Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan & Perpisahan

***

Berkesempatan ini, aku Saed Ramadhan ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan rakan seperjuangan tak kira dimana anda berada, mungkin di Aussie, mungkin di London, atau mungkin di sini. Puasa jangan tak puasa tau..

Dengan ini juga, masih belum terlambat mengucapkan salam perpisahan untuk rakan rakan di IBIL.

Kepada Boss,

Terutamanya En Azman, terima kasih kerana sudi menemuduga dan memberi peluang kepada saya untuk memperolehi pengalaman selama 2 tahun bersama team establish.

Terima kasih juga kepada En Munir kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam membina masa depan saya.

Kepada Team Establish,

Anda semua memang sempoi, aku gumbira dapat bersama anda semua. Dikala kita bersama berOutstation di Utara suatu ketika dahulu, dimana kita pergi makan beramai ramai di sup hameed dan juga nasi kandar line clear. Walau apapun, bab makan korang memang best, banyak tempat makan best best korang bawa aku.

Kita juga beriadah bersama sama dengan bermain paintball dan squash, cuma berbasikal saja belum aku coba. Mungkin aku dah puas berbasikal ke sekolah selama 3 tahun di Bukit Mertajam. Kalau nak bersquash, insyallah ada kelapangan, aku join.

Kepada IPVPN Migration Team,

Fadli, Keat, SFC dan gang2 migration IPVPN dari TM. Thanks a lot sebab banyak beri tunjuk ajar kepada aku.

Kepada Team Admin & HR,

TQ semua sebab settlekan offer letter, claims, advance dan segala hal2 travelling aku. Aini jangan muntah2 dalam kereta lagi tau. Kak Jun maintain cun okey..

Kepada Team EMS,

Terutamanya, 3 gadis comel iaitu Ana, Kay dan Eno. Terima kasih kepada anda sebab banyak membantu aku selama ini dalam me'monitoring' log apa semua.

Kepada Team RFC,

Farhana dan Elin. Sorry sebab selama ini banyak menyusahkan korang dan terima kasih sebab 'approve'kan semua RFC saya.Special to Elin, maintain gorgeus k :p.

Kepada Team NOC, CME & Logistik,

Ali and the gang, Abo and the Gang & Abg Zul and the gang. Terima kasih juga pada korang semua.






Last but not Least, untuk tempahan jurugambar,biskut, outing photoshoot dan beriadah, korang boleh contact aku di:

email : saedramadhan@yahoo.co.uk
no phone: 013-2454656
***

1 Blogger kasi response. .:

Nurfatehah Author
August 21, 2010 at 12:53 AM

hang benti keje ka?

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...