Tuesday, March 23, 2010

Katakan Tak Nak kepada Orang K-Poh !!

***

Apa yang aku tak suka, aku tak suka kalau orang yang jaga tepi kain aku. Aku pun heran, kalau jaga pastu tolong basuhkan kain baju aku tak pa la juga, ini tidak, siap tolong bakar kain aku . Terima Kasih sebab ambil berat tentang aku, kalau ada yang tak kena atau tak puas hati boleh rujuk terus kepada aku. Tak perlu babitkan orang lain.

Sudah menjadi lumrah mata manusia, mereka hanya nampak noktah hitam di atas sekeping kertas putih tapi diorang tak nampak ada orang cuba membersihkannya.

Mulut manusia memang kita tak boleh tutup, mengata dan mengutuk tanpa usul periksa memang menjadi lipstik dibibir mereka.

Cuba berfikiran positif. Tidak guna pangkat dan pelajaran tinggi tapi hanya nampak keburukan dari kebaikan.

Prinsip aku senang. Think Positive.

Akhir kata:

"Kalau nak tengok gambar dalam facebook dengan niat mengata, jangan masuk facebook. Tak baik untuk hati dan mata anda.."

Semoga ia menjadi pedoman kepada aku. Sekian.


***


1 Blogger kasi response. .:

March 25, 2010 at 9:28 AM

xfaham bro..ape kes....

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...