Monday, December 31, 2012

Makan makan @ Laman Grill

***

Alkisah memang suka layan Master Chef.
Masa tengok Master Chef Season 2.
Chef Zubir ada bawa beberapa perserta yang menang cabaran luar ke restoran beliau.
Katanye....
Nama restoran tu adalah Restoran Laman Grill
dan ianya terletak di Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam

Kalau korang tahu, kat situ ada banyak restoran.
Mexican Grill, Coffea Planet, Opah, Killiney Kopitiam, Tutti Fruiti, Mr Steak House dan
banyak lagi..
Tapi Restoran Laman Grill ni
terletak di belakang dari restoran restoran tersebut..

Masa Alkisah pergi, ingatkan tak der orang,
sebab masa pergi makan tu, time tengah bulan.
Rupa rupanya tidak..

Full house babe..
kat dalam full reserved.
Sapa yang datang tanpa booking, kena makan kat luar.
Nasib baik cuaca okey..

Jadi bila makan tu memang terasa best dan syok..
sejuk sejuk dingin malam gitu.

Ternyata makan kat sini memang
High Class..
Terbaik Chef Zubir
Teknik memasak anda cukup hebat
Kukus Grill Panggang, Kukus Grill Panggang
Kukus




Lepas nie Alkisah nak try restoran PickNick
Restoran Nick Michael Imran, salah seorang peserta Master Chef musim pertama.

Yummy Yummy Yummy

***

Tuesday, December 25, 2012

Makan makan @ Bonjour Garden

***

1st time Alkisah try Bonjour Garden
Selalu bila pergi Jaya Grocers kat Bukit Jelutong,
mesti pandang restoran nie.

Ok fine Alkisah mesti coba sekali menu menu dia
Harganye agak berpatutan dengan kuantiti dan rasanya.

Jom layan antara menu menu yang Alkisah coba:

Bonjour Hawaiian Pizza 

Setalam Pizza nie berharga RM18
Pizzanya besar, nipis dan crunchy

Bonjour Steak

Steak dia agak besar, Alkisah tak sure berapa Oz.
tapi sekali makan confirm kenyang,
sebab Dagingnya tebal gitu..


Beef Lasagna 


Paling menarik yang Alkisah nak sangat coba adalah
Bonjour Hazel Crunch
Terbaik Toqq..

Bonjour Hazel Crunch

***

So korang dah try ke blom?
Kalau blom, gaji masyukk, korang pergilah try

Selamat Mencoba
Adios Amigos

***

Monday, December 24, 2012

Alkisah 2nd Anniversary

***

Assalamualaikum

3rd Dec 2012 adalah 2nd Anniversary Alkisah
Wahh Gitu..
Jika tahun lepas, Alkisah tak dapat nak berAnniversary sangat dengan my wife
Apatah lagi nak feel honeymoon.

Ye la..
Lepas kawen terus My Wife bunting pelamin
Then 1st Anniversary, Sofea baru berumur 3 bulan lebih.
So memang tak boleh pergi mana sangat.

Jadi 2nd Anniversary nie,
Alkisah plan nak kasi best skit
Ala ala 1st honeymoon.

Alkisah plan bermalam di Bayview Beach Resort, Penang.
Then dinner di Hard Rock Cafe.

Akceli Alkisah memang dah familiar dengan hotel Bayview.
dari kecik lagi kalau Family Alkisah bercuti, mesti stay kat hotel nie.
 Nice dan Murah.
Hotel Bayview in bersebelahan dengan Hotel Hard Rock Penang.
Jadi jika sesiapa yang nak berjimat,
Boleh la stay kat Bayview dan jalan kaki ke Hard Rock Cafe.

Tips:
Bayview Beach, standard hills view murah, booking online je.

Bila Alkisah tiba kat hotel,
Hotel kasi bilik Superior, dimana ada dua permandangan, Hills dan Sea.
Sebab bilik standard dah penuh.
yang lagi best bilik besar, view cantik tapi harga sama standard room.
Terbaik kot..
Then malam tu plak ada event Jazz Festival kat dalam perkarangan Beach Hotel.
Kira dari bilik Alkisah boleh dengar dan tengok sipi sipi la konsert tu.
Memandangkan Alkisah lebih minat Rock.
Jadi malam tu, Alkisah plan nak dinner kat Hard Rock dan layan Band kat sana.

Jom layan picca picca yang sempat Alkisah shoot semasa bercuti di Penang.





 

Bila nak order makanan kat Hard Rock Cafe, 
Alkisah direkemenkan oleh salah sorang pekerja kat situ untuk mencoba
Legendary 10 oz Burger
Burger Bakar yang agak besar dan nice.
Sangat romantik bila burger tu dikongsi bersama si Isteri pada malam Anniversary.

