Thursday, March 6, 2014

Spontaneous Thursday : Tol Bukit Jelutong

*** 


Setiap kali nak keluar pergi kerja, mesti aku sangkut kat tol Bukit Jelutong. 

Kalau dahulunya aku tinggal di Saujana Utama, Sg Buluh, kesesakan akan berlaku di 2 lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat flyover Gurthrie dan Tol Bukit Jelutong. Bayangkan kesesakan pagi tersangat lah horror kadang kala membawa sehingga ke kawasan perumahan Alam Budiman panjangnya. Hari hari my wife kena harungi semua ini semasa mengandungkan cik Fea. Sian dia. tapi alhamdulillah, selepas 6 bulan, aku berpeluang pindah ke Bukit Jelutong, at least kalau sangkut sesak pun dekat tol Bukit Jelutong saja.

Semenjak aku bekerja di tempat baru. Shift kalau ikut musim Daylight saving, aku kena masuk kerja pukul 8pg. Jadi kalau keluar rumah dalam pukul 7 lebih skit, for sure sangkut.

Seriously aku tak paham struktur pembinaan jalan kat Malaysia ni. Aku pasti diorang dah buat bancian terlebih dahulu sebelum membuat penambahbaikkan jalan. Sebagai contoh, tol ada 6 lorong, 2 lorong tiket, 2 lorong touch N go dan 2 lorong smart tag.  Kalau dahulu, bila lepas saja Tol. ada 2 exit, satu lorong menghala ke KL/KLIA/Putrajaya/Subang dan satu lagi mempunyai 2 lorong menghala ke Klang. Kajian aku pada waktu pagi ketika boring sangkut kat jam sambil mendengar HotFM, 98% kenderaan menghala ke KL manakala 2% menghala ke Klang. Kalau difikir secara deep lalu tenung 2 exit itu dan jeling jeling pada kereta awek sebelah kanan, lorong yang sedia ada memang tidak masuk akal.

Jadi tahun lepas, berlaku penambahbaikkan jalan di lorong menghala ke KL/KLIA/Putrajaya/Subang. satu lorong dibesarkan jadi 2, satu menghala ke KL/Subang dan lagi satu menghala ke Putrajaya/KLIA. Seperti biasa, bottleneck tetap berlaku pada lorong tersebut cuma, ianya kurang sedikit dari sebelum ini.

Aku berpendapat, bahawa lorong ke KL/Putrajaya ini perlu di perluaskan lagi menjadi 3 lorong, dimana 2 lorong menuju ke KL/Subang, dan satu menghala ke Putrajaya/KLIA, kerana peratus kenderaan ke KL lebih tinggi. 

Walauapapun, esok adalah hari terakhir aku akan tempuhi kesesakan distu. Minggu hadapan aku dah start masuk pukul 7pg, jadi 6 lebih aku dah kena keluar rumah. Yehaa..

Semoga korang tabah mengharungi kesesakan ini. Harap maklum.

***

13 Blogger kasi response. .

Anum Author
March 6, 2014 at 1:39 PM

sesak kan
hari2 mengadap jalan sesak

Reply
Sheila Salim Author
March 6, 2014 at 2:03 PM

Assalamualaikum.. perghh hari2 sakit jiwa hadap jem kan. mujur lah sheila dengan suami cari kerja dekat dengan rumah. takyah nak jem bagai ni. dulu kerja kat area jln kuching pun kena hadap jem. perghhh tak sanggup lagi sheila T____________T

*agaknya kajian kerajaan untuk kebaikan masa depan je, masa sekarang kena bersesak kot ;p

Reply
Unknown Author
March 6, 2014 at 2:19 PM

nasib baik aku bukan dok kl.. hehehe

Reply
March 7, 2014 at 10:08 PM

ui jem2 gini boleh mndatangkan amarah bg mereka yg xsabar,,

bukk ler lorong lebih sikit kn,,

tanhia boleh kua awal, jd xjem lah kn =) 6pagi tu O.O

Reply
aizamia3 Author
March 9, 2014 at 8:27 AM

kalau lewat keluar menangis dalam hatilah jawabnya.. biasanya pukul 7pagi saya dah berada di federal highway menuju ke arah PJ tapi kini pukul 7pagi baru nak masuk nkve..
ok.. sila bayangkan betapa teruk sesaknya nkve.. nak2 lagi laluan kontra ditutup bagi memberi laluan pembinaan pembesaran jalan.

Reply
ewanthology Author
March 9, 2014 at 1:35 PM

fuhhh, tensen klu hari2 mcm ni bro

Reply
Sofea Author
March 12, 2014 at 6:25 PM

tau tak pa bro..

Reply
Sofea Author
March 12, 2014 at 6:26 PM

(T_T) teruk wei..

Reply
Sofea Author
March 12, 2014 at 6:45 PM

memang tak jem pun..nyaman je pergi kerja..

Reply
Sofea Author
March 12, 2014 at 6:46 PM

jgn kerja kat kl.. hahaha taraf hidup tinggi.. kena pandai berjimat..

Reply
Sofea Author
March 12, 2014 at 6:47 PM

mujur sangat la tu..

Reply
Sofea Author
March 12, 2014 at 6:48 PM

sesak sangat

Reply
Anonymous Author
August 23, 2022 at 6:46 PM

y2w56w3b08 l0g71w8n42 q6w23s9i35 m7t08i5o60 j8h33b7c67 h8c13b2h45

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...