone 4 dan kini dilancarkan oleh syarikat telekomunikasi Digi pada 24 Sept 2010. Wow, hari ini babe.

Aku tanpa segan silu memasuki laman web apple untuk memahami apa sebenarnya iPhone 4.

Antara ciri ciri yang terdapat dalam iPhone 4:

FaceTime - Ia adalah Video Call antara iPhone4 ke iPhone 4 atau ke iPod Touch yang baru melalui Wi Fi. Apa yang menarik IPhone 4 ini mempunyai kamera di hadapan dan belakang. Hebat bukan. Selepas ini Si Suami haruslah berjaga jaga, kerana Si Isteri sudah tentu senang Video Call jikalau anda pulang lewat ke rumah tak pun keluar outstation sampai berminggu minggu.

Retina Display - High Resolution terbaik pada dunia telefon bimbit buat masa sekarang. Ketajaman gambar, video, laman web dan juga text membuatkan anda akan terpesona menatap iPhone 4 pada setiap masa. Pasti mamat yang duduk sebelah anda di dalam LRT jeles melihat anda sedang asyik melayari internet, gambar dan video dengan paparan High Resolution yang ada pada iPhone 4.

Multitasking - Kalau ada seorang yang multitasking di tempat kerja, sudah tentu Boss anda akan sayang anda. Mana tidaknya, semua kerja anda boleh buat dalam satu masa. Jika ini benar, pengguna sudah tentu akan sayang pada iPhone 4. iPhone 4 memperkenalkan cara baru turun multitasking. Sekarang pengguna dapat menjalankan pelbagai aplikasi kegemaran pada satu masa tanpa melambatkan prestasi aplikasi. Kekuatan Multitasking ini dipengaruhi oleh kehebatan IOS 4 itu sendiri. (IOS 4 - The World Most Advanced Mobile Phone Operating System).

HD Video Recording and Editing - Rakam video dalam HD walaupun dalam keadaan kurang cahaya. Ini kerana pada iPhone 4 terdapat sensor pencahayaan belakang dan juga lampu LED. Selain itu pengguna iPhone 4 boleh mengedit dan membuat mini karya sendiri pada iPhone 4 dengan menggunakan aplikasi iMovie baru. Jangan rekod dan edit gambar yang bukan bukan sudah, mentang mentang iPhone 4 boleh rakam gambar dalam gelap. Hehehe..

5 Megapixel Camera With LED Light - Pengguna boleh mengambil gambar dengan menggunakan camera yang terdapat pada iPhone 4. Sensor dibahagian belakang iPhone ini dapat membantu pengguna untuk mengambil gambar Potrait atau Landskap walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan.

Setelah meneliti setiap kehebatan yang terdapat dalam iPhone 4 ini membuatkan aku tertarik menulis blog dan menyertai peraduan ini.

Jadi tunggu apa lagi "DiGi iPhone 4 Me" pleaseeee......


* untuk maklumat terperinci tentang telefon bimbit ini sila klik iPhone 4

source : http://www.apple.com

***




Thursday, September 23, 2010

Cinta Cara Kau Tipu

***

Lama Alkisah tak layan lagu nyanyian Eminem, suatu ketika dulu Alkisah memang meminati lagu lagu luahan perasaan beliau. Kini beliau bertag team dengan Rihana yang pernah menyanyikan lagi hit Unfaithful. Jom layan lagu mereka berdua.



source : youtube
untuk melihat dengan lebih syiok, biar dia loading kasi full baru korang play. enjoice.

****

Wednesday, September 22, 2010

Problem Blog Expired & Relationship

***

Ok Alkisah tak sure kenapa tetiba blog Alkisah tak leh masuk tetapi ia terus ke website Jentayu & domain expired. "Bila masa plak blog aku jadi blog kosmetik nie, dan bila masa aku bayar blogspot, kenapa nak expired, buka free ka?" detik hatiku. Alkisah pun start troubleshoot. Sudah menjadi lumrah hidup Alkisah kerja dalam bidang troubleshooting ni. Masalah ini datang serentak dengan masalah peribadi Alkisah.

Alkisah menjadi tak keruan. Alkisah pun dengan kadar segara pulang ke rumah walaupun kesesakan ada dimana mana.

Setibanya di rumah. Alkisah lantas bergerak aktif cuba settlekan masalah peribadi Alkisah dulu. Antara hidup dan mati.

