Saturday, September 13, 2014

Cerita Arsenal awal musim 2014/2015

***

Hari Sabtu, mesti tak ramai yang datang visit blog aku apatah lagi cerita pasal bola. // ewahh macam la hari hari orang datang visit kan..

Baru-baru ini skuad Arsenal bergabung piala dan pemain bagi sessi fotografi kenang-kenangan pada awal musim. Nampak tak?  belum apa-apa lagi dah ada 3 piala.

 Ini adalah barisan pemain yang baru masuk Arsenal pada musim 2014/15

So far Chambers, Sanchez dan Debuchy sudah main dalam beberapa game pada bulan Ogos yang lalu dan mereka menunjukkan aksi yang memberangsang lagi mengiurkan.Di bahagian pertahanan, Chambers walaupun masih muda tanpa cara permainannya sangat matang, manakala Debuchy pula lebih bersinar dari Sagna. Di bahagian serangan, Sanchez menunjukkan skill kawalan bola dan larian lipas kudung yang sangat awsome boleh membuatkan pemain pertahanan lawan agak goyah, Keeper Ospina masih belum beraksi kerana baru baik injured manakala pembelian minit terakhir Arsenal pada kali ini adalah Danny Welbeck pemain muda Man Utd menjadi tumpuan umum ramai. Sememang Arsenal perlukan striker yang muda, berani, laju dan perkasa. Ini semua gara-gara si Giroud injured selama 4 bulan dan Sanago masih lagi longlai. Pelbagai nama timbul sebelum tarikh tutup pembelian. Akhirnya, Falcao ke Man Utd dan Welbeck ke Arsenal. Rata-rata bekas pemain Man Utd dan England agak kecewa dengan keputusan ini tapi apakan daya Wenger lebih bijak dari segi pembelian pemain. Dari membayar seorang star yang baik injured dengan gaji yang mahal dan statusnya loan, baik melabur sedikit wang untuk membeli player muda yang berpatutan harganya.

Permainan Arsenal masih lagi terumbang-ambing, para pemain masing-masing masih mencari rentak. Ketika ini, ramai juga player yang dah mula pulih dari kecederaan. Semoga mereka-mereka ini fit sehingga May 2015.

Harap-harap game malam ini, Player arsenal memberi persembahan terbaik seperti mereka kalah City ketika community shield.

***

2 Blogger kasi response. .

ewanthology Author
September 13, 2014 at 11:54 PM

Good luck arsenal

Reply
Zila Zainal Author
September 17, 2014 at 1:35 PM

Sasa2 semua nya aummm haha

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...