Wednesday, March 26, 2014

Wordless Wednesday : Investment

Saturday, March 22, 2014

TMNT at The Curve.. Cowabunga !!



OMG ! OMG ! OMG !

Kali pertama aku tengok wayang bersama keluarga di pawagam REX, Penang, adalah cerita TMNT pada tahun 1990. Dulu aku minat Michaelangelo. Rakan rakan seusia dengan aku for sure tau apa itu Ninja Penyu kan..

Musim cuti sekolah pun dah bermula, ditambah pula keceriaan bersama TMNT di The Curve dari 21-30 March 2014. Macam macam hadiah, event dan meet n greet pass bersama TMNT untuk dimenangi.

Apa yang anda perlu bawa adalah bill Astro Jan atau Feb 2014. Excitednye, aku nak pergi la. Jom la join sekali.

AN EXCLUSIVE Meet and Greet plus photo opportunity session utterly for Astro Customers. Simply bring along your latest Astro Bill (month of Jan or Feb 2014) and redeem the pass from Astro Circle booth. Passes redemption starts 4:30pm, all passes based on first-come-first served basis.

Turtles Meet & Greet + Photo Opportunity Session:

Date : 30th March 2014 (Sunday)
Time                       : 6.30pm
Venue                       : Centre Court, the Curve
Redemption Booth   : Astro Circle booth

p/s: Bapa Fea yang lebih lebih nak Meet and Greet pass.. wehuuu

***

Friday, March 21, 2014

Quinny Longboard Stroller

***



Ntah kenapa, lately nie aku minat bebeno dengan skate board. Sekarang ni ada plak projek Quinny Longboard Stroller.
Konsep Urban mobility untuk masa hadapan.
Untuk pertama kalinya dalam sejarah, lebih separuh daripada penduduk dunia tinggal di kawasan bandar. Yeka ??.. QUINNY percaya bahawa korang tidak perlu meninggalkan bandar apabila anda menjadi seorang ibu atau bapa. Bagi ibu bapa yang bersikap positif, stylo mylo, urban lagi ketegag dan ini adalah penyelesaian yang sesuai. Bandar ini adalah tempat yang penuh dengan peluang. QUINNY mahu menyelesaikan masalah anda dengan penyelesaian mobiliti yang lancar, jadi ibu bapa bandar mempunyai kebebasan untuk bergerak. 

Ia adalah satu pemikiran konsep, cara berfikir yang berbeza tentang bagaimana ibu bapa boleh bergerak. Ia merupakan satu penyelesaian alternatif yang menjadikan ia mudah untuk melakukan perjalanan jarak yang lebih jauh dalam cara yang mesra alam lagi bagus. QUINNY bekerjasama  dengan Studio Peter van Riet untuk membawa ini semua ke tahap yang lebih tinggi. Jadi konsep ini telah diterjemahkan dalam Quinny Longboard Stroller,  di mana ia mendapat maklum balas yang baik, bahkan telah memenangi Anugerah Eco OVAM PRO 2012! 

Wah gitu.. Urban sangat.. nak beli satu lah. bolehlah keep on rolling dalam shopping mall. Stylo Mylo..Yoo.. Agak agak berapalah harganya

***

Wednesday, March 19, 2014

OtterBox - Defender Note 2

***

Baru baru ni, kawan aku tegur,

Kawan: Wei tu Otterbox ka?

Alkisah: Haa Auto Bot.. (sambil angkat phone check brand).. A'aa Otterbox.

Kawan: Berapa ko angkat benda nie?

Alkisah: Dalam Rm75 ja.. orang jual tu pun cakap, dia tak nak ambil untung lebih. Aku tengok
kat tempat lain RM100++

Kawan: Ye la babe, dulu aku nak angkat, kena order online dari US. 

Alkisah: Yeka..

Kawan: Ni OtterBox defender ka?

Alkisah: Ntah, yela kot..

***

Cis.. hebat ghak cover handphone aku nie. Orang lain buat research benda ni lagi awal dari aku.


Kenapa aku suka OtterBox Defender?
Sebab dia tahan lasak.

Lapisan pertama - ia mempunyai lingkaran 2 keping skin pelindung. Lapisan Kedua - Di tutup rapi dengan silicon di bahagian belakang dan sekeliling handphone menlingdungi dari hentakan akibat terjatuh dan calar. Ia juga dilengkapi dengan swiveling tali-pingang-klip yang melekapkan skrin handphone menghadap ke depan atau belakang.

  



So far dah banyak kali jatuh dan dibaling oleh cik fea.

Tapi aku chill chincilla saja..

