Wednesday, April 28, 2010

Aku Batman

***





Sila pasang video ini sambil membaca entri. Memang layan..

Semenjak kebelakangan ini, hidup aku tak lari jauh dengan kehidupan seorang Batman. Kami bagai kembar tak seiras, berjalan seiringin dengan matlamat yang satu, iaitu bekerja di malam hari.

Bukan mudah untuk hidup di bandar Gotham City yang sentiasa gelap. Matahari pun jarang jarang Batman nampak, apatah lagi kakak Batman yang sebelah bilik. Pertukaran waktu shift kerja membuatkan Batman dan kakaknya susah nak bersosial, bergosip, mengumpat, dan macam macam lagi perkara yang buruk yang kitaorang suka buat. Tiada apa yang baiknya kalau hidup dalam bandar Gotham City ini.

Memang menarik kalau jadi Batman. Sebagai seorang Batman, memang susah hendak berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas. Otak Batman tak akan serabut, Batmobile Batman juga tidak mengalami pengurangan minyak yang mendadak ketika kesesakan lalulintas, tambahan pula minyak Batmobile di sara oleh kompeni dan tayar Michellin di sponsor oleh bapa Batman sendiri. Michael Schumacher mesti menyesal membawa jentera berpetrolkan minyak Petronas sedangkan Batmobile Batman ditaja sepenuhnya oleh Shell. Terima kasih kepada semua penaja yang sudi menghabiskan duit untuk Batman.

Berbalik pada jalan yang benar, memang seronok bila Batman memandu dalam keadaan jalan yang lengang. 3 lane itu milik Batman, kalau Batman nak meluncur "drift" ataupun nak buat donut pun boleh, tapi cuma Batman tak berapa nak tunjuk sangat skills tu, takut takut Tengku Djan marah.

Kadang kadang kerja Batman habis awal, kadang kadang habis lewat. Bahayanya kerja waktu malam ini kalau Batman balik dalam keadaan mengantuk bukan mabuk. Mengantuk dan Mabuk dua dua sama bahayanya. Kalau tak tahan tolong berhenti dan tidur dahulu di perhentian, stesyen minyak tak pun surau surau berdekatan. Ini melibatkan nyawa. No No No.. ini pernah terjadi pada Batman suatu ketika dahulu. Batmobile Batman terbabas ke dalam longkang.ketika pulang dari tugas. Adus memang tak macho langusng, Alhamdulillah Batman tidak mengalami apa apa kecerderaan. Kini Batman lebih berhati hati ketika memandu.

Waktu tidur Batman sudah tentu berpaksikan waktu San Jose. Ini bukan takat kompeni yang migrasi, Waktu tidur Batman turut migrasi. 3 Minggu berturut turut plak tu. Ini baru permulaan dan mungkin selepas ini perkara ini akan menjadi sebagai tugasan mutlak.

Walau apapun terjadi Batman nak pergi bercuti. Jumpa pada hari Jumaat untuk update terkini pasal migrasi Batman. Batman kau Hero ku.

***

Thursday, April 22, 2010

Nasi Goreng Seafood ala Italy


***

Bahan-bahannya:

* Sayur:
1/4 biji - Lada Benggala
1 biji - Cili Merah atau Lada Merah kalau orang johor cakap
5 biji - Bendi (haruslah direbus)

Sayur-sayur ini boleh dipotong mengikut kretiviti anda.

* Seafood:
Sotong
Udang

Udang kalau boleh dikopek kulitnya, manakala sotong boleh di cincang 14 kalau anda mahu.

* Nasi (ikut berapa ramai orang anda nak jamu)
* 2 Biji Telur (ini kena tengok berapa yang anda ada)

Cara caranya:
1 - Masukkan minyak ikut sesuka hati anda.
2 - Agak agak minyak dah panas, masukkan perencah Adabi beberapa paket yang anda suka.
3 - Bila bau dah naik sampai jiran sebelah cakap "Ermmm sedapnya bau". Baru anda masukkan semua seafood yang telah disediakan.
4 - Tunggu sampai seafood masak elok. Maka boleh lah anda masukkan nasi ke dalam kuali.
5 - Gaul nasi sehingga sebati sampai tiada kesan putih putih pada nasi.
6 - Jangan lupa masukkan telur ye. Pecahkan 2 biji telur ayam ke dalam kuali bersertakan sos tiram dan sos cili sesedap rasa.
7 - Akhir sekali masukkan sayur sayur yang telah penat anda potong tadi.
8 - Gaul Nasi Goreng sampai ianya masak.

Patang Larang: Anda dilarang menyanyi ketika memasak nasi goreng ini.

Resipi ini adalah hak milik http://saedramadhan.blogspot.com/ sebab aku baru try masak 15 minit yang lalu. Selamat mencuba.

***

Siri Meremang Bulu Roma #2

***

Pada suatu malam, aku di paksa menemani tunangku di spital. Lumrah seorang perempuan yang sentiasa perlukan perhatian. Jadi aku dengan selamba dengan berbekalkan apa yang ada, aku teman dia.

Terima kasih kepada G-bum dan Qiah kerana sudi melawat kitaorang di spital. Tak kering gusi kitaorang berborak. Macam macam cerita keluar kalau kitaorang jumpa. Kalau tak anyam ketupat memang tak sah, diselit pula dengan cerita rahsia kerajaan dan "File yang Hilang".