Sambil sambil itu Alkisah selit dengan troubleshoot blog Alkisah. Bagaikan menyelam sambil melihat penyu di dasar laut.

Alkisah cuba menyuruh beberapa rakan baik Alkisah iaitu zaza, qiah dan aiza yang online ketika itu untuk masuk ke dalam blog Alkisah tetapi mereka gagal.

"Nevermind", terus aku speaking London.

Dengan kepakaran yang tak seberapa ini, Alkisah cuba me"remove" script calender yang ada dalam blog Alkisah.

Lepas itu baru Alkisah cakap kat mereka sekali lagi "try sekarang ok tak?".

Ternyata ia amat berkesan sekali. Settle satu masalah.

Ok sekarang Alkisah sambung troubleshoot relationship plak. Lumrah hidup nak berumahtangga, ada saja orang yang nak menganggu.

***

Apa kau tunggu lagi - Cik Nina

***

Wow so barat, I like this song, Jom Layanz.



***
source : youtube
untuk melihat dengan lebih syiok, biar dia loading kasi full baru korang play. enjoice.


Tuesday, September 21, 2010

Pinggul Tak Tipu

***

Lagu lama saja layan balik, tapi bila translate tajuk lagu dia, terasa pelik tapi best nak tengok. I like Shakira.



***
source : youtube
untuk melihat dengan lebih syiok, biar dia loading kasi full baru korang play. enjoice.

Sunday, September 12, 2010

Picca Picca Raya

***

Hidangan Hari Raya Ke-2

Nasi Beryani Pakistan yang dimasak oleh mak aku.

Udang Masak Merah

Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Rendang

***

Picca Family Raya


Like Father Like Son


Katil & Bilik Raya

***


Raya Datang Lagi

***



source : footytube & dailymotion

***

Friday, September 10, 2010

Edisi Raya #1

***

1 Syawal 1413 Hijriah, Di pagi raya yang hening.

Alkisah bangun pagi agak lewat seperti biasa. Selalu Alkisah akan bangun bersahur, tapi hari ini tidak. Alkisah bangun sambil di kejutkan oleh pekikan pekikan keluarga yang menyuruh Alkisah bangun. Alkisah memerhatikan jam di telefon bimbitku. "Awal ghi nie" detik hatiku.

Bebelan demi bebelan bertali arus masuk ke telinga Alkisah tanpa henti membuatkan Alkisah lantas bangun lalu mengapai tuala di persidaian. Mataku masih kuyup, Alkisah berjalan dengan penuh kemalasan. Alkisah lihat ibu dan bapaku masing masing masih tidak mandi lagi. Jadi Alkisah kembali ke bilik lalu memulakan pagi ini dengan melogin facebook. "Arghh tiada siapa comment di pagi raya, comment la kat wall aku wei.." bebel Alkisah seorang diri.

Dengan muka yang agak cemeh ini, Alkisah turun untuk mandi dibilik air bawah. Tekanan air bilik air bawah lebih laju berbanding di atas. Sedap sikit Alkisah bersiram dipagi raya sambil memasang niat "Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah taala". Shower Alkisah pasang kasi suam suam kuku. Pergh nikmat nikmat. Baru segar bugar Alkisah di pagi raya.

Setelah bersiram, Alkisah memakai wangi wangian lalu menyarung baju melayu berwarna hijau daun pisang. Kalau Alkisah berdiri di sebelah pokok pisang, sudah tentu korang tak akan perasan akan Alkisah ada di sebelah sana. Ingat "Banana not fruit two times".

Setibanya di masjid, Alkisah bersama umat islam yang lain bertakbir raya. Masing masing bersemangat dengan bersampin dan berbaju baru. Segak bergaya ala ala model dalam majalah URTV. Jam menunjukan pukul 9 pagi. Seorang anak qariah memperingati kepada umat islam yang lain cara cara solat sunat aidilfitri sebelum memulakan acara seterusnya. Kisah selepas itu biarlah mereka yang ada di masjid yang tahu.

Selesai sahaja solat, Alkisah pulang ke rumah. Ketupat, kuah kacang dan rendang daging setia menanti di meja makan. Perutku sering kali memberi amaran, "bang arini tak posa, isi lah aku".
Serious, masakan mak Alkisah yang terbaik. Walaupun raya 2 tahun sekali, tapi ketepatan sukatan yang ada pada kuah kacang dan rendang tetap sama pada setiap tahun. Apa ilmu yang mak Alkisah pakai pun Alkisah tak tau.

