Thursday, July 18, 2013

Spontaneous Thursday : Ayam

***


Ada sesetengah orang memanaskan isu ini dengan tajuk tajuk sensasi seperti

"Menteri kata, Jangan Makan Ayam, Kita Boikot Ayam"

Sian ayam..tak pasal pasal jadi popular.

Tapi bila aku baca paper, cuma tajuknya tertulis elakkan makan ayam.

Intonasi bacaan dan penulisannya sangat berbeda.

Bagi aku, selagi boleh elak, kita elak. Kalau tak mampu, kita cuba cari alternatif lain.

Tapi memandangkan hari raya bakal menjelang tiba dan Param pula berleluasa, jadi permintaan ayam memang meningkat naik.

Mak Bapa Atuk Nenek mula resah, macam mana nak masak rendang ayam, soto ayam, berayani ayam, nasi ayam, sate ayam bila hari pertama raya.

Aku perhati kat Param, harga seekor ayam golek RM17. Pergh!! Aku jeling ja.. sambil hati berdetik "elak elak.."

Tapi adakah kita masih boikot benda benda macam ni, sebagai contoh,

Harga ayam naik, boikot jangan makan ayam
Harga ikan naik, boikot jangan makan ikan
Harga beras naik, boikot jangan makan nasi
Harga baju naik, boikot jangan pakai baju
Harga spender naik, boikot jangan pakai spender
BN naik memerintah, boikot jangan undi BN
Harga sayur naik, ini tandanya aku kena start berkebun
Nafsu syahwat naik, sabar.. ini kan bulan puasa..dahulukan amal ibadat lain..

EH.. melalut sudahhh..
Jangan ambil hati k.. ini semua poyo je..

***

Jadi konklusinya,

Makan ayam boleh, tapi jangan selalu.
Haritu aku terliuq tengok ayam percik kat Param Stadium Shah Alam.
Perghh bila makan ayam ngan kuah perciknya.. memang uhmmm..

Ehh terbeli juga kann walaupun nak elak elak..
Poyo poyo poyoco..

Kalau di kampung my wife, atuk dia akan masak burasak dimakan pula dengan asam pedas ikan sebagai sajian utama di pagi hari raya.

Masakan ayam dan daging cuma lauk sampingan.

Jadi kenaikan harga ayam tak terasa sangat.

Bila raya menjelang tiba, kalau harga masih mahal, cuba kreatifkan diri untuk masak masakan yang tidak berasaskan ayam.

Anda mampu mengubahnya

***









3 Blogger kasi response. .

July 18, 2013 at 12:07 PM

ayam2

Reply
smbotak Author
July 18, 2013 at 1:25 PM

burasak? terbaik...

Reply
aizamia3 Author
July 18, 2013 at 1:57 PM

setakat ni belum berjaya menolak ayam dalam hidangan.. pembuka selera anak2 termasuk jugak mak budak ni.. kihkihkih.. ;)

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...