Saturday, October 26, 2013

Seram Sabtu: Insidious Chapter 2 and Highland Tower

***
 
My Wife memang minat cerita hantu,
 
setiap minggu, hari jumaat and sabtu mesti kitaorang lepak tengok sama sama kat astro
 
Ala, channel 131 Seram sabtu,

Hari jumaat plak ulangannya.
 
Kadang kadang aku geram ghak, dah la Arsenal tengah pawer sekarang,
 
Terasa rugi plak kalau tak tengok game diorang,
 
dah la, seminggu sekali je, selalu clash dengan cerita cerita hantu tu.
 
Hantu betul..
 
Nanti aku terpaksalah beli 2nd decoder Astro + TV baru letak kat dalam bilik tidur.
 
 ***
 
Korang dah tengok Insidious.
 
Aku pernah tulis entri pasal cerita ni http://saedramadhan.blogspot.com/2012/07/insidious.html
 
Best Doo.. ni dah kuar plak Chapter 2.
 
Lepas tu ada plak citer Highland Tower.
 
Nampak macam best, tapi tal leh komen sekarang,
 
kena layan dulu, baru leh komen.
 
Apapun seperti biasa, aku kena tunggu cerita nie keluar kat astro Best/First.
 
Kalau nak tengok wayang, memang tak dapat la babe.
 
Tak der masa nak pi tengok wayang, kesian kat cik fea  dah la tak boleh bawa dia, pastu mesti tak der feel dan paling tak best sebab tak der bantal nak cover ketakutan.
 
Kalau kat rumah ada selimut, boleh baring baring, sound system pun surround dan jimat duit.
 
Baru layan..
 
Walauapapun, baik korang layan trailer movie movie tu dulu..
 
 

 
XOXO
 
***

Friday, October 25, 2013

Paintball Champions - Amacam ada brann..

***
 
Ahad lepas, aku join Paintball Tournament yang di'organize' oleh kompeni tempat kerja aku
 
Dah berkurun aku tak main paintball.
 
Masa 1st time main paintball kat Bukit Cherakah
 
 
 
Bila sekali dua main, pastu terjebak beli peralatan safety equipement
Beli mask nak yang google double pane, kononnya dapat clear vision masa main dalam hutan.
Pastu beli arm proctector, untuk kurangkan Lebam Lebam kat tangan.
Kalau korang nak beli, beli time sales, memang murah.
 
Cuma maker je tak sempat nak beli.
Member hasut hasut, tapi aku terpaksa pekakkan telinga.
 
***
 
Okay jom sambung pasal tournament.
 
Lokasi permainan adalah di Paintball Valley - Lagong
 
Tempatnya agak thrill,
 
 
PVL location
 
Akceli, dalam Map tu, lepas IPD korang kena slow,
 
Nampak je sign board taman rekreasi/hutan lipur bukit langong,
 
korang masuk situ, simpang nak masuk memang kecik skit.
 
Lepas tu, jalan dia agak sempit, dan korang terus sampai hujung kampong orang asli.
 
Kat situlah tempatnya.
 
Memang agak dalam juga masuknya.
 
1st time pergi, rasa macam lost dan nak patah balik.
 
Bila dah sampai kat situ, rasa tak sabar plak nak perang
 
Wehuu
 
***
 
Tak payah cerita panjang panjang.
 
Jom layan picca dulu.
 
 
Safety and Rules briefing
 
Battle Field
 
  Red Team
 
Bersama kapitan Red Team
 
 
last game, no rules " shoot till pallet finish".
Ni ada conference PBB.
macam mana nak hapuskan musuh bila pallet dah abis.
 
Huhuhu


Champions Red Team
 
Wehuu Team aku tu.. Amacam ada bran..
 
 Company Group Picca
 
***

Tak sangka taktikal menjadi..

kalau nak cerita pasal taktikal, memang agak rumit.

Jadi kalau nak tau taktikal perang aku,

bolehlah ajak aku main Paintball join team korang.

XOXO

***

Thursday, October 17, 2013

Spontaneous Thursday : Converse

***
 

 
Sepatutnya, aku nak upload gambar nie dalam segmen Wordless Wednesday,
tapi terlambat la plak,
Secara spontannya aku upkan gambar ni dalam Spontaneous Thursday.
 
Kecik kecik lagi cik Fea dah pakai kasut Converse.
Seumur hidup, Papa tak pernah pakai kasut berjenama tu.
 
Budak budak zaman sekarang,
Ini semua, Mama yang ajar
Nak anak bergaya, katanya..
 
***



Saturday, October 12, 2013

Awesome Saturday: Kuasa Magneto

***
 

 
***

Friday, October 11, 2013

Perginya Si Urap

***
 
Gambar dan Cerita dari miss AJ sendiri.
 
Berakhirnya Perjalanan Hidup Si Urap <<klik untuk baca kisahnya.
 
***
 
Bila si Urap pergi,
 
Teringat plak aku pada kisah Kazen yang join Friskies contest tu.
 
 
Yes, Fifie sangat aktif dan agresif.
 
Nama Fifie diberikan sempena memperingati kucing lamanya dan juga bernama Fifie, tapi hayatnya kucing tu tak lama kerana ia pergi kerana X-ciden.
 