Raya kali ini agak kurang meriah sambutannya, tidak seperti masa masa dahulu. Kali ini tiada seorang anak anak taman nampak berkeliaran menyinggah setiap rumah. Kemanakah mereka ini pergi?. Musykil juga agak. Adakah rancangan TV membuatkan mereka leka menziarahi rukun tetangga atau mungkin ibubapa mereka khuatir akan keselamatan anak mereka jika membawa duit raya berlebihan. Mungkin boleh cecah 4 juta barangkali.

Kehadiran sanak saudara mulai terasa selepas solat Jumaat. Mak Alkisah mehidangkan resipi rahsianya untuk hari raya pertama dengan menyajikan Nasi Tomato berlaukan udang masak merah, daging kurma dan acar timun. Perghh.. nyum nyum.. Sedara yang datang adalah sekitar Pulau Pinang, Teluk Intan dan juga Shah Alam. Ternyata mereka bergumbira disini. Rumahku menjadi pusat perjumpaan hari raya seperti Malaysian Hall di Kota London setelah Arwah Atuk meninggalkan kami tahun lepas. T T

Tidak putus putus sedara ku datang, sehingga tetamu terakhir kami adalah Wan chu sekeluarga. Setelah wan chu pulang, Peluang kami sekeluarga pula menziarahi sanak saudara walaupun jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Kami sempat menziarahi rumah Tok Su dan Mak ngah sekeluarga yang selang sepintu dari rumah Alkisah. Di situ Alkisah menikmati Laksa Penang, Betul betul hao liao. Tidak sah jikalau raya Alkisah tak pekena laksa. Dasar anak jati Penang. Esok cari nasik kandaq plak.

Baju melayu berwarna hijau daun pisang masih terpahat dibadanku. Dari pagi hingga ke malam tak tukar tukar lagi. Mandi, Tettt kantoi tak mandi malam nie.

Jadi cukuplah sampai disini saja. Alkisah terus buka baju melayu, on computer sambil memakai seluar pendek, belek belek facebook lalu karang blog.

Apa cerita esok plak??

Jemputlah datang ke rumah, Jika anda berada di sekitar Pulau Pinang. Esok mak Alkisah masak Beryani. Nyum Nyum..

***










Thursday, September 9, 2010

Maaf Zahir & Batin

***

Kepada Anda Untuk Lihat 4U2C,

Disini Alkisah ingin menucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada Keluarga di Taman, Tunang dan Keluarga, sepupu sepapat, sedara mara, pakcik makcik, rakan taulan dari kecik sampai besar, rakan2 dari tadika sampai masuk U, rakan2 sekerja and bekas sekerja, rakan2 photog, jiran tetangga, pembaca blog Alkisah Ed, rakan2 muka buku, rakan2 se-Arsenal dan sesiapa yang mengenali diri ini.

Sebelum mengundur diri, ingat2 lah orang tersayang, jaga pemakanan, pandulah berhati hati. Main mercun jangan sampai putus jari.

Akhir kata, mari kita layan lagu ni:

Bergema takbir di pagi raya...



***

Sibuk Sibuk Sehari Sebelum Syawal

***

Tatkala pagi sebelum menyambut kedatangan bulan Syawal,

orang berpusu pusu ke pasar untuk membeli ayam dan daging,

orang beresak esak ke pusat membeli belah untuk beli pakaian raya.

orang baru terhegeh hegeh mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah.

orang beriuh rendah memasak di dapur tapi nak makannya pada esok hari.

tetapi Alkisah tidak.

Sesudah subuh Alkisah telah membuat persediaan. Bersiap kemas kemas untuk pergi ke pejabat. Apa jadahnya pergi pejabat tatkala orang ramai sudah balik ke kampung?.

Sebenarnya, Alkisah singgah pejabat agama di daerah sini. Alkisah nak settlekan pasal surat kebenaran nikah.

Alhamdulillah, borang selesai, temuduga juga lulus. Alkisah senyum lebar. Baru lega sikit rasanya hatiku ini. Esok raya sakan la Alkisah.

