Tuesday, May 14, 2013

Fea @ Putrajaya 12052013

***

Ahad 12 May 2013 - Aku bawa family pusing pusing area bangi. Kononnya nak singgah kat Fareeda, nak belek belek tudung, alhamdulillah kedai tutup. Jadi selamatlah masa aku disitu.

Jangan sedey sedey.. Bagi merawat luka hati biniku, aku bawa diorang pergi merawat perut. Lapaq sesangat Dhooo. Aku tau, kat bangi banyak kedai makan sedap sedap. Bila tengok jalan jalan cari makan, mesti area Bangi. Bila aku pergi, dah rambang mata. Memandang perut dah lapar. Jadi aku singgah Wadi Hana Islamic Kitchen. Boleh tahan juga kedai dan makannya, ramai family datang lepak makan kat situ.

Lepas makan, cuaca petang mula suam suam kuku. Aku bawa Sofea lepak kat depan Masjid Putrajaya. Saja bagi hilang Fea explore dunia luar dan bagi berpeluh a.k.a exercise sikit. Tak der lah Fea asyik terperap kat rumah sambil main tab dengan tengok t.v. Budak budak zaman sekarang, tau tau je lah..

Ok, aku sudahi entri ini dengan gambar yang sempat aku snap. mostly gambar Fea jer.. Seriously, aku dah lama tak pegang camera..Huhu. aku kena asah balik bakat ni.

Last but not least, tak sabar aku nak shoot kat Bandung end of this month. Oh Yeahh.. nanti aku share bila pulang dari sana..adios


***

2 Blogger kasi response. .

AyueJean AJ Author
May 17, 2013 at 11:28 AM

Seronok Fea dapat jalan....
Comel je dia dengan topinya tu...

Reply
Al Kisah Author
May 21, 2013 at 9:39 AM

:^D^:

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...