***
Setiap tahun, kita perlu set KPI / Target apa yang kita nak capai. Boleh dikatakan ia adalah Azam tahun baru. Walaupun dah masuk bulan Febuari, azam aku dah ada, cuma nak list dan hardcoded, masih lagi terkial-kial. Orang sibuk macam aku memang susah nak berblog. Waktu off-shift, ada saja benda yang aku perlu buat.
Kalau tahun lepas, aku agak struggle. Tahun ni aku dah mula boleh chill sikit. My Wife dah tak kerja, cuma dia sekarang busy dengan melayan permintaan cake online.
Aku plak dah start permanent night shift, jadi masa terluang waktu siang kadang-kadang tido, malam pun tido. Biasalah kerja jadi Batman kena banyak berehat.
Cik Fea plak belum start sekolah lagi, masih mencari-cari tadika terbaik untuknya. Insyallah bulan 6 ni nak try hantar cik Fea pergi menuntut ilmu dan bersosial. Asyik terperap kat rumah layan kartun, lama lama sifat pun jadi macam kartun.
Ekonomi
Alhamdulillah, rezeki night shift dan kpi tahun lepas, sedikit sebanyak dapat menampung keluarga. Dengan kemerosatan matawang ringgit yang agak mengerunkan pada tahun ini, namun kita bernasib baik kerana harga minyak juga merundum, dapat la saving sikit yang mana patut, walaupun harga barang tidak turun-turun lagi.
Menurut pakar ekonomi, tahun 2015 adalah tahun untuk kita menabung. Rata-rata harga pasaran saham agak jatuh dan eloklah kita melabur. Tak kisahlah melabur kat mana pun, apa yang penting kita kena banyak menyimpan.
Kalau boleh, aku nak cut cost apa yang patut jika perlu dan juga kurangkan penggunaan kad kredit. Wehuu..
Nafsu Membeli
Aku berazam nak rolling duit. Kalau aku nak beli suatu benda baru, aku kena jual benda lama. Rolling duit beli benda baru dengan hasil jualan benda lama. Memang payah nak kawal nafsu shopping, tapi at least sedikit sebanyak boleh mengurangkan pembaziran dan kalau nak membeli, mesti betul-betul benda yang berguna. Kena fikir 100 kali.
Kesihatan
Jikalau tahun lepas aku rajin ke GYM. Sempat la dalam 2 bulan, lepas tu terus stop. Memang tak berdisplin betul. Minggu lepas aku cuba main boleh petang-petang kat padang, baru main 15 minit dah pancit. Lemah betul. Lepas ni, aku dah kena start slowly cari fitness dan build-up body bagi nampak sado sikit badan macam Aaron Aziz tak pun Mark Wahlberg.
Rohani
Dari segi kerohanian. tahun ni aku cuba mengujungi solat berjemaah di Masjid/Surau dan ikuti kuliah yang ada. So far, aku suka follow kuliah Habib Ali Zaenal Abidin di Masjid berdekatan setiap bulan, hari selasa minggu pertama dan kedua. Insyallah kerap-kerap juga layan zon kuliah di youtube dan layan blog kereta mayat supaya diri aku ini diisi dengan pengisian yang berguna. Insyallah.
Sebelum mengakhiri entri kali ini, hayatilah tips kewangan dari Warren Buffet ni. Semoga kita semua berjimat cermat pada tahun 2015.
Ciao
1 Blogger kasi response. .:
semoga tercapai target tahun ni..
ReplyPost a Comment
Cer komen skit..