Sunday, June 28, 2009

26

Tidak ku sangka, dah 26 tahun aku hidup kat dunia ini. Terima Kasih kepada kekasih hatiku dan keluarganya dan keluarga aku, kawan-kawan yang sudi sms dan hantar testi kat facebook aku. Moga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Sudah tiba masanya aku buat transformasi ke arah yang lebih dewasa. Tungguuu..

Happy Birthday To Me...

detik hatiku: jeng jeng jeng

Wednesday, June 24, 2009

AutoBot Bertukar !!!!


Perghh meleleh kegembiraan aku tgk citer Transformers 2, citer tahunan yang perlu kita tengok. Tak guna citer lebey2, korang g tgk sendiri la.

detik hatiku: Rasa macam nak tgk lagi la..

Monday, June 22, 2009

Aku Berdarah <....>

Pagi tadi aku g klinik nak tengok keputusan jenis darah aku. Jadi aku gembira sebab darah aku sama darah bapa aku, "Like Father Like Son"

Aku pun surfing kat tenet nie cari sifat-sifat orang darah <..........> . Ada yang betul, ada yang salah. Maka dengan itu aku highlight mengikut kaler.

Betul - aku dapat merasakanya.
Tak Betul - arghh tak caya.
Ermmm - tak sure, korang rasa macam mana.


"1. Orang yang bergolongan darah ini mudah tertarik terhadap sesuatu
2. Mereka juga cenderung mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya mereka akan menumpukan penuh perhatan dan bersungguh-sungguh, namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka akan memilih mana yang lebih penting dari sekian banyak hal yang di kerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi yang pertama dalam sesuatu hal. Dan biasanya mereka akan mengabaikan yang lain sekiranya sedang fokus dengan sesuatu perkara. Dengan kata lain, mereka tidak dapat melakukan banyak perkara dalam satu masa.
5. Dari luaran mereka kelihatan gembira, riang, bersemangat dan antusias. Namun sebenarnya sangat berbeza dengan dalaman dan diri mereka sebenarnya
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul."
petikan diatas diambil dari :http://pijan.net

"Anda punyai tabiat keras kepala dan individualis, suka berterus terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan sesuatu dengan cara sendiri. Namun anda juga kreatif dan fleksibel, dan boleh beradaptasi dengan mudah terhadap segala situasi. Namun kelemahan yang anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri yang boleh merugikan."
petikan diatas diambil dari :http://suhaimy.org

"Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar memintabantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gusmemperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian. "
petikan diatas diambil dari :http://sayang76.multiply.com


Alamak banyak hijau, memang confirm aku berdarah Jenis B+ iaitu orang Berdarah Bugis tak pun berdarah Belanda macam Van Persie.

Betul ke aku nie berdarah Bugis??
Aku pun tak berapa tau sangat sejauh mana kebenaran tue.

Bugis, asal dari Daeng mana??
Ermm aku selalu sebut Daeng Parani, hehe main belasah je aku nie, mampus kalau pakcik-pakcik aku tau. Sumber mana aku dapat pun tak tau.

Betul ke Daeng ni asal dari Lanun??
Like-like you je tanya cam tue, aku pun tak pasti. Tapi perangai aku ada ka macam captain jack sparrow. Kalau ada, ye la kot.

Apapun aku gembira dapat tau jenis darah aku.


detik hatiku: Budget darah B+ = Bugis, piraahh..



Sunday, June 21, 2009

Rockaway2009

Dah lama aku tak pergi outdoor tangkap gambar konsert, hari ni tergerak hati plak nak shoot konsert Rockaway2009 kat Capsquare. Majoriti band kat konsert tue aku minat, apa lagi berbekalkan camera aku yang tak seberapa nie aku pun bergegas ke sana.

Sebelum tue aku isi perut aku dulu ar. Lapaque sangat-sangat dah nie.

Sampai ja aku kat sana, "Mak ai, ramai nye orang" detik hatiku. Arghh tak kisah ar, janji aku dapat tangkap gambar. Mula-mula aku sipu malu ghak nak ke depan. Aku lepak belakang dulu, Ushar line clear. Lepas ja show band bittersweet, aku pun roger ke depan sekali tapi port aku dapat tak berapa nak menarik plak. Mula ar terasa nak pakai tele lense. Ishh semua nie dunia ja. Kena simpan dulu untuk kawen. Nak beli gadget untuk camera nie kena stop dulu.

Apapun aku enjoy ghak ar ngan band-band perform semalam, yang aku kecewa tak dapat tgk pop shuvit punya show atas sebab-sebab tertentu.

untuk layari lebih lanjut : rockaway2009


detik hatiku: sambil dengar lagu, kita tangkap gambar. best..

