Saturday, May 31, 2014

Gila Cadbury Bunoh - Cash and Carry

***

Menurut sumber dari blog Mazidul - kanak-kanak yang bernama Siti Soffea Emelda dibunuh secara kejam di Sungai Kelang. Klik di sini.

Lalu aku baca lagi secara details kisah ini di blog Zaza - Kes Bunoh Membabitkan Kanak Kanak di petik pula dari facebook The Airtimes, mengatakan pembunuh kanak kanak terbabit berjaya melarikan diri dan terjatuh dalam Sungai lalu hilang dibawa arus.

Sudahnya, sumber dari The Malaysian Insider memberi kenyataan bahawa mayat suspek itu ditemui timbul di Sungai terbabit.

source: www.themalaysianinsider.com

***

Moral of the Story

1. Walau kemana sekali kita pergi, sentiasa perhatikan anak anak disekeliling. Jangan biar mereka begitu saja tanpa pengawasan.

2. Kenali manusia manusia disekeliling kita. Jangan percaya sangat pada warga kutu kutu kota raya.

3. Elakkan diri dari membawa kanak kanak ke tempat tempat high rate crime.

4. Sentiasa berwaspada, selawat dan ingat pada tuhan jika berada di luar sana.

5. Al-fatihah buat Siti Soffea Emelda. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

***

Sekarang kalau buat jahat, tuhan bagi cash.


Friday, May 30, 2014

Free Willy - Timbul tenggelam

***

 

Hidup blog I timbul tenggelam macam Willy,
Insyallah minggu hadapan kembali bebas.
Apa yang penting


Fokus

***


Thursday, May 22, 2014

Tips Bercakap dengan Ed

***


Tips Bercakap dengan Ed:

1. Up to u all la nak baca doa ke tak. Jangan baca mentera bukan bukan sudah lah.

2. Yes, I ni slow skit. Jadi nak cakap tu, biar setiap orang ambil part masing masing.

3. Yes, kalau nak mencelah, biar beradab, "Excuse me, sorry for interrupt". wah gitu.. macam test muet je..

4. Kalau korang over react, sure dalam hati I akan cakap "Apahal dengan ko ni?".

5. Yup tolong beri fakta bukan auta. I ni jenis percaya pada orang buat kali pertama.

6. I like details, sebab orang cakap ringkas & jitu, kadang kadang confius sama ada dia perli I ke apa ni.

7. For me, It's ok kalau face-to-face, sebab nak tau orang tu confident dan jujur melalui matanya. wah gitu.

8. Jangan puji lebih lebih, I ni umpama yis, cepat kembang.

9. Sokong tak sokong, up to u all. I ok oni.

10. Of course. Jatuhkan maruah I. siap U. tapi kalau kawan kawan rapat khas buat untuk kena bahan atau melawak. I boleh terima lagi.

11. Banding untuk kebaikan I ok. Kalau keburukkan, sorry i pekakkan telinga ja.

***

Wednesday, May 21, 2014

Yike Bike - Urban Syle

***


Wow

Macam ni punya basikal pun ada, memang terbaik la. I tengah survey mountain/road bike, tetiba terjumpa plak benda YikeBike. Menatang gapo dia YikeBike ni.

YikeBike berasal dari Christchurch, NZ. Seni bina unik Artistik dan reka bentuk Inovatif, design untuk manusia pada zaman moden kini.

I je yang outdated, YikeBike ni since 2009 kot..

YikeBike adalah sebuah basikal elektronik yang boleh dilipat, mudah disimpan dan dibawa kemana mana. Andaikata I kerja kat kotaraya KL, kena plak pergi kerja naik Train. Kemungkinan besar I kena berbelanja untuk beli benda ni. Kalau dulu I minat Evolve Skateboard, tapi kini tidak berbelah bagi. wah gitu.

Speksifikasi Yike Bike:

Berat: Carbon Fiber (11.2kg), Aluminium (14.6kg)
Top Speed: 23kmh
Charge Time: 1.5hrs using an optional 5Amp fast charger
                       4hrs using a standard 2Amp charger
Range: 14km Note: Range can be extended with optional extender battery packs.
User Height recommendation: Between 155cm to 193cm.
User Weight Limit : 100kg 

Excited babe kalau dapat benda nie, tapi memandang reganya boleh tahan ghak la.

 source: FunSportz.com.my

Kelebihannya:
  • Tak perlu fikir pasal parking kereta
  • Tak perlu fikir pasal minyak kereta (sampai office terus charge, save duit letrik korang kat rumah).
  • Tak perlu risau pasal kecurian basikal.
  • Tak perlu fikir pasal kesesakan lalu lintas.
  • Boleh simpan bawah meja opis.

