Monday, August 5, 2013

Kisah Ramadhan 1434

***

Alhamdulillah

Kita dah masuk minggu terakhir di dalam bulan Ramadhan.

Tidak seperti bulan Ramadhan yang lalu, tahun ini aku agak slow berblog.

Kerja kat tempat baru, agak busy, susah nak "menyelam sambil minum air".

Kalau time cuti plak, aku banyak menghabiskan masa mengemas rumah dan main game.

Bila ada idea, barulah aku ke meja komputer untuk meluahkan apa yang tersirat.

***

Tarawih

Aku suka akan petikan dari blog Kereta Mayat, walaupun aku tertinggal beberapa malam atas sebab sebab tertentu, tapi petikan ini menjadi pemangkin untuk aku ke Tarawih, tambahan pula ada Masjid baru kat Bukit Jelutong. Selesa dan tenang.

Malam Pertama..., tahukah korang?

(Syaitan yang membisik telah dirantai, Selamat datang Ramadhan)


Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:

“ Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?”

Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,

“Malam ini adalah malam pertama dari bulan ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w.”

Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..



***

Ramadhan kali ini,

Aku berjaya mengurangkan diri ke Param,

Kalau terdesak, barulah aku pergi mencari kat Param

Boleh kira pakai jari je, tahun ini aku jejak kaki ke sana.

Aku lebih suka, my wife masak kat rumah.

XOXO

***

Berbuka puasa di restoran, tahun ni baru 2 kali.

Haritu kat Papa John dan semalam kat Mozer's

dan mungkin malam ni berbuka kat luar juga.

Dapur dah tak berasap, chef dah clean up dapur.

Esok dah nak balik kampung, so tak nak semak semakan dapur.

Buffet Ramadhan??

Tahun ni tak attend/pergi mana mana Buffet.

Aku ni bukan jenis seorang yang makan banyak.

So harga buffet pun agak mahal.

Jadi better aku makan ala carte.

Makan kenyang dan terus balik.

***

Antara kenangan bulan Ramadhan kali ini

soFea masuk hospital pasal demam panas,
jadi aku dan wife berpuasa di Hospital selama 3 hari 2 malam

dan

Birthday cik soFea 2 tahun, pada 11 Ramadhan


***

Minuman kegemaran ketika berbuka?


Manggo juice

***

Akhir kata,

Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Maaf Zahir dan Batin

dari

Alkisah dan sekeluarga


XOXO

***



5 Blogger kasi response. .

August 5, 2013 at 2:22 PM

macam2 kan

Reply
Azie Namico Author
August 5, 2013 at 11:35 PM

selamat hari raya juga...hati2 balik kg...:^D^:

Reply
Myra Jay Author
August 6, 2013 at 4:39 PM

Selamat Hari raya Aidilfitri, hati2 di jalan raya..
dan semoga amalan kita di sepanjang Ramdhan diterima Allah..aminn

Reply
AiSyA LiEzA Author
August 14, 2013 at 12:02 PM

hehehe.. sdpnya kek sofea...EKKEKEKEK... =) SLMT HARI RAYA! ^^

Reply
Sheila Salim Author
September 2, 2013 at 9:42 AM

Assalamualaikum. alhamdullilah. berkat Ramadhan buat semua umat Islam. comelnyaa sofea. semoga anak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kamu dan pasangan :)

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...