Mari kita layan lagu ini:



Alamak, jap lagi baru Alkisah terhegeh hegeh nak shopping raya, terkemut kemut nak kemas bilik. Hampasgas betul. Orang sibuk nak raya, Alkisah plak sibuk nak kahwin. Hehehehe.


***

Kisah Ramadhan #Episod Akhir 1413 Hijriah

***

Esok, seluruh umat islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sebelum mengakhiri kisah Ramadhan kali ini, Alkisah sertakan beberapa gambar yang telah diambil ketika dalam bulan Ramadhan. Baru sempat nak hapload.

Ini antara Barbican yang Alkisah minum dalam bulan Ramadhan ketika berbuka puasa. Kalau korang berminat boleh order sama Alkisah, 6 botol = RM20.

Ini pula cup cakes yang dibuat oleh Aunty tunangku ketika birthday Uncle dia. Hail Gooners.


Gambar 3 lauk yang Alkisah masak semasa bulan Ramadhan tidak dapat di hapload, kerana terdapat masalah teknikal. 3 lauk yang Alkisah masak pada hari itu adalah Daging Goreng Black Pepper, Bendi masak Lendir dan Kacang Panjang masak Kicap.

Akhir kata sebagai penutup kisah Ramadhan kali ini, Alkisah sertakan dengan ucapan:

***

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jika ada terkasar bahasa dalam blog ini yang mengguris hati anda, Alkisah menyusun sepuluh jari meminta ampun dan maaf.
Yang baik itu datang dari ALLAH, Yang buruk itu datang dari kesilapan Alkisah sendiri.

***




Kisah Ramadhan #7

***

Masakan mak Alkisah memang no 1, terbaek. Siapa yang tak mengaku mak dia masak sedap wei.. Lepas saja berbuka, dalam pemikiran Alkisah, Alkisah nak tengok keadaan bilik baru Alkisah. Dengar rumours mak bapa Alkisah belikan katil baru untuk Alkisah. Dahulu Alkisah cuma pakai katil single berjenama Dunlop. Tahan babe katil Dunlop, dari kecik sampai besar kot Alkisah pakai katil tu. Lebih 20 tahun juga rasanya.

Alkisah naik atas pintu bilik masih tertutup. "Wah, betul betul surprise nie", detik hatikku.

Alkisah buka pintu bilik perlahan lahan sambil berkata Wow.

Wahwahwahh katil Queen Size. Sedap la Alkisah tido malam nie, boleh guling guling macam tenggeling.

Bilik Alkisah dilengkapi dengan 2 side table, satu cermin besau dan juga sebuah meja. Betul betul tak sabar nak berdua dalam bilik rasanya.

***

Sebaik saja turun dari bilik. Mak Alkisah bertanya "Suka tak?", lantas dengan wajibnya Alkisah menjawab "Suka suka suka" ala ala upin & ipin.

"Yang lain tak nampak ka??" Mak menyoal Alkisah lagi.

"Ada apa lagi??", Alkisah terkejut kehairanan.

Alkisah memandang sekeliling ruang tamu rumahku. Wahwahwahhh siap dinding disaluti cat baru, plaster syiling pun ada, tak kurang juga dengan kusyen baru untuk sofa, last but not least, ada air cond untuk ruang tamu. Ini betul betul raya.

***


Wednesday, September 8, 2010

Kisah Ramadhan #6

***

Serious babe. Kali ini memang ada kejutan buat diri Alkisah. Alkisah rasa selesa dan best. Ini bukan bermakna sebelum ini tidak selasa, tetapi kali ini macam balik Penang ada senyum walaupun ada pahit sebelum sampai.

Sampai sahaja di Airport Penang sudah membuat Alkisah bersyukur. Mana taknya, all the way ke sini, kapal terbang bergegar. Merchandise pun si jelita berskirt merah tak sempat nak menjualnya. Kalau tak boleh Alkisah membeli sehelai baju untuk pakai masa raya nanti. Memang stylo shopping raya dalam flight. Jarang orang buat bukan.

Keluar saja dari pintu Airport. Abah Alkisah sudah menanti dengan kereta Hondanya.

Perjalanan dari Airport ke rumah Alkisah mengambil masa 1 jam 30 minit. "Apahal jam nie, diorang tak balik raya lagi ka??" tanya Alkisah kepada abah. Abah Alkisah lebih rela senyum.