YikeBike juga sudah bertapak diMalaysia, korang boleh layari https://www.facebook.com/YikeBikeMalaysia atau youtube Mysikal ecobikes

***

Tuesday, May 20, 2014

Arsenal menang FA cup 2014

***



Nak bercerita pasal perlawanan akhir, pasti membosankan korang, sebab rata rata pengemar bola sepak menyaksikan perlawanan tersebut. Yup, memang 2 gol pembukaan dari Hull mengejutkan para peminat Arsenal. Apa kejadahnya kelab top 4 tapi nervous di final, tapi Pak Wenger tetap memberi kata kata semangat "Keep Calm and Win the FA cup"

Wenger: I was shocked. They looked dangerous on every set piece, we were hesitant and you wonder if the shock for the team will not be too hard. But this team has a special spirit and a special togetherness and I knew they would try to respond. It was important for us to get back to 2-1 before half time, then not to rush our game and keep calm and structured. Overall in the second half we had many chances.

Selepas Carzola menjaringkan gol sebelum separuh masa pertama, ia memberi sedikit harapan untuk Arsenal. Pada minit ke 60,  Wenger mengeluarkan Podolski dan memasukkan Yaya Sanogo lalu sistem berubah ke 4-4-2. Arsenal mengusai perlawanan sehingga minit ke 72, Koscielny menjaringkan gol. Keadaan seri ini dibawa hingga ke masa tambahan. Aaron Ramsey menjadi hero Arsenal setelah menerjah pintu gawang Hull pada minit 109. Keputusan ini kekal sehingga tiupan wisel terakhir.

Lebih kurang 9 Tahun Arsenal kemaruk piala, kini badi piala terhapus sudah. Sekarang, Arsenal dan Man Utd mempunyai rekod yang sama iaitu memenangi piala FA sebanyak 11 kali.  Even though Arsenal tidak memeangi piala selama 9 tahun, tapi mereka tetap maintain top 4 untuk menyertai Champions League setiap tahun. Bukan senang nak maintain Star player yang keluar masuk Arsenal, diuji pula dengan kewangan yang ketat bagi pembelian pemain pada setiap musim. Kini Arsenal tiada lagi masalah duit dan pasti mampu memberi saingan yang lebih gempak pada musim hadapan.

***

All these videos are the Official YouTube channel for Arsenal Football Club. This channel will aim to showcase the personality of Arsenal Football Club and give fans more of an insight into what it's like to be at this fantastic club.

Subscribe to the Official Arsenal YouTube Channel:https://www.youtube.com/Arsenal 

 

Friday, May 16, 2014

La Famiglia - Cosa Nostra - Pasta in Town

***



I baru tau yang kazen I ada buat bisnes food truck pasta namanya La Famiglia. Food Truck ini bertapak di jalan Dungun Damansara pada sebelah siang dan malamnya di Subang Jaya. katanya ia akan bergerak gerak tapi buat masa ini, mereka berlabuh di SS15 pada sebelah malam.

Budak Subang Jaya memang ada gaya,
Macam Hari Hari, Hari raya.
Cuma nak pergi fifteen.
Still so fresh so clean.

Rasa Pastanya memang nice dan murah. I yang kurang gemar makan pasta, kini jadi lovers plak. Ahad dan Isnin lepas, 2 hari berturut-turut kitaorang pekana Pasta. Awesome wei.

So far I dah try, Bonanno Bolognese, Genovese Carbonara, Gambino Olio, Lucchese Tuna Pesto, The Boss Pasta dan Luciano Pizza Fries. Seriously semuanya sedap.

I suka design logo dan truck La Famiglia, sangat mafia okey..

Jadi, kepada Pasta Lovers, bolehlah korang pi try makanan diorang. Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow La_Famiglia di http://instagram.com/the_famiglia dan https://www.facebook.com/vivalafamiglia


***



Thursday, May 15, 2014

Red Bull Air Race - Putrajaya 17-18 Mei

***



Fore more information about Red Bull Air Race ticket, 



Niat hati memang nak pergi tengok, tapi semua ini bergantung pada keadaan.

