***
Manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Semua nak perfect. Hakikatnya kita sebagai customer mestilah nak yang murah, terbaik dan mahu yang laju tanpa sangkut sangkut.
Ini cerita berkaitan dengan perkhidmatan jalur lebar.
Sebagaimana yang kita tahu ada beberapa perkhidmatan jalur lebar ini menawarkan package yang berbaloi baloi kepada pelanggannya. Kadang kadang tengok diorang jual macam jual goreng pisang panas. Sana panggil, sini panggil, sana promote, sini promote.
Sesungguhnya Alkisah yang masih tinggal di rumah sewa seboleh bolehnya tidak mahu menggunakan fix line internet sebab nak pindah nanti macam macam kerenah nak kena buat. Jadi Alkisah lebih prefer menggunakan internet secara broadband. Broadband boleh dibawa kemana mana janji tempat tu ada coverage.
Ada beberapa jenis Broadband yang dijual, ada yang kaler hijau, biru, hitam dan kuning. Ada macam macam package diorang kasi murah, laju, pakai dulu bayar kemudian dan ada juga charge mengikut data usage.
Masa mula mula dulu Alkisah pakai broadband kaler yang hitam. Masa tu Alkisah tinggal di KD, so coverage di so-so saja tapi memang kena letak kat tingkap. Kalau tak jangan harap nak dapat coverage sangat. Mula mula pakai, streaming dia boleh tahan juga, tapi lama lama pakai rasa macam gam di ampang. Besa la best effort. Kalau sikit orang guna. sedap la korang surfing, kalau tak, berjanggut juga nak tunggu satu satu streaming.
Bila Alkisah dah berpindah ke SU, boadband hitam yang ada dulu dah tak dapat coverage jadi Alkisah pun mencarut "Apakah Jolok". Oleh yang demikian, Alkisah kena tunggu beberapa bulan untuk mencari broadband apa yang sesuai kat area SU.
Pada mulanya Alkisah mencuba broadband biru, tak sampai seminggu Alkisah submit return back. Murah sangat, covarage ok tapi selalu surfing sangkut sangkut. Kalau nak buat online banking memang tak digalakkan, apatah lagi nak main game facebook. Leceh..
Now, Alkisah cuba broadband yang hijau, So far ok, tapi ada hidden things that you should know? Dia charge ikut data usage. kalau dah exceed limit, memang susah nak surfing surfing. Jadi anda kena topup. Bila topup, anda kena charge. Bila kena charge, anda kena bayar. Bila kena bayar, anda akan cakap "Deemm, broadband sama macam politik".
Haihs Pi Mai Pi Mai Tang Tu..
***
2 Blogger kasi response. .
selamber ja pakai stimix @ unifi.. kl pindah mintak transfer ja acc..
Replytunggu masa yang sesuai kalau nak pakai unifi.. huhu
ReplyPost a Comment
Cer komen skit..