Tuesday, September 23, 2014

Jawapan untuk soalan Astro IPTV #3


***

Lagi sekali aku dapat soalan cepu emas dari pembaca.
Untuk menjawab soalan ini, berdasarkan gambarajah UNIFI itu sendiri, rata-rata bangunan apartment dan flat di Malaysia masih menggunakan COPPER sebagai tunjang cable dalam bangunan.



Apa bezanya Fiber dan Copper?


Walaupun kalau kita lihat FIber mempunyai bandwith yang besar dan kelajuan sehingga 10 Gb dengan jarak yang jauh berbanding copper, tetapi ada sebab musabab kenapa bangunan tinggi di Malaysia masih menggunakan COPPER sebagai pilihan utama.

Sebagai kaedah yang tertua penghantaran data, tenaga kerja terlatih untuk membaiki dan perkhidmatan media komunikasi ini mudah didapati. 

COPPER boleh digunakan untuk kedua-dua analog dan penghantaran data digital. Jalur lebar bergantung kepada ketebalan wayar dan jarak yang dilalui, tetapi beberapa megabit sesaat boleh dicapai untuk beberapa kilometer. 

COPPER media yang paling murah untuk penghantaran untuk jarak yang pendek. Jika sebahagian daripada satu kabel pasangan terpiuh rosak, keseluruhan rangkaian tidak ditutup kerana ia mungkin berlaku dengan kabel coaxial.


Disadvantage Fiber

Kos - Harga pemasangan fiber mahal walaupun ia lebih tahan lama dari COPPER.
Rapuh - FIBER adalah sensitif dan mudah pecah, tidak boleh dibengkokkan. Oleh itu ia memerlukan perlindungan yang tebal disekitar kabel berbanding COPPER

***

Bagi aku..

Syarikat Telco di Malaysia belum sampai tahap nak menyediakan 1GB a.k.a 1000 Mpbs bandwidth untuk setiap pelanggan, Paling hebat pun baru 30 Mbps. Maka dengan itu, sudah memadai untuk satu COPPER untuk sebuah rumah mahupun bangunan tinggi.

sumber: SoyaCincau

Mungkin ada sesetengah apartment di Malaysia yang bernilai jutaan ringgit ataupun bangunan-bangunan pejabat mancakar langit yang telah menggunakan FIBER sebagai tunjang telekomunikasi dalam bangunan mereka. Itu aku tak pasti. Tahap pengajian aku tak sampai lagi seperti Michael Scofield.


ChEeRss.. So you later.. alligator.. kalau salah sila perbetulkan aku..

***

1 Blogger kasi response. .:

Nina Mads Author
January 25, 2015 at 10:05 PM

dlu study banyak pasal fiber rupanya copper masih lg digunakan.. nice info

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...