Best plak kalau dapat shoot photo event, tapi Tele-Lens plak tak berfungsi dengan baik.
'
Cobaan

***

Wednesday, May 14, 2014

Ed's Review: Amazing Spiderman 2

***
Amaran: Entri ini untuk orang yang dah menonton movie Amazing Spiderman 2 saja. Takut kalau korang tak tengok lagi, nanti spoiled mood korang kalau dah tau jalan cerita dan endingnya dalam entri nie.


Setelah sekian lama My Wife and I tak tengok movie atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan. Movie terakhir yang kitaorang tonton adalah Fast Furious 6, itupun sebab cik fea ada kat rumah babysitter, my wife dan I cuti. Apa lagi, kitaorang terus grab opportunity. Teringat zaman before kawen dulu dulu. Memang kitaorang kaki wayang. Lepas saja kawen, terus stop tak tengok wayang sampai lah last year baru tengok Fast Furious 6. lebih kurang 2 tahun lebih tak jejak panggung.

Minggu lepas, My Mother In-law datang rumah, so apa lagi, tinggal cik Fea kejap, lantas kitaorang zaass pergi layan Amazing Spiderman 2 (AS2). 


Bagi I, cerita ni sangat awesome. I bagi 9/10 boleh.. I suka Andrew Garfield jadi spiderman dari Tobey. Dia berlakon sempoi/ gila gila dan kena dengan character spidey dalam kartoon/comic.

Macam kenal je AFC tu..

Jalan cerita agak panjang 142 minit. Character Villlian pun agak jahat. I pun tak sure kenapalah kebanyakkan saintis dan pekerja kat Oscorp ni akan jadi Villian Spiderman. Kalau korang perasan masa dalam salah satu slot movie AS2, dibawah ruang rahsia Oscorp ada 7 pintu rahsia yang terdiri senjata rahsia yang dipakai oleh Dr. Octopus, Vulture, Rhino, Green Goblin dan sampel darah Spidey pun ada kat situ. Lagi 3 pintu masih lagi jadi misteri. 

Bila Harry pekena dos darah Spidey, dia terus convert jadi Green Goblin. Spiderman dah cakap, kalau darah tak bersatu, dia akan jadi lebih teruk. Sampel dos spidey masih ada, jadi kemungkinan besar Venom juga bakal muncul. Wah banyak episod lagilah Amazing Spidey nie.

Penampakkan Costume Vulture dan Dr Octopus

I prefer Costume Spidey AS2 dari AS1. Dari segi colour costume, matanya nampak lagi Umphh, more to Spiderman berjiwa komik dan rakyat. I like it.


Last but no least, I terpaksa tolak 1 point dari jumlah I bagi tadi sebab Emma Stone a.k.a Gwen Stacy mati. How dare they..


Semalam, sekali lagi, I nak try test bawa cik Fea tonton movie ni secara 3D. Masa Spidey flying  memang awesome wei. 1st time tengok 3D babe, terasa jakun kejap. Malangnya, Half way movie tu, kitaorang keluar dan balik terus sebab cik Fea kacau orang dalam panggung. Cik Fea ni jenis tak takut gelap, suka merayau rayau dan kacau orang. Niat I memang nak test cik Fea tengok wayang. Jadi secara rasminya, cik Fea masih belum boleh tengok wayang. Tak sempat papa nak tengok Gwen terkuar kuar kat panggung. huhu

***

Friday, May 2, 2014

Little Fea's Cake

***



Kalau dulu aku berhajat nak bergabung blog dengan My Wife dalam satu blog, Aku,Wife Bergabung meleTop

Tapi sekarang tidak lagi, aku telah buatkan satu blog khas untuk bisnes barunya. Aku lah moderator, designer, dan photographer dalam blog ini. All in one babe..

Disamping memperagakan kek hasil tangannya, My Wife juga akan berkongsi resepi dengan anda semua.

Mohon jasa baik rakan rakan blogger sekian alam support and follow blog ini 

Andai kata korang berminat membuat tempahan sempena harjadi, majlis rasmi dan tak rasmi, party, mengidam dan mencuba keenakan kek kek ini. Bolehlah berurusan dengan Pn Shazira - 013-2032656.


 
 
 

***

Tidak dilupakan juga follow di Instagram: Little_Feas_Cake



***

Tahun nie, boleh la My Wife join Masterchef.

Aku plak dapat hobi baru, food photography.

Yeba yeba

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...