So, kucing baru ni aku gelar ia Fifie II.
Boleh dikatakan kucing kesayangan keluarga kazen aku ni.
Sapa yang takut or geli dengan kucing macam mak aku,
for sure berhati hati kalau stay kat rumah diorang.
 
***
 
Suatu hari, Aku dan  my wife singgah kat rumah Arwah Uncle Din.
 
Tetiba......
 
Aku nampak Fifie II tersangkut kat tengah porch autogate.
Aku terus tekan bell dan jerit
 
"Wann.... FiFiiiiiee"
 
Auntie Sue, Wan, Ira bergegas turun bawa buka pintu.
 
Apsal Ed..
 
Fifie tersangkut kat gate..
 
Ya Allahh...
 
Masa aku sampai Fifie dah nyawa nyawa ikan. half body dia tersepit kat porch autogate.
 
satu family dia  nangis atas pemergian Fifie II,
 
petang tu juga, kitaorang cuci darah Fifie yang terkena lantai kat luar, pastu balut dengan paper dan tuala dan semadikan kat sebelah kubur Fifie kat laman rumah.
 
Jadi kubur Fifie dan Fifie II bersebelahan.
 
Walaupun bukan kucing aku, tapi aku terasa sebak juga masa tolong gali lubang kubur tu.
 
***
 
Akhir kata dari Arwah uncle din,
 
"Mungkin nama Fifie tak lekat.."
 
***


Wednesday, October 9, 2013

Wordless Wednesday : Overweight

***
 

 
***

Thursday, October 3, 2013

Spontaneous Thursday : Kagum

***

Kazen aku pernah cerita suatu kisah,
Kisah ni berlaku di Restoran Mamak.
Kazen: Mamak, ikan goreng seekor.

Mamak: Wokehh.. ikan goreng siappp...
tak lama kemudian, mamak tu bawa seekor ikan beralas pinggan.
Dapat je ikan tu, dia terus passing kat bawah meja bagi kucing makan.
Mamak tu terkejut lalu berkata;
Mamak: Wah, you banyak baik.., berhati binatang..
Kazen aku tersentap bila dengar nada mamak tu cakap, tapi dia balas dengan senyuman sebab mamak mungkin tatabahasa mamak tu tak betul.

***

Akceli family kazen aku nie memang suka kucing, dan dia pernah terlibat dalam rancangan Friskies Belaian Si Comel.
Family wife dia pun bela kucing, satu bilik penuh kucing babe.
Memang family kucing bertemu bergabung meletup..
***

Bila aku baca entri pasal Si Urap kat Blog AJ, aku teringat kisah kazen aku tu.

Aku agak kagum dengan kesungguhan miss AJ mencari Dana buat si Urap <= klik link tu.
 
Bukan senang atau semua orang sanggup berbakti pada kucing setahap tu.
 
Apatah lagi memulakan langkah untuk menjaga kesihatan si kucing yang datang tak diundang.
 
Aku harap semua berjalan dengan lancar semasa pembedahan si Urap.
 
***

Semoga Allah saja membalas jasa baik korang.

Insyallah murah rezeki.
 
***

XOXO

Cerita sini, habis sini je la..

Tuesday, October 1, 2013

Rokok Naik Harga - AAK

***
 
Rokok Naik Harga
Ada Aku Kisah
 
 
Pagi pagi buka FB, kecoh pasal rokok naik.
Aku tengok kat kedai mamak tadi, harga Dunhill cecah Rm12
Ada juga rokok harga RM10.5
 
Pergh..
 
harga lunch time aku tu
dari hisap rokok, better aku beli makanan
tapi bagi perokok, lain plak pandangannya.
 
Aku dulu pernah hisap rokok,
Itu masa zaman muda study lah.
Kononnya nak hilang rasa mengantuk bila overnite study nak exam
 
Poyoss semua tue..
 
Aku dulu minum black coffea ditengah malam nak bagi hilang rasa ngantuk
Tapi bila minda dah bermain perkataan tidoq dalam kepala
 Maka, mata aku akan terlelap jua.
Sapa cakap minum kopi hilang rasa ngantuk
 
Ini Semua Poyosss
 
***
 
Alhamdulillah, walaupun dulu aku hisap rokok, tapi aku tak ketagihan
Sebab dulu, pernah aku baca artikel yang mengatakan
 
Jika seseorang itu baru berjinak jinak hisap rokok pada usia umur 20 tahun,
maka dia tak akan ketagihnya. - sumber x tahu menahu
 
Haha lebih kurang macam tu la.
Aku pernah juga dengar cerita bapaku hisap rokok masa outstation kat jepun dulu
Keliling dia orang hisap rokok, jadi bapaku pun terpaksa hisap juga.
tapi tak ketagih pun.
Jadi aku pun try.
 
Aku lebih percaya pada akal dan fikiran.
Kalau korang boleh control minda supaya tidak merokok
korang mampu mengubahnya.
 
Aku dah cuba
dan berkesan.
 
***
 
Bagi perokok tegar,
Korang boleh fikir fikir untuk berhenti,
Takpun, hisap vapor untuk saving.
 
***
 
Kalau kerajaan nak naikkan harga rokok atau arak 
seriously aku tak kisah
Tapi jangan lah naik harga minyak dan keperluan yang lain
Tolonglah..
 
XOXO
cerita sini habis sini je la..
 
**
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...