Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday 30012013

***


***


Makan makan @ Adam Lai

***


Last week, Alkisah and Families pergi makan kat Restoran Chinese Muslim, Adam Lai, Seksyen 15 Shah Alam

Ini kali ke-2, Alkisah makan kat situ.
Sebenarnya Alkisah dan wife mengidam nak makan shark fin soup.
Seriously, sharp fin soup kat sini, memang sedap.

Malam dinner tu
Alkisah bersama keluarga seramai 5 dewasa + Sofea,
Kitaorang order

Shark Fin Soup
Salted Egg Crab
Butter Prawn
Ikan Steam Asam
Sing Kong Taufu

Alkisah sangat kagum dengan Shark Fin Soup Adam Lai,
sebab ianya pekat dan kuantitinya banyak.

Salted Egg Crabnya plak, memang awesome,
Ketam disalut/diperap dengan Telur masin,
Rasanya tak begitu masin, tak manis, tak masam
rasanya just Nice

Harap korang cuba,
sebabnya
Bila kita rasa ketam tu, kita akan tertanya tanya
Rasa apa nie?
Nak kata masin tak, manis tak, masam pun tak.

Sambil berfikir lagi, tetiba ketam pun habis dimakan
Lalu kita akan rasa hairan, dan ambil lagi seketul ketam dan makan sambil berfikir lagi
Rasa apa nie?

sampai Ketam tu habis dimakan.
Lepas tu korang check
Darah tinggi korang naik ke tak??

So far
Alkisah punya darah tinggi still okay lagi
Walaupun Alkisah yang tolong settlekan Salted Egg Crab malam tu.

***

Bila tengok bills
Sekali lagi Alkisah teruja,
Sebab harganya sangat okey
Total overall kitaorang makan pada malam tu dalam RM170.

Masakan dan service pun okey,
Recommended by Alkisah
Wah gitu..

Apa lagi..
pergi la try..

untuk maklumat lanjut, boleh layari facebook Adam Lai

Tuesday, January 29, 2013

Alkisah on Instagram

***


Yeah
Alkisah baru ada Instagram

Search nama Alkisah Ed
Dan sudi sudikan follow kalau nak tengok
Latest photo update from me.

Follow tau..

***

Galaxy Note Family

***


Alhamdulillah

Rezeki tahun baru.

Alkisah n' wife

Kini memiliki Note2 and Note10.1 setelah sekian lama mangidam.

Wehuuu...

Lepas nie sonang la Alkisah update blog pakai phone.

Wehuuu

Maka, dengan ini jugalah

Alkisah akan upload gambar mengunakan teknik

Phoneography


***



Wednesday, January 23, 2013

Tahniah Wan & Chie

***


Tahniah buat Wan & Chie
Yang baru menerima cahaya mata semalam.

Semoga puteri ini dapat mengembalikan
Seri aunty sue, wan, chie & ira sekeluarga
Setelah permergian allahyarham uncle din
Minggu lepas.


Al-fatihah

***


Wednesday, January 9, 2013

ASB 7.75 Dan Bonus 1.15 sen seunit

***

Alhamdulillah



KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. sumber : asbn.com.my

***

Korang dah update buku ASB?

Alkisah sudah update Yoo..

Inilah pelaburan yang sedikit sebanyak dapat membantu dalam kehidupan kita

Insyallah

Meh Alkisah nak kongsikan beberapa tips.
Sebelum ni Alkisah tak pernah cuba,
Bak kata orang tak berani nak mencuba.
Tapi bila tengok My Wife punya buku ASB.
Lain macam perginya yearly income dia.
Monthly macam sama je bayar.
Tapi pulangannya berbeda.

Then Alkisah tanya, apa rahsianya?
Rupa-rupanya My Wife buat ASB loan.

***

Ini sebagai Contoh:

Ali masukkan RM 100 setiap bulan ke dalam ASB.
Jumlah tahunan =  RM 1,200


Aisyah buat LOAN ASB sebanyak RM20,000 ke dalam ASB
Setiap bulan Aisyah bayar RM100 untuk beberapa tahun yang dikenakan.
Mengikut carta bank.


***

Jadi
tahun 2012 ASB mencatatkan (7.75+1.15) % sen seunit

Maka bonus tahunan

Ali hanya dapat
1,200 x (7.75+1.15) % =  RM 106.80

Aisyah boleh dapat
20,000 x (7.75+1.15)% =  RM1,780.00


***

Nampak tak perbezaan tu.

Tips:
1. Kalau mampu, menyimpanlah dalam mana mana Amanah Saham yang mampu beri pulangan yang baik. 

2. Untuk tahun kedua, anda boleh pusingkan(rotate) duit bonus itu untuk bayar  monthly commitment loan ASB.


Bagi Alkisah
Ia sesuatu yang bagus untuk diri dan family Alkisah
sebabnya:
Alkisah fikir jangka masa panjang, setiap tahun kena menyimpan untuk anak sekolah, yuran sekolah, baju sekolah, laptop, buku sekolah, maintenance rumah, cukai pintu, cukai tanah dan sebagainya.

