Wednesday, August 25, 2010

Hangin Betul !!

***

Harini tanggal 15 Ramadhan 1431 Hijriah, Alkisah berkerja seperti biasa dari jam 7 pagi hingga 5.30 petang. Hari ini Alkisah memang kusyuk buat kerja selain berpindah randah tempat mencari posisi yang terbaik untuk Alkisah buat kerja. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Apa yang kurang enak Alkisah alami harini, kereta Alkisah kena langgar. Apa kejadahnya ini semua? Siapa yang perlu dipersalahkan? Siapa yang nak bayar ganti rugi.

Alkisah hangin betul. Alkisah tak paham, kenapa dalam sesak sesak kat tengah jalan raya, boleh plak mamat mamat motor nie nak bawa laju. Alkisah tak salahkan orang lain bawa motor, OOokey. Alkisah tuju kepada mamat duaorang naik RXZ. Nasib baik no plat korang Alkisah tak sempat capture. Tolong la. Kalau nak menyelit tu pelan pelan boleh tak. Tak payah dok bawa laju laju. Budget korang Rossi ka?.

Alkisah tahu la, korang baru balik dari pasar Ramadhan. Lepas korang langgar kereta Alkisah, habis bersepah sepah makanan korang atas jalan. Fair & Square, sebab korang tak dapat berbuka dengan lauk korang beli tadi, Alkisah plak tak sempat pergi pasar Ramadhan beli juadah berbuka. Nasib baik kakak Alkisah ada lauk backup untuk Alkisah.

Dalam sesak sesak kat tengah jalan, Alkisah, kereta depan Alkisah, kereta belakang Alkisah, kuar dari kereta masing masing. Alkisah usha belakang kereta Myvi ku, Alhamdulillah tak dak kesan kena langgar. Alkisah tanya brother kereta belakang Alkisah. Mamat tu pakai BMW. "Bro lu ok ka" tanya Alkisah dengan ramah sambil usha kereta dia selamat sepenuhnya. Alkisah usha blah kiri kereta Alkisah. "Apakah Jolok", ,maki Alkisah dalam bahasa translation. Habis calar pintu belakang, paling hampeh side mirror kiri kereta Alkisah patah. Alkisah usha kereta depan, Volkswagen GTI plak tue, kereta idaman Alkisah. "Bro, ko ok ka?" tanya Alkisah selamba walaupun Alkisah tahu jawapannya. Brother tu hanya mampu geleng geleng kepala. Cermin side mirror dia pecah tapi side mirror dia tak patah. Kuat juga kereta tu ye, bisik hatiku.

Baru Alkisah nak pergi kat mamat duaorang tue, tengok tengok diorang dah blah. Haiyaa.. tension tul. Tak dan nak pau serat dua. Kalau tak boleh cover duit nak repair side mirror nie.

Alkisah masuk balik dalam kereta. Nak kejar memang tak dapat. Jalan depan Kastam Kelana Jaya menuju ke Damansara pukul 6.30 petang. Korang budget Myvi Alkisah boleh kejar RXZ ka. Memang tak la wei.

Tengah hangin hangin, Alkisah pasang radio HOTFM. Si Suraya dok sebut sebut " Adakah hari anda hangat atau tidak?". Alkisah pun dengan tanpa segan silu, call HOTFM.

Truutt truuttt phone diorang bunyi.

"Hello sapa disana?" Sue Hotfm angkat phone.

Alkisah terkesima sekejap, bila marah marah dapat plak Alkisah call diorang, masa hotfm masyuk tak dak plak diorang nak call Alkisah.

"Hello ni Saed" jawab Alkisah dengan tergedik gedik.

"Ok Saed, kita buat rakaman sekarang" kata Sue yang tak sabar nak dengar cerita Alkisah.

"Ok Saed...." Sue mula tanya Alkisah dulu.

Wei korang tak dengar suara Alkisah dalam radio HOTFM jam 6.45 petang tadi ka. Rugi siut. Alkisah malas nak cerita kalau korang tak dengar radio masa tue.

Lepas call HOTFM, Alkisah call mak Alkisah. cerita cengini cengini. Mak Alkisah kasi nasihat ala bola drop Lin Dan yang tak mampu Alkisah nak angkat.

"Sabar la Ed, ada la hikmah, gugur dosa dosa kamu tu. Malam ni malam 15 Ramadhan, pergi solat terawikh". Nasihat mak Alkisah.