"Aku ingat KL yang jem teruk, ini penang lagi teruk. Ini baru kawasan pulau, belum naik bridge lagi" detik hatiku.

Serious bukan nak cakap. Kenderaan di Pulau Pinang terlalu banyak membuatkan jalan jadi sesak. Negeri ku ini haruslah ada perancangan untuk membina pengangkutan awam seperti di Kota London. Apa yang penting untuk memajukan sistem pengangkutan di Negara adalah ketepatan masa tiba di station, keselesaan para pengguna dan kemudahan pengangkutan yang pelbagai. Jika semua ciri ini ada, insyallah akan selesai satu masalah. Contoh terbaik di Malaysia sistem LRT.

Stock minuman dan makan memang tidak disediakan dalam kereta abah Alkisah. Jadi kami hanya bertawakal saja untuk sampai ke rumah tepat pada masanya.

Pulau Pinang banyak berubah. Hampir 3 bulan Alkisah tidak pulang ke kampung, ada saja isu isu yang berbangkit. Mungkin Alkisah di perantauan cerita yang digembar gemburkan cegini, tapi bila tiba di sini ceritanya berbeza. Walauapa saja isu yang timbul, yang penting keamanan haruslah dijaga.

Kami tiba dirumah pukul 7.20 setelah mengharungi jem di Bayan Baru yang banyak traffik light ntah apa apa ditambah pula dengan kereta rosak di tengah tengah Jambatan. Memang Ser..

Alkisah masuk rumah dengan ucapan salam dan lihat hidangan berbuka sudah disediakan. Waktu berbuka sudah hampir. Apa tunggu lagi..

***





Kisah Ramadhan #5

***

Tahun ini Alkisah kurang berbelanja raya untuk diri Alkisah.

Tatkala orang lain sibuk berghasak ghasak di shopping mall, jalan TAR, PKNS. Alkisah hanya mampu tersenyum.

Tatkala orang sibuk untuk service kereta sebelum balik ke kampung. Alkisah masih lagi tersenyum.

Tatkala orang masih bekerja hari ini. Alkisah hanya buat buat senyum.

***

Budget Alkisah banyak lari ke arah perkahwinan.

Songkot dah ada, tapi songkok untuk nikah. Jadi simpan tak boleh pakai.

Baju Melayu baru nak tempah esok. Memang tak sempat siap raya. Jadi pakai masa nikah.

Orang pergi Shopping Mall. Alkisah pergi Klinik buat HIV test, Jumpa Kariah Masjid dan Pejabat Agama kasi settle sebelum raya surat kebenaran. Itu pun kalau sempat siap.

Orang balik raya ke kampung drive dan Alkisah tidak. Cukup selama beberapa tahun sebelum ini Alkisah drive. Cecah 6 jam perjalanan walaupun hakikatnya Alkisah boleh buat 3-4 jam sahaja KL-PENANG. Raya kali ini Alkisah rela terbang walaupun cuaca kurang baik ketika itu. Hujan renyai renyai, awan nipis meliputi kawasan ruang udara lalu membuatkan kapal terbang bergegar gegar seperti naik bas tanpa tayar. Dah rasa macam perjalanan Alkisah dari Heathrow ke Frankfurt suatu ketika dulu. Sekali sekala cuak juga rasanya. Selawat memang confirm tak lepas. Selepas 30 minit penerbangan, pilot tanpa segan silu mengistiharkan untuk mendarat. Alkisah senyum kelegaan.

***

Kisah Ramadhan #4

***

Saja Alkisah nak buka cerita pasal sahur. Walaupun Alkisah tahu dah 29 hari kita bersahur dan kenapa hari ini baru Alkisah nak cerita pasal sahur. Sebab dalam banyak banyak blog atau dalam facebook jarang orang cakap pasal sahur, jarang sekali ada gambar sahur ramai ramai sambil tangkap gambar muka baru bangun tido atau buffet sahur ramadhan di hotel dan restoran besar besar.

Jadi bagi meneliti cerita sahur ini, Alkisah ada buat sedikit kajian dari blog Dr MAZA atau dikenali sebagai Dr. Mohd Asri Zainol Abidin. (Cerita pasal sahur & hukum)

Dalam blognya tertulis bahawasanya:

Sahur itu sunnah. Ia tak diwajibkan tapi amat digalakkan sekira kita melakukannya.

