Wednesday, August 25, 2010

Hangin Betul !!

***

Harini tanggal 15 Ramadhan 1431 Hijriah, Alkisah berkerja seperti biasa dari jam 7 pagi hingga 5.30 petang. Hari ini Alkisah memang kusyuk buat kerja selain berpindah randah tempat mencari posisi yang terbaik untuk Alkisah buat kerja. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Apa yang kurang enak Alkisah alami harini, kereta Alkisah kena langgar. Apa kejadahnya ini semua? Siapa yang perlu dipersalahkan? Siapa yang nak bayar ganti rugi.

Alkisah hangin betul. Alkisah tak paham, kenapa dalam sesak sesak kat tengah jalan raya, boleh plak mamat mamat motor nie nak bawa laju. Alkisah tak salahkan orang lain bawa motor, OOokey. Alkisah tuju kepada mamat duaorang naik RXZ. Nasib baik no plat korang Alkisah tak sempat capture. Tolong la. Kalau nak menyelit tu pelan pelan boleh tak. Tak payah dok bawa laju laju. Budget korang Rossi ka?.

Alkisah tahu la, korang baru balik dari pasar Ramadhan. Lepas korang langgar kereta Alkisah, habis bersepah sepah makanan korang atas jalan. Fair & Square, sebab korang tak dapat berbuka dengan lauk korang beli tadi, Alkisah plak tak sempat pergi pasar Ramadhan beli juadah berbuka. Nasib baik kakak Alkisah ada lauk backup untuk Alkisah.

Dalam sesak sesak kat tengah jalan, Alkisah, kereta depan Alkisah, kereta belakang Alkisah, kuar dari kereta masing masing. Alkisah usha belakang kereta Myvi ku, Alhamdulillah tak dak kesan kena langgar. Alkisah tanya brother kereta belakang Alkisah. Mamat tu pakai BMW. "Bro lu ok ka" tanya Alkisah dengan ramah sambil usha kereta dia selamat sepenuhnya. Alkisah usha blah kiri kereta Alkisah. "Apakah Jolok", ,maki Alkisah dalam bahasa translation. Habis calar pintu belakang, paling hampeh side mirror kiri kereta Alkisah patah. Alkisah usha kereta depan, Volkswagen GTI plak tue, kereta idaman Alkisah. "Bro, ko ok ka?" tanya Alkisah selamba walaupun Alkisah tahu jawapannya. Brother tu hanya mampu geleng geleng kepala. Cermin side mirror dia pecah tapi side mirror dia tak patah. Kuat juga kereta tu ye, bisik hatiku.

Baru Alkisah nak pergi kat mamat duaorang tue, tengok tengok diorang dah blah. Haiyaa.. tension tul. Tak dan nak pau serat dua. Kalau tak boleh cover duit nak repair side mirror nie.

Alkisah masuk balik dalam kereta. Nak kejar memang tak dapat. Jalan depan Kastam Kelana Jaya menuju ke Damansara pukul 6.30 petang. Korang budget Myvi Alkisah boleh kejar RXZ ka. Memang tak la wei.

Tengah hangin hangin, Alkisah pasang radio HOTFM. Si Suraya dok sebut sebut " Adakah hari anda hangat atau tidak?". Alkisah pun dengan tanpa segan silu, call HOTFM.

Truutt truuttt phone diorang bunyi.

"Hello sapa disana?" Sue Hotfm angkat phone.

Alkisah terkesima sekejap, bila marah marah dapat plak Alkisah call diorang, masa hotfm masyuk tak dak plak diorang nak call Alkisah.

"Hello ni Saed" jawab Alkisah dengan tergedik gedik.

"Ok Saed, kita buat rakaman sekarang" kata Sue yang tak sabar nak dengar cerita Alkisah.

"Ok Saed...." Sue mula tanya Alkisah dulu.

Wei korang tak dengar suara Alkisah dalam radio HOTFM jam 6.45 petang tadi ka. Rugi siut. Alkisah malas nak cerita kalau korang tak dengar radio masa tue.

Lepas call HOTFM, Alkisah call mak Alkisah. cerita cengini cengini. Mak Alkisah kasi nasihat ala bola drop Lin Dan yang tak mampu Alkisah nak angkat.

"Sabar la Ed, ada la hikmah, gugur dosa dosa kamu tu. Malam ni malam 15 Ramadhan, pergi solat terawikh". Nasihat mak Alkisah.

***






2 Blogger kasi response. .

Izaq Hafez Khalid Author
August 26, 2010 at 2:00 AM

pasni kena beli VW Scirocco laa...masa kena2 tu tak sempat kuaq pi hambat motor tu ka? motor tu tak jatuh lak pas langgaq keta hg? aku pun kena gak haritu tp nasib baik side mirror aku bleh fold ke blkg, kalo tak terkulai gak la...

Reply
August 26, 2010 at 12:28 PM

ala saed...
aku simpati dgn ang..
huhu..anyway, aku fhm...sbb aku pun pernah kena mcm tu gak..2 kali dlm satu hari lak tu..mmg aku sumpah giler2..cuma aku lg seb baik ar...sbb side mirror aku tak pecah..

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...