***






Sunday, August 22, 2010

Ye, I Tahu..

***

Cerita Sepasang Kekasih:

Perempuan: Yang kita dah puasa 13 hari kan.
Lelaki: Ye I tahu..

Perempuan: Bang, Baju raya tak beli lagi.
Lelaki: Ye I tahu..

Perempuan: Kuih raya pun tak order tahun nie, sian mak kat kampung.
Lelaki: Ye I tahu..

Perempuan: Tahun ni balik raya kampung I k.
Lelaki: Ye I tahu..

Perempuan: Arsenal kuat kan yang, menang 6-0 haritu.

Si Lelaki jeling si Perempuan sambil berkata, "Of course, I tahu..".



source: footytube

***

Thursday, August 19, 2010

Kisah Ramadhan #3

3 hari lepas, Hujan lebat melanda Kota Damansara. "Macam mana nak beli makan nie?",ujar Alkisah.

Tetiba tiba terlintas di fikiran Alkisah, Drive thru. Belasah saja Alkisah pergi beli makanan dekat situ. Banyak juga kereta beratur. Alkisah pun relaks sambil menunggu giliran.

Lepas 2-3 biji kereta dah settle, kali ini turn Alkisah plak.

"Kak, Big Mac medium, air Coke, Apple Pie dan Sundae Chocolate satu", order Alkisah dengan pantas.

***

2 hari lepas, Alkisah pulang agak lewat beberapa minit dari opis. Alangkah sesaknya jalan di Puchong dan Sunway ketika itu. Alkisah budget, kalau tak sempat sampai rumah, mau Alkisah berbuka puasa dalam kereta ni, tapi.. Alkisah tak simpan stock kurma ataupun air dalam kereta. Masak masak. "Alang alang sampai Kelana Jaya, Baik Alkisah singgah Shoru. tak pernah try makan kat situ. depa kata sedap" detik hatiku.

Alkisah dengan tanpa segan silu roger tunang Alkisah " Hello you, I nak g Shoru, tak sempat nak sampai rumah la."

Lantas dia cakap "Hey hey, i follow jumpa kat sana"

Pergh respon yang pantas. Tak bagi Alkisah makan sorang sorang. Tak kisah pun, memang saja Alkisah pancing suruh dia ikut pun, kalau tak, mati kutu Alkisah sorang sorang kat situ. Pertamax kali datang situ kot.

Sampai saja kat sana, Alkisah usha menu dia, "Ermm boleh tahan menarik". Kali ini Alkisah nak cuba nasi set Ikan Bawal Gulai + Air Milo Tabur dan tunang Alkisah order nasi set Ikan Bawal Bercili + Bali suam. Serious Alkisah cakap, "Terrrbaik", ulang balik "Terbaikk". Gulai ikan bawal dia pekat, sedap pastu ikan bawal bercili dia pedas dan crispy. Lepas tu kitorang order roti pisang plak sebagai pencuci mulut. Perghh sedap, next time Alkisah rasa nak pergi lagi.

***

Semalam, Alkisah singgah kedai jual barangan dari Timur Tengah. Sebenarnya Aunty Alkisah suruh cari Barbican yang murah. Alkisah pernah cerita sebotol Barbican hanya rm3, sedangkan Aunty Alkisah beli dalam rm3.50-4.00. Perghh mahalnnya. Alkisah pun dah cuak cuak ghak. Impossible Barbican dah naik harga. Jadi kesimpulannya, Alkisah pergi check sendiri dekat kedai. Bila dah check it out, Uncle Iranian tu cakap, "1 bottle for rm3". Alkisah apa lagi senyum sambil call Aunty Alkisah, khabarkan berita gumbira.

Memandangkan Aunty Alkisah cakap dia ada stock lagi, next time baru dia nak. Jadi Alkisah beli 6 botol untuk stock Alkisah. Kalau korang nak roger Alkisah, Alkisah jual 6 botol - Rm20. Extra info PM Alkisah k.

Bila dah ada stock Barbican kat rumah, mula la Alkisah nak berbuka dengan nasi Arab, tapi malas nak pergi jauh jauh. Alkisah ambil keputusan makan nasi Berayani Kambing. Konon kononnya Arab la skit. Alkisah pun tanpa segan silu pergi pasar Ramadhan cari nasi Berayani. Hajat Alkisah kesampaian. Yess muka ada senyum. Bila pusing pusing kat situ ada plak nasi Pakistan. Tengok dalam periuk nampak macam sedap. Inilah salah satu dugaan orang berpuasa, jadi Alkisah hold dulu. Esok esok Alkisah cuba nasi tu.

