Tuesday, February 26, 2013

Poh-Lee-Tick?

***

Kerana ini, negara huru hara
Kerana ini, bangsa berpecah belah
Kerana ini, sedara berbalah

Kerana ini
Aku Benci

Ada apa dengan Poh-Lee-Tick?

Aku tersentap
Bila bangsa lain lebih arif

Aku bangkit
Sedar akan kepentingannya

Tapi Aku,

Aku tetap Benci..

Kerana ini, semuanya permainan
percaturan
kotor
jijik

Pada siapa yang perlu Aku rujuk?

Kini
Aku bagai berada di Siratul Mustaqim
selamanya..

Tolonglah wahai sekalian
Aku buntu

Selama ini
Aku seperti katak bawah tempurung
Lari dari propaganda
Mataku pejam dari segala penipuan
Telingaku pekak dari tohmahan fitnah

Deria otakku berfikir

***

Media
Perlukah Aku percaya pada mu?

Serangan berterbangan berbentuk peribadi
Fitnah bertaburan di sana sini


Putaq Alam..

Bagus!!
Kau buat Aku berfikir
mencari kesahihan

Sangat berbeda..

Aku pelajari sesuatu,
Manusia ini Hipokrit

Kau buat Aku buntu,
Siapa yang benar & Siapa yang salah

Memang..

Memang bukti berleluasa
Tapi
Hanya Allah
Maha Mengetahui


***

Ingatlah wahai sekalian

"Anak kecil main api 
Terbakar hatinya yang sepi 
Air mata darah bercampur keringat 
Bumi dipijak milik orang 

Nenek moyang kaya-raya 
Tergadai seluruh harta benda 
Akibat sengketa di antara kita 
Kita lenyap di arus zaman 

Indahnya bumi kita 
Warisan berkurun lamanya 
Hasil mengalir ke tangan yang lain 
Kita kan merintih sendiri 
Jangan buang waktu lagi 
Majulah raih sebuah mimpi 
Hapuskan sengketa 
Teruskan usaha 
Kita kan gagah di nusantara 

Kita kan gagah di pentas dunia"


***

Aku tidak mahu
Agamaku diperkotak katikkan

Aku tidak mahu 
Bangsaku mengadaikan tanah sendiri

Yang berkuasa, berleluasa
Yang tidak, ditindas pula

Ingatlah,

Setinggi mana kita terbang
Ke dalam tanah jua kita kembali

***

7 Blogger kasi response. .

Anum Author
February 26, 2013 at 10:54 AM

betul2

Reply
February 26, 2013 at 11:49 AM

politik x kotor sebenarnya.. tapi bila ada orang jahil yang x reti berpolitik nak menguasai arena tu, mulalah haru biru jadinye.. kucar kacir jadinya dunia politik. jadi untuk 'bersih'kan balik dunia politik, 'hapus'kan orang2 jahil yang x reti berpolitik. yang x tau tujuan sebenar politik tu.

Reply
February 26, 2013 at 4:59 PM

So true......
Bila ada insan2 yang salah gunakan kepentingan politik...
huru hara terus jadinya...
Yang jadi mangsa, kita sebagai rakyat......

Reply
Sofea Author
February 26, 2013 at 5:42 PM

betul cakap ko, tapi bagi aku politik lebih nampak kotor dari bersih..

Reply
Sofea Author
February 26, 2013 at 5:54 PM

Betul betul betul...

Reply
ewanthology Author
February 26, 2013 at 6:33 PM

politik hanya mainan jerung jerung besar di atas sana... tetapi rakyat yang tersepit menerima padah. berpecah belah.

Reply
Unknown Author
February 26, 2013 at 6:38 PM

politik oh politik..mengapa jadi begini?..anak bangsa mu ini bertanya....

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...