***
Tahniah kepada para pelajar yang berjaya dengan cermerlang dalam Peperiksaan SPM / STPM.
Bagi yang kurang berjaya, jangan risau. Gagal hari ini, bukan gagal selamanya.
Peperiksaan ini cuma pemangkin kebangkitan anda untuk terus berjaya dalam kerjaya.
Dah tiba masanya adik adik lepasan SPM / STPM, memikirkan pasal kerjaya apa yang nak diceburi.
***
Dulu, aku bercita-cita mahu menjadi seorang pilot. Ingat lagi masa dulu ada iklan dalam suratkhabar, terpampang pasal temuduga akademi penerbangan. Aku dah terbayang bayang nak jadi macam Takuya Kimura dalam cerita Good Luck. Pada masa tu, tahun 2001, Adam Mukhriz tak der lagi.
Malangnya, result SPM aku tak berapa UHMM. So aku terpaksa abaikan, lepaskan cita cita ku di awangan.
Aku buntu, tiada sesiapa pun membantu. Aku main isi bidang yang ada dalam borang Universiti tempatan tanpa mengkaji bidang yang aku suka. Kerana apa?
Tips 1: Pernah tak, bila korang isi borang dengan bidang pilihan korang... tetiba ada yang berbunyi?
Eh apsal ko amik bidang tu, tak der masa depan taw. Ko nak kerja apa nanti.
Pergh potong stim betul.
Aku nekad dan terus berjumpa dengan guru kaunselor. Dia memerhati result aku yang beterabur, lalu mencadangkan satu Institusi yang perlu aku cuba.
Aku apply, pilih 5 bidang yang aku minat. Beberapa bulan selepas tu, aku diterima temuduga dan akhirnya aku berjaya masuk ke Institusi itu. Institusi ini mengamalkan sistem 50% teori dan 50% praktikal. Sekarang, Institusi ini dinaik taraf menjadi UNIKL.
Tips 2: Bayangkan dari sekolah teknik jurusan Mekanikal, masuk diploma aku buat jurusan Computer Network. Tiada yang Mustahil.
Bila aku masuk institusi ini yang terletak di Bangi. Aku tengok banyak bidang teknikal yang ada seperti Automotive, Welding, Robotic, dan banyak lagi. korang boleh layari website Unikl untuk maklumat lanjut.
Seriously, masa Diploma, aku rasa macam blur blur, Amenda yang aku belajar ni sampai 3 tahun.
Bila lepas Diploma, aku sambung Degree dalam jurusan yang sama. Alhamdulillah, masa praktikal, aku dapat tahu apa sebenarnya yang aku belajar selama ini.
Tips 3: Sebenarnya bidang yang aku amik ini, agak luas perginya.
Kini, Alhamdulillah, aku dah bekerjaya dan jadi seorang Network Engineer.
***
Kesimpulannya
Tips 1: Abaikan dengar cakap orang yang berpandangan negatif. Anda sendiri mampu memilih kerjaya yang anda minati. Kalau buntu juga, bawa berbincang dengan ahli keluarga, guru kaunselor, kakak atau abang yang rapat.
Harus diingat, ada sesetengah pelajar terpaksa akur dengan kehendak keluarga, sedangkan pelajar itu tidak meminati bidang tersebut. Jika ini terjadi, anda boleh guna alasan dalam Tips 3.
Tips 2: Tukar tukar bidang ini normal. Apatah lagi terjadi pada segelintir kaum wanita, belajar tinggi tinggi, lepas dapat segulung ijazah kelas pertama, terpaksa akur kehendak suami, tukar bidang jurusan rumah tangga sepenuh masa. Wehuu..
Harus di ingat, segelintir kaum wanita jurusan rumah tangga ini lah yang banyak buat bisnes handmade, insurans dan blogger. Riban riban ghak dalam bank diorang nie.
Tips 3: Kita harus kaji bidang yang kita minati. Ke mana hala tuju bidang itu? Siapa Idola korang dalam bidang itu? Benda ini korang boleh guna untuk tangkis tanggapan orang yang berpandangan negatif dalam Tips 1.
Contoh:
Kulinari
Dari mata kasar - Jurusan masak memasak jer...
Sebenarnya - Bidang ini sangat meluas seperti belajar masak western / malay / international cuisine, pastry, serving dan macam macam lagi.
Idola - Chef chef terkenal macam dalam rancangan Master Chef. Ada sesetengah mereka yang bertugas di luar negara.
Welding
Dari mata kasar - Welding gate jer..
Sebenarnya - Anda boleh jadi Welder Inspector di pelabuhan kapal kapal besar dan pelantar minyak. Gaji diorang, tak payah cerita la..
Network
Dari mata kasar - Apa tu??
Sebenarnya - Kerja ini memastikan network (mobile line phone / internet) rumah dan pejabat dalam keadaan baik dan dinaik taraf bila diperlukan. So kalau takder internet or line phone secara tetiba, korang tahu la kerja sapa.
Photography
Dari mata kasar - tangkap gambar, semua orang boleh...
Sebenarnya - teknik, emosi, situasi mencantikkan gambar yang dipaparkan. Bukan setakat ambil gambar wedding, anda perlu juga tengok hasil hasil gambar photographer dari national geography, sports, fashions, travel, food, news, war dan lain lain.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal yang anda minat, anda kena rajin rajin pergi Job Fair. tengok kerjaya mana yang sesuai dan bidang/jurusan apa yang anda perlu ceburi masa di Universiti / Kolej.
Harus di ingat diorang juga gagal, tapi..
Bill Gates: Gates didn't seem like a shoe-in for success after dropping out of Harvard and starting a failed first business with Microsoft co-founder Paul Allen called Traf-O-Data. While this early idea didn't work, Gates' later work did, creating the global empire that is Microsoft.
Albert Einstein: Most of us take Einstein's name as synonymous with genius, but he didn't always show such promise. Einstein did not speak until he was four and did not read until he was seven, causing his teachers and parents to think he was mentally handicapped, slow and anti-social. Eventually, he was expelled from school and was refused admittance to the Zurich Polytechnic School. It might have taken him a bit longer, but most people would agree that he caught on pretty well in the end, winning the Nobel Prize and changing the face of modern physics.
Charles Darwin: In his early years, Darwin gave up on having a medical career and was often chastised by his father for being lazy and too dreamy. Darwin himself wrote, "I was considered by all my masters and my father, a very ordinary boy, rather below the common standard of intellect." Perhaps they judged too soon, as Darwin today is well-known for his scientific studies.
Isaac Newton: Newton was undoubtedly a genius when it came to math, but he had some failings early on. He never did particularly well in school and when put in charge of running the family farm, he failed miserably, so poorly in fact that an uncle took charge and sent him off to Cambridge where he finally blossomed into the scholar we know today.
***
Jadi adik adik lepasan SPM / STPM,
Pilihlah jalan yang benar,
Buat sesuatu yang anda suka,
Bila Anda suka, Kerja jadi Senang,
Hasilnya, anda sendiri yang puas hati.
Kuasa di tangan Anda.
Selamat memilih Kerjaya.
***
Jadi adik adik lepasan SPM / STPM,
Pilihlah jalan yang benar,
Buat sesuatu yang anda suka,
Bila Anda suka, Kerja jadi Senang,
Hasilnya, anda sendiri yang puas hati.
Kuasa di tangan Anda.
Selamat memilih Kerjaya.
***