***


Monday, August 16, 2010

Saiko #1 - EPL - Arsenal vs Liverpool

***


***

Sunday, August 15, 2010

Kisah Ramadhan #2

***

Setiap kali tibanya Ramadhan, Alkisah mesti susun strategi. Ini bagi mengelakkan pembaziran secara terang terangan. Alkisah macam umat manusia yang lain, kadang kadang terikut sangat dengan nafsu. Nafsu makan Alkisah memang ajaib. Secara fizikal kalau anda tengok Alkisah, sure cakap "Ala kedingnya mamat ni". Ye, memang benar Alkisah agak keding, tapi Alkisah kuat makan. Kalau Alkisah makan badan Alkisah susah nak naik. Jadi kesimpulannya Alkisah makan apa sekali pun, badan Alkisah tetap maintain. Korang macam mana?. Apa kena diet? Kalau makan cepat gemuk?. Anda memang tak best. Mungkin kadar metoblisme Alkisah tinggi memyebabkan badan Alkisah susah naik. Insyallah selepas kahwin badan Alkisah akan naik, menurut sumber dan pengalaman orang yang dah berkahwin.

Berbalik pada cerita strategi, Alkisah akan memastikan pembelian juadah berbuka puasa adalah berpatutan. Perkara yang harus ada dalam carta pembelian adalah sejenis kuih, sebungkus air dan juga sebungkus makan berat. Makan berat adalah terdiri makan makan yang berzat tinggi seperti nasi ayam atau nasi kukus ayam berempah atau nasi lemak atau apa apa jenis nasi yang Alkisah teringin nak makan. Kuih juga ada beraneka, jadi Alkisah harus memilih satu sahaja dan selalunya Alkisah gemar membeli murtabak. Ini kerana kalau tak larat nak melahap masa berbuka, Alkisah boleh makan selepas terawikh. Bagi air pula, Alkisah lebih suka air soya tanpa ais. Kalau ada ais, air dia cair, tak besh.

Strategi kedua adalah tempat membeli juadah berbuka. Sebenarnya Alkisah dah plan beberapa tempat terutamanya tibanya hari minggu. Antara tempat tempat yang tersenarai adalah Kampung Baru dan Taman Melawati (tempat zaman kegemilangan dulu) dan juga Taman Tun. Kalau di Kampung Baru, feveret Alkisah ialah nasi kukus ayam dekat corner flat PKNS, kat situ nasi kukus ayam dia terbaik. Tapi kalau Taman Melawati, Alkisah lebih suka Tauhu Anora. Dah lama Alkisah tak pergi situ, ntah ada lagi ke tak. Harap harap ada lagi.

Takkala kita sibuk plan untuk membeli juadah, kita harus ingat kepada orang yang susah nak dapatkan sesuap nasi dan apa yang menyedihkan, baru baru ini di Jasin Melaka, kita dikejutkan dengan satu berita mengenai ribut yang mengorbankan 2 nyawa.




Ribut di Jasin, Melaka (source:youtube)



Major Storm Finland (source:youtube)

Ribut di Finland itu berlaku beberapa hari sebelum menyambut bulan Ramadhan. Kalau dapat dilihat, begitu pantas langit menjadi gelap.

Mungkin memberi peringatan dan petunjuk pada kita semua. Dengan itu Alkisah sertakan doa taubat untuk kita semua.




***

Kisah Ramadhan #1

***

Sehari sebelum berpuasa, Alkisah bangun pagi lalu muntah muntah. Apahal ntah tetiba muntah waktu pagi, morning sickness ka?. Alkisah pun pelik, nak kata perut masuk angin, semalam Alkisah makan ok je. Alkisah pun buat tak layan muntah muntah ni, Alkisah mandi macam biasa.