Friday, June 19, 2009

Tenet

** Semalam**

Masalah tenet telah menjadi-jadi kat rumah aku. Ketensyenan aku bila pulang rumah, aku tak boleh menenet.

"Haishh tenet tak der plak, nak buat kerja pun susah" kata hatiku yang merungut kesangapan.

Aku pun dengan selamba call orang tenet. Lama ghak la orang tenet nie nak angkat, lepas beberapa minit kemudian baru diorang jawab. Lepas cakap problem apa semua, orang tenet suruh off modem 15 minit, lepas tue on balik. Prosedur tue aku dah follow, tapi tak jadi juga. Aku dah habaq p kat dia line tepon rumah ni yang problem dia tak caya. Tak pa la tunggu laa esok pagi.

**Hari Ini**

Settle kerja kat Brickfield tadi aku pulang rumah dengan senang hati sebab kerja dah selessai, tapi malam nie aku kena bertapa kat Cyberjaya plak.

Aku sampai ja kat rumah status modem aku dok terkebil-kebil. Apa lagi aku call orang tenet lagi, kali ni aku dah test line tepon nie memang tak hidup sebab tak dak dial tone. Selamat orang tenet nie ok skit sebab dia buka kes untuk aku buat rujukan. Lepas nie boleh laa aku nak menenet balik.

Nie salah satu contoh masalah tenet:



detik hatiku: nak menenet pun susah.


Sunday, June 14, 2009

Perkahwinan Khairul Anuar & Hameza






Photographer // Ed, Joe & Fikri
Location // Alor Setar & Baling, Kedah

detik hatiku: Lagi sorang sudah, aku bila lagi, kawan-kawan yang berminat dengan hasil kerja aku, leh ar slow talk dengan aku, no hal. aku kasi best price.

Monday, June 8, 2009

Dari Baling Ke Kota Kinabalu

Aku baru saja sampai KL dari sessi kenduri + fotografi perkahwinan Yon kat Baling Kedah. Lepas nie aku nak roger ke KK plak atas sebab kerja.

Berjalan ke KK plak. :D winks winks

detik hatiku: kelam kelibut ghak aku dibuatnya.

Wednesday, June 3, 2009

Selsema, Demam & Kebah

Bangunnya aku dari kamar bahtera a.k.a katil, aku rasa tak berapa nak sihat sebab ada bendalir yang mengalir keluar dari hidung ku secara automatik. Aduyai, selsema datang meyerang aku. Ahh jangan H1N1 sudah. Walaupun berat badan untuk pergi kerja, aku tetap lawan, demi company tercinta. Aku terasa kurang selesa dan acapkali aku mengambil tisu marina kat opis. Makan tengahari pun tak berapa nak lalu (tapi abis ghak makan nasi + ikan bawal goreng). Badan aku terasa macam nak demam tapi tak demam lagi ar. Aku kuar opis pun awal ghak ar semata-mata nak pergi klinik. Malam kul 9 aku pergi klinik Yuli (bukan Yuna taw), tapi doktor nie check macam nak tak nak je. Siap offer aku MC lagi, aku cakap "Tak Nak". Pergh gila poyo aku kan. Doktor pun kasi ubat kat aku. Doktor Yuli nie ghak rekemen aku makan poridge Mc D bila time demam. Apa lagi cargas aku pergi drive-thru Mc D kat jalan genting klang. Beli Large Poridge+Apple pie+Hot Milo.

Keesokkan harinya, aku bangun, selsema terus menghantui aku, tapi aku tetap lawan untuk pergi opis. Atas sebab nak settlekan dokumen OOB yang tak berapa nak siap tue. Berbekalkan satu kotak tisu yang agak comel, ada cartoon warner bros tue, aku letak atas meja opis aku. Aku rasa seram sejuk bila dok opis. Kerap kali juga aku ke tandas. Kerja kat opis pun dah selesai, lepas nie ingat nak main squash, tapi apakan daya bila aku sampai rumah. katil aku melambai-lambai. Lepas makan + makan ubat, Aku pun lepak atas katil sambil sms kat DIN " Bro aku tak dapat datang ar malam nie" . Serious tak larat dah babe.

Hari ini, badan aku mula rasa nak demam tapi aku tetap lawan. Lawan punya lawan, bertempet nye Salonpas kat belakang dan Viks kat hidung. Badan aku terasa kebah dan nak kembali normal. Yes.. insyallah esok aku boleh bekerja seperti biasa, arini aku standby kat rumah.

detik hatiku: Bila demam/selsema cuba kita lawan, makan ubat, kalau rasa sengal2 badan, pakai Salonpas.Insyallah Kebah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...