Duit bonus tu sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebebanan Alkisah.

Bagi pesara-pesara swasta/gov, mereka juga banyak menyimpan dalam ASB.
Mungkin RM100K ke atas.
Dengan duit bonus itulah mereka menyara hidup seperti makan, minum dan sebagainya.

Bagi yang bujang,
Duit tu boleh la korang buat beli Handphone, Bag LV, Gucci, Perfume, hantaran kawen, dating,
bercuti dan sebagainya

Kalau harap duit bonus company
Belum tentu ada kan..

Ini setiap tahun, insyallah ada
cuma naik atau turun je percentage dia.

***

Alkisah kira rasa menyesal sebab lambat tahu pasal benda nie.

Jadi  saranan Alkisah
bagi korang yang masih muda.
Cubalah pergi mana mana bank dan tanya pasal ASB loan.
Pilih rate yang bersesuaian dengan korang.

Menyimpanlah.
Demi Masa Depan Anda

***

Liga Super Malaysia 2013 #1

***


Semalam Alkisah layan perlawanan Pahang vs Johor Darul Takzim (JDT) FC

Apa yang Alkisah nak tengok sangat adalah team  JDT
yang sarat dengan pemain bintang.


Pemain pilihan Alkisah adalah Simone Del Nero
Malangnya  dia tak main plak malam semalam sebab injured.

Dani Guiza plak memang passing dia world class
cuma finishing dia belum ada.

Tapi malang JDT tumpas keatas skuad Pahang 3-2 yang rata ratanya
pemain tempatan pada separuh masa ke-dua.

Kudos to Pahang FC dan Fauzi Roslan atas 2 gol cantik anda.
Kalau macam nie punya game.
Confirm ramai rakyat Malaysia akan kembali ke stadium.

Tahun ini,
Team Liga Super pilihan Alkisah adalah JDT FC

Why?

Sebab My Wife orang Pontian
kekeke
Boleh ke cam tu..

***

Bagi Alkisah

Alkisah jeles tengok JDT FC
dan bangga kerana TMJ sanggup menaikkan martabat sukan bola sepak negeri Johor
Biarkan orang cakap duit banyak habis atau beli ramai star.
Apa yang penting persembahan yang dipamerkan berkualiti
serta sedikit sebanyak menarik minat rakyat Malaysia tengok liga tempatan.

Serious Alkisah cakap,
Tahun ni maybe Alkisah akan beri sedikit tumpuan kepada liga tempatan.

Sesungguhnya,
Andai kata Alkisah ni adalah anak Sultan Penang.
Alkisah akan buat benda yang sama, apa yang TMJ buat untuk JDT.
Alkisah akan menaikkan martabat sukan bolasepak Penang FC.
Realitinya plak
Alkisah hanya orang biasa
dan Penang memang tak der Sultan/Raja Bola

Huhuhuhu

Dalam dunia bola sepak sekarang,
Apa yang penting satu satu Persatuan/Kelab bola sepak itu
seharusnya ada Pelabur/Sponsor dan Management yang bagus
sebagai contoh Kelantan FC.
Tengok Jersi pun tau Kelantan banyak sponsor.

Jadi sekarang ini, 
Penang FC hanya ada The Great Merg yang menjadi Coach Penang FC buat masa kini,
dibantu dengan Management FAP yang baru.
Alkisah harap mereka mereka ini dapat mengembalikan zaman kegemilangan 
skuad Harimau Kumbang.

Bangkit!!  Harimau Kumbang Bangkit!!

***



Tuesday, January 8, 2013

Sony Xperia Z - Water Proof

***


Tatkala orang sekarang bercerita pasal SmartPhone Apple/Samsung
Tetiba Sony juga tidak mahu ketinggalan zaman.

Kini Sony memperkenal Xperia Z

Smartphone yang "waterproof".

Menurut sumber dari PC Magz:

"Xperia Z meets military specifications IP55 and IP57, which means that it's dust resistant and submersible in up to three feet of water for up to 30 minutes."

WOW!!

Adakah ia boleh dibawa ketika snorkeling atau scuba diving?

Alkisah tidak ada jawapannya lagi..

Tapi apa yang pasti
Xperia Z ini boleh jirus dengan air, kalau terjatuh dalam jamban dalam sesaat dua.

Amacam, Ok tak??

Sony Xperia Z ini dilengkapi dengan

13 Megapizel camera, 
1.5 Ghz Quad-core Qualcomm Snapdragon S4 Pro Processor,
2 GB RAM
16GB Internal Storage
5 Inch Full 1080p,
Android 4.1 Jelly Bean

***

Bagi Alkisah
Note 2 masih lagi pilihan hatiku

Sabar ye..
Tak lama lagi Note 2 jadi Alkisah.

