Wednesday, May 14, 2014

Ed's Review: Amazing Spiderman 2

***
Amaran: Entri ini untuk orang yang dah menonton movie Amazing Spiderman 2 saja. Takut kalau korang tak tengok lagi, nanti spoiled mood korang kalau dah tau jalan cerita dan endingnya dalam entri nie.


Setelah sekian lama My Wife and I tak tengok movie atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan. Movie terakhir yang kitaorang tonton adalah Fast Furious 6, itupun sebab cik fea ada kat rumah babysitter, my wife dan I cuti. Apa lagi, kitaorang terus grab opportunity. Teringat zaman before kawen dulu dulu. Memang kitaorang kaki wayang. Lepas saja kawen, terus stop tak tengok wayang sampai lah last year baru tengok Fast Furious 6. lebih kurang 2 tahun lebih tak jejak panggung.

Minggu lepas, My Mother In-law datang rumah, so apa lagi, tinggal cik Fea kejap, lantas kitaorang zaass pergi layan Amazing Spiderman 2 (AS2). 


Bagi I, cerita ni sangat awesome. I bagi 9/10 boleh.. I suka Andrew Garfield jadi spiderman dari Tobey. Dia berlakon sempoi/ gila gila dan kena dengan character spidey dalam kartoon/comic.

Macam kenal je AFC tu..

Jalan cerita agak panjang 142 minit. Character Villlian pun agak jahat. I pun tak sure kenapalah kebanyakkan saintis dan pekerja kat Oscorp ni akan jadi Villian Spiderman. Kalau korang perasan masa dalam salah satu slot movie AS2, dibawah ruang rahsia Oscorp ada 7 pintu rahsia yang terdiri senjata rahsia yang dipakai oleh Dr. Octopus, Vulture, Rhino, Green Goblin dan sampel darah Spidey pun ada kat situ. Lagi 3 pintu masih lagi jadi misteri. 

Bila Harry pekena dos darah Spidey, dia terus convert jadi Green Goblin. Spiderman dah cakap, kalau darah tak bersatu, dia akan jadi lebih teruk. Sampel dos spidey masih ada, jadi kemungkinan besar Venom juga bakal muncul. Wah banyak episod lagilah Amazing Spidey nie.

Penampakkan Costume Vulture dan Dr Octopus

I prefer Costume Spidey AS2 dari AS1. Dari segi colour costume, matanya nampak lagi Umphh, more to Spiderman berjiwa komik dan rakyat. I like it.


Last but no least, I terpaksa tolak 1 point dari jumlah I bagi tadi sebab Emma Stone a.k.a Gwen Stacy mati. How dare they..


Semalam, sekali lagi, I nak try test bawa cik Fea tonton movie ni secara 3D. Masa Spidey flying  memang awesome wei. 1st time tengok 3D babe, terasa jakun kejap. Malangnya, Half way movie tu, kitaorang keluar dan balik terus sebab cik Fea kacau orang dalam panggung. Cik Fea ni jenis tak takut gelap, suka merayau rayau dan kacau orang. Niat I memang nak test cik Fea tengok wayang. Jadi secara rasminya, cik Fea masih belum boleh tengok wayang. Tak sempat papa nak tengok Gwen terkuar kuar kat panggung. huhu

***

6 Blogger kasi response. .

ZazaMyMoon Author
May 14, 2014 at 12:26 PM

tengok jugak sabtu mlm minggu aritu.. best!! mmg bleh layan cerita ni..

Reply
May 14, 2014 at 2:21 PM

best kan

Reply
puteraduyong Author
May 14, 2014 at 4:33 PM

memang terbaik bersama hero yang hensem ... ;)

Reply
Al Kisah Author
May 20, 2014 at 4:07 PM

yup

Reply
Al Kisah Author
May 20, 2014 at 4:07 PM

a'a best..

Reply
Al Kisah Author
May 20, 2014 at 4:09 PM

tau tak pa

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...