Alhamdulillah, Note2 aku masih dalam keadaan selamat

***

Otterbox ni ada banyak series

ARMOR Series
Waterproof / Dropproof / Dustproof / Crushproof

Presever Series
Seriously Waterproof

Symmetry Series
Style

 Commuter Series, Reflex Series, Prefix Series, Pursuits Series

Pergh.. Best betul kalau dapat yang waterproof. At least kalau pi snorkeling, mancing or mandi kat waterpark, selamba ja aku bawa masuk dalam air sambil whatapss, ambil gambar terus upload dalam instagram. Awesome wei..

***

Aku suka letak OtterBox ni kat tali pinggang. Bila dipakai, nampak macam bawa pistol. Note 2 aku pun nampak gedabak dah macam walkie talkie askar.

Sampai chinese colleague girl aku tegur.

Member: Wah besarnyee.. (sambil tunjuk arah bawah)
Alkisah: Besar?? Which one??  

***

Thursday, March 13, 2014

Spontaneous Thursday : Misteri MH370

***
Dalam 1001 kisah, cuma satu cerita yang menenangkan aku. Hujah dan ulasan dari kapten Norudin Abdul Majid di TV3. Full Stop. It's beyond Our Scope.

Kembalilah pada yang Allah
Yang Maha Berkuasa Sekian Alam.



***

Wednesday, March 12, 2014

Wordless Wednesday : Annual Dinner Opis Photog by Me





Thursday, March 6, 2014

Spontaneous Thursday : Tol Bukit Jelutong

*** 


Setiap kali nak keluar pergi kerja, mesti aku sangkut kat tol Bukit Jelutong. 

Kalau dahulunya aku tinggal di Saujana Utama, Sg Buluh, kesesakan akan berlaku di 2 lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat flyover Gurthrie dan Tol Bukit Jelutong. Bayangkan kesesakan pagi tersangat lah horror kadang kala membawa sehingga ke kawasan perumahan Alam Budiman panjangnya. Hari hari my wife kena harungi semua ini semasa mengandungkan cik Fea. Sian dia. tapi alhamdulillah, selepas 6 bulan, aku berpeluang pindah ke Bukit Jelutong, at least kalau sangkut sesak pun dekat tol Bukit Jelutong saja.

Semenjak aku bekerja di tempat baru. Shift kalau ikut musim Daylight saving, aku kena masuk kerja pukul 8pg. Jadi kalau keluar rumah dalam pukul 7 lebih skit, for sure sangkut.

Seriously aku tak paham struktur pembinaan jalan kat Malaysia ni. Aku pasti diorang dah buat bancian terlebih dahulu sebelum membuat penambahbaikkan jalan. Sebagai contoh, tol ada 6 lorong, 2 lorong tiket, 2 lorong touch N go dan 2 lorong smart tag.  Kalau dahulu, bila lepas saja Tol. ada 2 exit, satu lorong menghala ke KL/KLIA/Putrajaya/Subang dan satu lagi mempunyai 2 lorong menghala ke Klang. Kajian aku pada waktu pagi ketika boring sangkut kat jam sambil mendengar HotFM, 98% kenderaan menghala ke KL manakala 2% menghala ke Klang. Kalau difikir secara deep lalu tenung 2 exit itu dan jeling jeling pada kereta awek sebelah kanan, lorong yang sedia ada memang tidak masuk akal.

Jadi tahun lepas, berlaku penambahbaikkan jalan di lorong menghala ke KL/KLIA/Putrajaya/Subang. satu lorong dibesarkan jadi 2, satu menghala ke KL/Subang dan lagi satu menghala ke Putrajaya/KLIA. Seperti biasa, bottleneck tetap berlaku pada lorong tersebut cuma, ianya kurang sedikit dari sebelum ini.

Aku berpendapat, bahawa lorong ke KL/Putrajaya ini perlu di perluaskan lagi menjadi 3 lorong, dimana 2 lorong menuju ke KL/Subang, dan satu menghala ke Putrajaya/KLIA, kerana peratus kenderaan ke KL lebih tinggi. 

Walauapapun, esok adalah hari terakhir aku akan tempuhi kesesakan distu. Minggu hadapan aku dah start masuk pukul 7pg, jadi 6 lebih aku dah kena keluar rumah. Yehaa..

Semoga korang tabah mengharungi kesesakan ini. Harap maklum.

***

Choiii Hoverboard

***



Jangan marah ye..

Chooiiiiii

***

Wednesday, March 5, 2014

Hoverboard Back to Future 2

***

Awesome wei..

I Want

I Want

I Want



Hari tu baru cerita pasal Evolve Skateboard.

tapi hari ni dah keluar Hoverboard Back to Future 2..

Real ke..Fake..  benda nie

hurmm hurm..

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...