***


Teman Pengganti

***

Semenjak dengar lagu Teman Pengganti masa AJL-27
Alkisah rasa lagu ni paling menusuk hati dan sanubari

Paling sayu bila part last.

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti


Aku kan pergi

Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



Dalam maksud lirik lirik dan lagu Malique semenjak dua menjak ni








dan paling menarik
wakil malique sendiri beritahu yang

Malique akan tetap berkarya, cuma tidak akan buat membuat sebarang persembahan


Walaupun lagu ni cuma menang persembahan terbaik
Tetapi sedikit sebanyak ia telah menyentapkan hati ramai pendengar

Kudos..

***

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year 2013

***

Assalamualaikum

Salam Tahun Baru 2013

Kalau masuk tahun baru
Mesti orang cerita pasal azam
Azam Azam Azam

Apa Azam korang?

***

So far Alkisah tak set apa apa.
sebab Azam Alkisah dah set masa Awal Muharram haritu
dah hakikatnya
Azam tu dah tercapai sebelum 2013 lagi

Alhamdulillah

***

Bagi blog Alkisah,
ada banyak peningkatannya.
Bayangkan dari tahun 2009-2011(3tahun)
Alkisah hanya dapat cashout sebanyak RM50,
tapi kali ni hanya setahun lebih ( Nov 2011-Dec 2012)
Alkisah dapat cashout RM100

Wow agak terbaik disitu.

Mungkin bagi blogger yang tak berapa tegar seperti Alkisah
agak teruja dengan habuan tu.

Bagaimana pula dengan blogger tegar,
Musti beriban riban setahun diorang dapat kan.


So bagi sesiapa nak tahu rahsia pencapaian ini
sila layari


Disitu Alkisah ada kongsikan beberapa tips yang boleh digunakan.

***

Selamat Maju Jaya
&
Salam 2013

***

Makan makan @ Penang

***
Selamat Tahun Baru 2013

Sepatutnya entri ni di post pertengahan December,
malangnya, Alkisah sibuk dengan kerja di tempat baru.

Walaapapun, jom layan entri ni dulu

***

Cuti sekolah..
Kali ni Alkisah balik Penang sebab honeymoon dan bercuti.
Memey best..
My Wife ajak pusing pusing Penang dan dia nak try masakan orang Penang.

***

Hari pertama, Mak Teh Alkisah ajak makan dirumahnya

Mak Teh buat steamboat you alls

Selalu ghak kitaorang gathering kat sini dan
Mak Teh akan jamu Mee Ketam or Laksa.
Tapi kali ni, kitaorang makan steamboat.

Mak Teh's House

***

Hari ke-2, sebelum check in kat Bayview, (2nd Anniversary)
Alkisah bawa MyWife lunch kat Minah Restoran, Gelugor.
Restoran ni memang terkenal dengan lauk kampung dan paling best adalah
Ayam Goreng Bersos.

Ayamnya yang garing, Sosnye manis manis masam
Terliur Babe

source : foursquare

***

Hari ke-3, Bapa Alkisah ajak makan di Pen Mutira Restoran
Kat sini terkenal dengan masakan Seafood yang fresh.
lebih lebih lagi Kari Kepala Ikan.
 Restoran ini terletak di Batu Maung.
Sesuai dibawa makan bersama keluarga dan rakan taulan.
Tempatnya besar dan berhawa dingin.
Selesa untuk semua peringkat umur.

Pen Mutiara Restoran

Cuba tengok kari kepala ikan dia
Terliur tak??
tu belom pekena udang butter dengan sotong goreng tepung lagi..

***

Hari Ke-4, Lepak lepak di Gurney Plaza sambil pekena Ais Krim Swensen's
Sekali tengok Aiskrimnya disalut coklat dan kacang sepenuh tu
Memey takkan Alkisah lepaskan..

Swensen's Gurney Plaza

Kat Key Ell pun boleh pekena ice cream nie
hehe

***

Hari Ke-5, Kazen Alkisah ajak ke Pesta Penang 2012
Akceli Alkisah pun dah lama tak jejak kaki kat tapak Pesta ni
Kalau masa kecik kecik dulu.
Mesti Alkisah akan ajak bapa Alkisah ke sini
semata mata nak tengok FunFair.

Nak naik tak berani babe
Apatah lagi TopGun



Lepas pusing pusing kat tapak Pesta,
Kitaorang pekena Celop Celop kat Padang Brown.

Celop Cicah Makan
Celop Cicah Makan
Layanzz

Harga celop celop adalah mengikut lidi
Setiap lidi ada kalernya,
setiap kaler ada harga tersendiri.
sekali dah celop dia akan charge walaupun korang tak makan benda tu.

Celop celop Padang Brown

***

Hari ke-6 balik KL

***

Semoga terhibur dan terliur

Welcome to Penang

***
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...