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

"Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” (Riwayat Ahmad, disahihkan dengan syawahid).

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih).

“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).

Dari hadith hadith ini, kita dapat hayati kenapa kita digalakkan bersahur. Antara sebab sebabnya adalah membezakan antara sahur orang muslim dengan sahur orang yahudi, selain itu kita juga akan dapat keberkatan di Bulan Ramadhan melakukan perkara sunnah dan akhir sekali membantu kita supaya cargas ketika waktu siang. Penulisan beliau yang terakhir menyatakan bahawa "Jika seseorang itu berpuasa serta mengikuti sunnah-sunnah bagi seseorang yang berpuasa, maka mudah-mudahan mencapai hakikat taqwa. Ia akan mendidik diri dengan berbagai kebaikan yang lain, termasuklah qiyamullail atau ‘bangun malam beribadah’. Sahur, salah satu program penting yang jika dihayati dengan baik, membentuk jika menjadi insan yang menghampirkan diri kepada Allah."

***

Alkisah pun kadang kadang termiss sahur, tapi selalunya jarang ar. Dulu lain. Sampai kawan kawan menyampah nak kejut Alkisah sahur. Ternayata Alkisah memang seorang yang susah nak bangun tido.

Itu dulu, sekarang Alkisah dah berubah. Bulan Ramadhan kali ini, Alkisah lebih giat bangun sahur dari terlelap. Antara sebabnya Alkisah kena pergi kerja dalam pukul 6 pagi. Jadi Alkisah akan bangun awal dalam pukul 5. Makan sahur lalu bersiap untuk pergi ke kerja atau kalau Alkisah kerja shift malam, confirm Alkisah akan sahur dalam pukul 4 pagi, yang sememangnya Alkisah berjaga ketika itu. Selalunya kalau termiss tu, mesti esok tu time Alkisah off day.

Sahur Alkisah selalunya di masak oleh akak Alkisah. Kira masak ka?? oh tidak. Ia dikira sebagai seorang tukang pemanas lauk. Akak Alkisah memang hebat bab tu. Alkisah dikategorikan sebagai Tukang Pelahap. Pernah seminggu direct Alkisah makan siput sedut masak lomak. Hari hari akak Alkisah panas lauk siput sedut masak lomak untuk Alkisah bersahur. Serious bukan Alkisah nak komplain, tapi agak agak la. Sampai seminggu tu, kalau lepas kahwin tak pandai buat lovebite lagi Alkisah tak tau la. Hari hari menyedut siput. Kalau Alkisah sedut kulit sure berbekas punya. Kadang kadang hampa juga, bila bangun bangun, akak Alkisah cakap tak dak lauk. Sadis rasanya masa tu, tambah tambah time gaji tak masuk lagi. Apa lagi, minum milo je la Alkisah.

Bila gaji dah masyuk, tak hingat punya sahur. Mc D dan Kedai Mamak dah tentu. Ada sekali tu member Alkisah ajak sahur dekat Pizza Hut. Alkisah pun on je."Char re ghak sahur makan Pizza, baru rasa macam berpuasa di Itali" detik hatiku. Sekali Pizza Hut tutup. Nasib badan.

***




Wednesday, September 1, 2010

Bukit Kepong

***

Semalam astro tayang cerita pasal Bukit Kepong. Filem yang diarahkan oleh Jins Shamsudin ini memang menarik minat Alkisah dari kecik lagi. Kategori filem perang klasik yang tak jemu ditonton.

Ulusan penuh pasal kisah sebenar boleh didapati di Wikipedia & PDF . (sila klik untuk rujukan).

Cerita ini memang menyentuh hati dan perasaan Alkisah, dengan ayat ayat pejuang negara yang berjuang hingga titisan darah terakhir.

Disini
Alkisah sertakan video yang telah diupload oleh ysnizam80 @ youtube.



Sempena Hari Kemerdekaan, cerita ini sangat sesuai menaikkan semangat kita untuk cintakan negara. Kadang kadang Alkisah terfikir, kesenangan kita hari ini, adalah berpunca dari pejuangan mereka yang terdahulu, berjuang demi memerdekakan negara kita. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang ini, keamanan dan kesejahteraan membolehkan kita hidup selesa disini. Alhamdulillah.

Semoga Allah mencucuri roh pejuang pejuang negara. Amin.

***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...