Band yang menghiburkan kitaorang adalah Deviate.
Best ghak band tu, lebih kurang macam band NRG.
Alkisah memang suka layan band music macam nie.

Sofea plak ditinggalkan bersama Atuk dan Opahnye.
Heheh sian Fea, tak pe, sekali sekala
Papa dan Mama pun nak bercanda.

***


Friday, December 14, 2012

Burger Bakar & Ais Kacang Milo

***

Haritu, masa bosan bosan dan lapar
My wife ajak jalan jalan cari makan
So kitorang pun pergi area Bukit Jelutong
cari makanan bagi mengisi perut yang sedang lapaq

Pusing punya pusing punya pusing
My Wife cakap nak try burger bakar
Alkisah ok only
Sebab nak try ghak, apa yang bestnye bakar yang digembar gemburkan
Masa Alkisah order, tak perlu pun amik nombor
cuma nak kena tunggu lama skit dari burger abang yang biasa dibeli.

Macam best plak masak bergrill ni
Alkisah memang suka tengok rancangan Licence to Grill.
Apatah lagi berBBQ.
Time BerBBQ boleh borak borak, gosip gosip
lepas siap masak
makan ramai ramai dengan Family dan kawan kawan.
salah satu benda yang mengeratkan silaturrahim.

Burger Bakar siap..
Alkisah pergi tapau Ais Kacang plak

petang petang cengini best betui makan Ais Kacang.

Balik je rumah
terus kitaorang makan
Ais Kacang tu kitaorang tabur dengan Milo
Sodap babe.. try la..

Burger Bakar dan Ais Kacang Milo
Alkisah share with My Wife
Sharing is Caring





***

Thursday, December 13, 2012

Alhamdulillah, Saman Setel

***

Last week Alkisah nak pergi settlekan saman
mana taknye, saman Alkisah ada 5 yang belum bayar since 2007.
2 kereta SAGA
2 kereta MYVI
dan
1 VIOS

Surat memang tak sampai kat rumah, So Alkisah tak tau pun ada saman.
Baru baru ni, kawan kawan saja checkkan saman untuk Alkisah.
Dia bagitau yang Alkisah ada 5 saman.
Danggg...

No worries.. buat bodo dulu..

Then bila nak join company baru nie
Diorang buat background check.
Tetiba kantoi plak kat saman.
Danggg

Nak tak nak kena settle ghak before probation end

How??

Bayarlaaa jawabnye..

So Alkisah try google dan baca blog blog mana tau ada tips.

Alhamdulillah benda yang Alkisah try nie tak menghampakan.

Korang nak tips lagi??
Boleh je Sharing is Caring

Alkisah survey, kalau bayar kat My EG, saman kita kena bayar extra charge RM2.
then diskaun yang diberikan tak seberapa.
Bila call member polis trafik, diorang cakap, susah sekarang diskaun diskaun

Argh!! sudah..

Jadi, Alkisah tekad untuk membayar saman kat kaunter saman di sebuah shopping mall terkenal di Damansara.
Bila nak pergi bayar saman, polis meminta no IC.

Alkisah: Assalamaulaikum, cik saya nak bayaq saman.
Polis: Boleh bagi I.C number

Lepas bagi I.C number, polis tu print out segala saman yang kita ada.
Alkisah check semuanya betul.

Alkisah: So saya nak bayar 2 sama je dulu.
Polis: Meh sini saya tengok.

Polis tu belek belek kertas saman lalu tick semua saman dan letak jumlah yang perlu dibayar.

Polis: Cam ni la, pakcik bagi tempoh seminggu untuk bayar. Settle semua saman.

Alkisah usha punya usha.. kalau macam ni punya price.. I ok only..
Alkisah selamber bayar saman.
Polis tu bagi Alkisah tempoh seminggu untuk settlekan dan bagi resit.

Semenjak dah bayar saman.
Hari hari Alkisah check kat My EG, samaada sama dah setel ke blom.

Alhamdulillah
Hari ini Alkisah check
Saman setel



Morale of the story:

Jangan bawa kereta laju laju
Patuhi peraturan jalan raya
Ada saman bayar

Bayar saman dan cara caranye:
1- Sampai kaunter beri salam, buat muka kesian tapi ikhlas nak bayar saman.
2- Cuba bayar dekat kaunter bayar saman polis/ balai. (boleh check kat sini )
sebab kalau bayar online tak boleh dapat diskaun, then kena lagi xtra rm2.
kalau bayar kat balai/kaunter bayaran saman, insyallah boleh dapat diskaun atas budi bicara. Alkisah tak jamin tapi tak salahkan kita usaha. Ada rezeki, dapat diskaun.
3- Bila dah bayar, jangan lupa ambil nama polis yang kita bayar tu, mana tahu dia perlukan dalam masa seminggu untuk padamkan nama kita dalam list saman.
4- Monitor setiap hari saman kita di dalam My EG.
5- Lepas settle, cakap Alhamdulillah...

