***
Hujung bulan May yang lepas, Aku dan wife merantau ke Bandung. Flight kitaorang antara terawal, tetapi perjalanan yang sepatutnya 2 jam telah menjadi total flight 6 jam. Pukul 8 pagi, flight sudah tiba di perkarangan udara Bandung, tetapi Pilot gagal touchdown kat airport disebabkan Kabus/Jerebu tebal dari kawah gunung berapi di sekitar Bandung.
Apa lagi, Pilot buat flight-seeing kat Bandung selama sejam, tapi masih gagal mendarat, jadi kitaorang dibawah isi minyak di Jakarta. Bila keadaan agak reda, barulah Pilot bergerak semula ke Bandung.
Jadi, kitaorang sampai di Bandung lebih kurang jam 12 tengahari waktu tempatan.
Muka happy 1st time jejak kaki ke Bandung.
Aku perati, kalau tandas lelaki kat Indonesia akan ada sign "Pria", wahh memang Pria terhebat.
Hari pertama, setelah checking kat Hotel, kitaorang shopping shopping kat Jalan Riau. Kat sini banyak sangat factory outlet. Jean Levis boleh dapat below rm100. Serious tak tipu. Adakah Ori or tak, itu aku tak berapa pasti.
Style betul ejaan dia " Stroberi"
Banyk betui cik kak kita shopping, sampai malam kot lepak kat Jalan Riau nie, lepas shopping pastikan korang stretching kaki untuk activiti esok plak.
Layan karaoke Dangdut dalam bas.
Hari Ke-2, Kitoarang di bawa ke Tenkubang Perahu. Dalam perjalanan kat sana, aku perhatikan rumah diorang rapat rapat, jalan sempit, driving skills diorang pawer tak macam orang malaysia dan diorang banyak Entertain pelancong di jalanan.
Jam 10 pagi. kitaorang dah tiba di Tenkubang Perahu. Saranan aku, korang pergi awal pagi, sebab kalau sampai lambat, memang ramai orang dan tak lupa juga sediakan 75K rupiah.
Berkenaan dengan peniaga disana, hati hati je la, diorang semua baik baik, jika tak nak beli, jangan cuba tawar harga/sedekah, korang boleh tolak pelawaan hanya dengan senyuman.
Kitaorang tak lama kat Tenkubang Perahu, disebabkan kawah tu berbau gas sulfur yang kuat. Makan tengahari kitaorang adalah si D'Seuhah Da Lada. Tempatnya agak nice dan makanannya juga sedap. Teh botol adalah pilihan aku, nak try Teh Botol dalam botol kaca, kalau kat Malaysia diorang kasi botol plastik.
Sesudah makan tengahari, kitaorang ke Pasar Baru. Perghh memang banyak betul kain. memang Boring bagi orang orang macam aku. Hehehe.
Tapi kalau perempuan pergi sini, memang diorang tersengih sengih. Nasib baik ada orang guide kitaorang kat dalam pasar ni, kalau tak, aku pun boleh lost. Lagipun guide ni akan bawa ke tempat yang kita nak tuju. Contohnya, "nak cari telekung", nanti diorang tolong bawa ke kedai yang elok dan murah. Selalu kedai ni dah kaw tim dengan guide nie, tapi Alhamdulillah dengan adanya guide nie, masa kitaorang teratur, senang dan mudah. Mamat tu lebih kurang Google search kat Pasar Baru.
Bila dah petang petang skit, kitaorang dibawa ke rumah Mode. Seriously korang kena datang sini. Baju Seluar kat sini memang murah dan branded. Kalau duit kurang disebabkan pembelian kain di Pasar Baru, kat sini korang boleh swap pakai kredit card plak. Aku yang kononnya tak nak beli apa apa, akhirnya kalah juga dengan hasutan nafsu. Okay beli jeans untuk raya tahun nie.
Hari ke-3, Hajat dihati, aku mahu pergi ke Paris Van Java, tapi disebabkan masalah teknikal, My Wife nak pergi lagi Pasar Baru, katanya nak tambah lagi beli kain dan telekung. Haa tengok mandrom Pasar Baru nie sangat kuat tau.
Jam 2 petang, kitaorang dah bersiap siap ke airport, tapi singgah sebentar di Amanda Brownies. Katanya brownies kat sini sedap sedap. Kata My Wife, bila dia try Brownies Kartika Sari, rasanya lagi enak.
***
Kalau korang nak tips berguna, boleh klik link bawah nie:
Apa yang aku nak tambah:
Kalau boleh, korang pakai travel porch , senang nak simpann duit
dan sediakan juga international plug untuk charge phone kat hotel nanti.
Cari hotel yang berdekatan dengan tempat korang nak pergi, contohnya Pasar Baru, Jalan Riau atau Paris Van Java.
Sebab hotel yang aku stay kat Bandung sangat failed.
***