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30mlm. G-bum dan Qiah masing nak mengundurkan diri. Mereka tampak keletihan kerana datang melawat kitaorang selepas waktu kerja Kini, tinggallah kitaorang berdua bersama makcik kat sebelah yang tengah asma.

Seronok plak aku duduk kat spital nie. Aku dapat tegok cerita Adamaya, Asamaradana, Hotel Mania, Senario dan last sekali tengok Supernatural. Tengok cerita last tu dah siap terpejam pejam lagi mata aku. Jadi aku ambik keputusan untuk tutup je TV.

Sedar tak sedar aku dah pejam mata dan aku rasa jam belum lagi menunjukkan pukul 12 malam. Bilik kat spital kat situ memang gelap.

Sedap aku layan mimpi. Tiba tiba...

Aku tersedar.

Aku memandang ke arah tunangku.

Aku memanggilnya tapi suara aku tak lepas.

Aku cuba menggapainya tapi tangan tak sampai.

Aku seolah olah dihimpit macam nasi himpit.

Aku terus azan menggunakan hatiku lalu aku terus terlena.

***





Monday, April 19, 2010

Sama Ka??

***

Apakah persamaan antara Ed Hardy dengan Ed? Sebenarnya tiada persamaan langsung di antara Ed Hardy dengan Ed. Ed Hardy adalah sejenis jenama pakaian yang diwarnai dengan colour yang beraneka jenis di sertakan dengan corak corak yang kononnya ganas. Ed pula adalah nama samaran aku. Kesimpulannya memang tiada kaitan. Kita abaikan topik tu.

Hari ini aku temankan tunang aku potong rambut. Katanya nak potong pendek. Bagus juga, aku tengok serabai sangat rambut rosak dia. Jadi aku bawa dia ke Derrick and team.

Aku pilih Derrick and team sebab aku tahu diorang adalah salah satu stylist yang terkenal di Malaysia yang mampu merawat dan membetulkan rambut tunang aku. Setelah berbincang akhirnya tunang aku bersetuju untuk berambut pendek.

Aku terus pandang poster Misha Omar yang terpampang di dinding Salon. " Uish lepas nie sure muka tunang aku macam misha omar, slurp slurpp" detik hatiku.

***

Friday, April 16, 2010

Bermulanya aku..

***

Aku sebenarnya tertanya tanya apa itu dimenesi hati batu?? so aku pun google dan jumpa sambil berkata oh! dia rupanya. haha sejarah bermulanya seorang jurugambar. Ramai lagi otai otai jurugambar aku selongkar. Biasa la aku sentiasa membuat kajian, teliti hasil kerja mereka untuk dijadikan panduan aku nanti. Mereka ini hebat belaka. Aku kagum dengan mereka mereka ini.

Minat aku dalam bidang fotografi nie agak lama juga, sejak sekolah menengah lagi. Bapa aku memang memiliki SLR camera berjenama Minolta sejak dahulu lagi. "ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi". Kamera itu masih wujud dan bersemadi di dalam kotak kedap udara di biliknya. Aku pernah menggunakan kamera bapa aku itu di sekolah semasa rombongan ke terengganu dan cameron highland. Ketika itu aku hanya pengguna biasa. Kini aku sudah memiliki kamera DSLR sendiri yang di kongsi bersama kakak aku. Hakikatnya aku yang guna lebih tapi dia tak kisah.

Banyak lagi benda aku kena pelajari dan setiap minggu aku perlu mengasah mata aku kerana skills aku masih tumpul. Aku harap semangat aku takkan luntur walau apapun terjadi. Aku akan cuba sehingga aku capai matlamat aku.

Bermulanya aku dalam bidang fotogafi adalah disini : http://saedramadhan.fotopages.com/

Sejarah itu mengajar aku erti kehidupan. Kita boleh belajar dari sejarah dan kesalahan lampau demi memajukan diri kita. Semoga korang pun sukses dengan apa yang korang suka.

***





Wednesday, April 14, 2010

Migrate or Migrain

***

Itu la persoalannya sekarang, ramai orang dah migrate dan ramai customer nak migrate.

Satu satu benda nak kena tempuhi. Bukan sikit tapi banyak juga. Boleh migrain kalau sesiapa yang tak tahan. Malam nie penentunya. Walalu apappun aku doakan malam ini semuanya berjalan dengan lancar, insyallah. Diharap semua team dapat beri kerjasama supaya migration customer malam ini berjaya. Amin.

Tak sangka ada diantara budak opis aku dah mula angkat kaki. Ada yang masuk company lama, ada yang masuk company baru dan ada yang buka bisnes sendiri. Aku doakan korang semua berjaya. Hasil galian penuh di muka bumi ini, kita hanya perlu berusaha menggali untuk mendapat hasilnya. Aku masih disini, masih mengumpul ilmu walaupun rintangannya harus aku lalui dengan senyuman dikala perit yang ku rasa. Itu la ilmu. Bukan mudah untuk kita diberi peluang untuk mendapatkan ilmu itu. Semoga aku juga sukses pada masa akan datang. Doakan kejayaan aku.

***


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...