***
27 April, Aku berkesempatan untuk mengunjungi KLIA 2 Open Day selepas menghadiri housewarming member aku di Taman Indah KLIA. Aku tiba disana dalam jam 4 petang. Orang masih ramai, tapi taklah seramai waktu pagi dan tengahari. Jom layan gambar dan sedikit ulasan. Harap korang tak mengantuk.
Ini adalah boarding pass untuk pengunjung bagi melihat suasana di dalam balai perlepasan dan ketibaan.
Flyover menuju ke tempat letak kenderaan, dropoff and pickup passanger.
Parking di Block B
Selepas parking, korang kena berjalan selama 5 minit ke terminal berlepas dan tiba. Sepanjang perjalanan, mata korang akan dihidangkan dengan pelbagai jenis butik pakaian, restoran dan macam macam lagi kedai. Dah macam shopping complex habaq hang. Jaya Grocer pun ada babe. Seriously, aku tak sure sapa plak yang nak beli ikan dan sayur kat airport macam ni. Tapi apa yang penting, aku dan member dah singgah toy r us beli mainan untuk anak masing masing.
Bila dah operasi nanti, andai kata korang kena naik di terminal 2 untuk berlepas, aku yakin dan pasti, korang kena datang 6 jam awal. Sebab kalau dah bawa bini terutamanya, bab menyinggah setiap kedai itu adalah lumrah alam. Berhati hati yo... Are you ready for a new shopping experience at KLIA2?
Check-in untuk dapatkan pass.
Ok aku dah bersedia untuk berlepas ke antarabangsa.
Selepas sejam pusing pusing dalam terminal KLIA2, aku harap kualiti udara dan customer service akan jadi lebih baik dari LCCT. Pelbagai kemudahan ada, hotel, klia transit dan pelbagai kedai sudah cukup memadai buat masa sekarang.
Cukuplah sampai disini dulu, at least aku dah sempat recce kawasan KLIA2. Andai kata kena naik flight kat sini, tak der lah aku sesat nanti.
***
11 Blogger kasi response. .
ramai jugak org datang haritu yer..
Replynanti nak try visit jugak lah.. wpun tak naik katerbang heee ^q^
air asia pun pindah ke
ReplyAssalamualaikum. wahh bestnya. nanti naik flight daripada sini pulak lah. hehee ~~~
Replysinggah menabung libresse sini~~~
ReplyRamai la juga.. tapi sebelah petang dah mulai kurang..
ReplyKalau ikut plan.. memang airasia pindah situ.. sbb departure n arrival board rata rata flight air asia.
ReplyTq..
Replynice gak!
Replyagak nice juga la..
Replyerm...brape rate parking kalau tggal kete kt ctu ye?nk tggal beberapa hr kt ctu utk ke oversea..berapa RM sehari casnye?
Replywahh agak berat ghak nak menjawabnya.. sebab aritu pergi masuk free.. rate kena check kat klia2 la gamaknya.. sorry x dpt jawab persoalan ini.
ReplyPost a Comment
Cer komen skit..