***

Selamat Mencoba dan Settlekan Saman
sebelum ia menghantui hidup anda

***

Tips: Transfer File From Windows to Mac

***

Memandangkan Alkisah akan berhijrah
maka file file dalam lappy company ni pun kena la berhijrah.
Besau besau plak file dalam nie
Dah la external harddisk problem
Gampang betui..

Jadi sebagai seorang Network Engineer
Ewahh gitu plak..
Alkisah nak tak nak kena transfer file dari lappy ke iMac buat sementara waktu.
Inilah satu satunya pc yang ada kat dalam rumah nie.

Kalau korang tak sure macam mana nak buat, 
meh sini Alkisah kongsi tips : transfer file dari Windows to Mac.
Sharing is Caring


Bahan-bahannyee:
1- laptop atau pc windows
2- Macbook atau Imac
3- router DLINK atau switch yang mempunyai lebih dari satu ethernet port
4- Cable RJ45 (cable network)


Cara Setting Mac Os
1- Click on the Apple Menu (the Apple icon in the top left hand corner of the screen)
2- Select “System Preferences…”


3- While in System Preferences, click on “Sharing”
4- Make sure the box next to “File Sharing” is checked
5- While “File Sharing” is highlighted, click the small “+” located beneath “Shared Folders:”
6- Choose the desired folder to be shared (it can be just one folder, or an entire account folder)
7- Make sure the account that is being shared has “Read & Write” access by clicking on the up and down arrows next to the user name and choosing “Read & Write”
8- Click on “Options”, located below the “Users:” box


9- Make sure “Share files and folders using SMB” is checked
10- Make sure that your user name is checked
11- Click “Done”



Cara Setting Windows:
1-  Click on the “Start” menu (the Windows icon) in the bottom left hand corner of the screen
2- Select “Control Panel”
3- If you are using the “Classic View”, double-click on “Network and Sharing Center”
4- If you are not using the “Classic View”, click on “Set up file sharing”, located beneath “Network and Internet”


5- While in the Network Sharing Center, click on the small arrow located to the right of “File sharing” and choose “Turn on file sharing”, then click “Apply”


Actually dalam Mac OS sendiri dah ada satu folder yang dinamakan Public, dimana Public folder sebagai Hub untuk korang pindahkan file.

Cara nak connect Windows ke Mac

Just type in  \\< ip address iMac/ Macbook>

Camano nak dapatkan ip address iMac/ Macbook?

1- Click on the Apple Menu (the Apple icon in the top left hand corner of the screen)
2- Select “System Preferences…”
3- Click "Network"

Kat situ tertera ip address korang.

ok type ip address seperti kat bawah nie di Windows.




Click folder Public dan korang dah boleh start transfer file.


Hoyee Easy Step

Selamat mencoba
Alkisah nak sambung transfer file dulu
Lalalala

***

Wednesday, December 12, 2012

MAS- GO Retro

***

source : wiki pe dia

Bersempena sambutan 40 tahun MAS.
MAS mengembalikan nostalgia kita
dengan mengecat 737-800 sama seperti design 737-200 yang terdahulu.


Jom layan hasil kerja mereka.

   

Terbaik Toqq..

 ***

Ada apa dengan 12 Dec 12 jam 12:12pm?

***


Ada apa dengan pukul 12, 12 minit, 12 saat, 12 December 2012?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hurmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Go back to work,
 and get ready to have healthy lunch.

Life must goes on.

Ingatlah, 
sentiasa dekatkan diri dengan tuhanmu
dan cuba hindari dari kemungkaran

Always be prepared to expect the unexpected

Have a nice day

***

Fly away on my zephyr

***

Cepat betul masa berlalu
Sekelip mata saja dah hujung tahun.
Dan kalau korang ingat, Alkisah pernah bagitau pasal azam tahun baru di sini.

Ternyata azam itu menjadi kenyataan
Alkisah bakal akan jadi seperti


Alhamdulillah, sekali lagi rezeki berpihak kepada Alkisah
Akhir bulan lepas interview,
Awal bulan plak dapat green light,
Tengah bulan ni report duty
Weehhhh cepat bebenor.

***

Gumbira bila dapat good news
tapi
Sedih plak nak tinggalkan kenkawan yang havoc lagi best.

Apakan daya
Inilah lumrah alam pekerjaan
berhijrah sana sini
demi mencari sesuap nasi bagi menampung sebuah keluarga

***

Doakan Alkisah success kay.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...