Thursday, February 5, 2015

Santai at Bayou Lagoon Park Resort

***

Ini cerita tahun lepas bulan 12, Makcik wife aku booking bilik di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Kitaorang apa lagi, menumpang la dengan muka tak malu. Agak nice juga la, dalam satu apartment ada 3 bilik, hall pun besar boleh sumbat sanak sedara yang ramai dan juga disediakan pantry untuk buat potluck. Harga bilik juga berpatutan, kalau tong tong 3 family still berbaloi-baloi ditambah pula ada pass Lagoon untuk mandi manda.


Pool Lagoon kat sini ok-ok saja. Paham-paham je la, bulan 12 musim hujan, kitaorang belasah mandi walaupun hujan renyai-renyai. Sejak akhir-akhir ni, si Fea macam takut plak nak slide kat dalam pool. Tak tahu la kenapa, mungkin fobia main air dekat Gambang itu hari kot. Tapi Bapa Mak Fea, belasah je mandi. wehhu..


Melaka adalah salah satu Bandar menarik untuk santai dan lepak makan. Bila malam menjelma, kitaorang lepak dekat Bandaraya Melaka, membeli-belah dan window shopping di Jonker street. Memang nice, parking jer kereta, dah boleh pergi semua tempat, A Famosa, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade dan Jonker St. Bagi aku, berjalan lebih baik, sebab semua tempat tu dekat-dekat saja. Kalau tak larat, naiklah beca Feng Tau lampu lip lap lip lap. Kalau bab makan tengahari, petang dan malam memang banyak pilihan, tapi apa yang pasti mesti pekena ikan bakar, coconut shake dan asam pedas  bila berada di Bandaraya Bersejarah ni.


Sebelum korang layan secebis gambar yang dapat aku snap ni. Satu je aku rasa Bayou Lagoon perbaiki. Pathway ke Pool Lagoon kena ada, Segan plak kitaorang dengan baju swimming basah-basah nak kena lalu depan Lobby yang sesak dengan orang ramai. Diorang patut but shortcut ke Pool Lagoon tanpa perlu melalui Lobby. Lif pun perlu ditambah dan diperbesarkan ruangannya. Barulah orang tak beresak-esak bila nak check-in and out. Sapa yang pernah tido kat sini, mesti alami benda yang sama kan.

Sampai disini dulu coretanku, jom layan gambar.











***

1 Blogger kasi response. .:

Amanina Mads Author
February 19, 2015 at 4:45 PM

fuhhh bestnya !! dh lama tak pi melaka. rindu makanan kt sana

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...