Setelah mandi, Alkisah bersiap untuk ke tempat kerja baru. Haruslah wangi wangi dan semart, baru nampak segak bergaya. Turun tangga dari pangsapuri dengan gahnya berpakaian ala ala Exec, tiba tiba ada plak sekor kenari block kereta Alkisah. Jadi satu hal plak Alkisah kena tolak kenari macam pintu laman kat rumah. Alkisah cuba tolak kebelakangan tetapi gagal. "Apahal nie, jangan dia tarik handbreak sudah, nanti Alkisah pergi kerja lambat, rosak reputasi Alkisahnanti", detik hatiku. Alkisah cuba tolak kehadapan, akhirnya berjaya. Alhamdulillah, dapat keluar, tapi efek dia, menangkap otot2 yang kat belakang ni. Sakit dia punya tak hingat, hanya Alkisah sorang saja yang tahu.

Seharian Alkisah di opis menahan kesakitan. Tak sabar rasanya, nak balik rumah, sapu minyak kaler hijau yang tertulis di dada botolnya minyak serai. So far yang tak berapa nak jauh, Alkisah pakai minyak ni memang terbaik. Panas memang panas, alah bisa tegal biasa.

Balik dari Opis, Alkisah ke klinik Nadia untuk checkup, tapi doktornya masuk pukul 8. Ini bakal mengganggu reputasi solat terawikh pertama Alkisah, jadi Alkisah bercadang untuk hold on dulu. Alkisah balik bersiap siap untuk terawikh di Masjid Kuning di Kota Damansara. Alhamdulillah semakin lama Alkisah solat, semakin lega pulak sakit belakang Alkisah ini. Setelah selesai solat, Alkisah pulang lalu menyapu minyak serai kat belakang supaya hilang kesengalan dibelakang Alkisah ini. Selain berdoa untuk sembuh, Alkisah harus berusaha menyembuhkannya.

Esok paginya adalah sahur yang pertama, Alkisah makan nasi dengan telur sweet sour yang dimasak oleh akak Alkisah. Boleh tahan kenyang juga Alkisah makan, lepas nak cover perut seharian Alkisah di opis nanti. Berbalik pada cerita asal, sakit dibelakang Alkisah ni agak lega sedikit. Jadi sebelum pergi kerja, Alkisah mengambil langkah drastik untuk menempet Salonpas kat belakang. Alhamdulillah sekarang sengal sengal itu tidak Alkisah rasa lagi. Kini Alkisah berpuasa dengan gumbira, tiada lagi kesengalan yang melanda dibelakang Alkisah ini.

***




Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan & Perpisahan

***

Berkesempatan ini, aku Saed Ramadhan ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan rakan seperjuangan tak kira dimana anda berada, mungkin di Aussie, mungkin di London, atau mungkin di sini. Puasa jangan tak puasa tau..

Dengan ini juga, masih belum terlambat mengucapkan salam perpisahan untuk rakan rakan di IBIL.

Kepada Boss,

Terutamanya En Azman, terima kasih kerana sudi menemuduga dan memberi peluang kepada saya untuk memperolehi pengalaman selama 2 tahun bersama team establish.

Terima kasih juga kepada En Munir kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam membina masa depan saya.

Kepada Team Establish,

Anda semua memang sempoi, aku gumbira dapat bersama anda semua. Dikala kita bersama berOutstation di Utara suatu ketika dahulu, dimana kita pergi makan beramai ramai di sup hameed dan juga nasi kandar line clear. Walau apapun, bab makan korang memang best, banyak tempat makan best best korang bawa aku.

Kita juga beriadah bersama sama dengan bermain paintball dan squash, cuma berbasikal saja belum aku coba. Mungkin aku dah puas berbasikal ke sekolah selama 3 tahun di Bukit Mertajam. Kalau nak bersquash, insyallah ada kelapangan, aku join.

Kepada IPVPN Migration Team,

Fadli, Keat, SFC dan gang2 migration IPVPN dari TM. Thanks a lot sebab banyak beri tunjuk ajar kepada aku.

Kepada Team Admin & HR,

TQ semua sebab settlekan offer letter, claims, advance dan segala hal2 travelling aku. Aini jangan muntah2 dalam kereta lagi tau. Kak Jun maintain cun okey..

Kepada Team EMS,

Terutamanya, 3 gadis comel iaitu Ana, Kay dan Eno. Terima kasih kepada anda sebab banyak membantu aku selama ini dalam me'monitoring' log apa semua.

Kepada Team RFC,

Farhana dan Elin. Sorry sebab selama ini banyak menyusahkan korang dan terima kasih sebab 'approve'kan semua RFC saya.Special to Elin, maintain gorgeus k :p.

Kepada Team NOC, CME & Logistik,

Ali and the gang, Abo and the Gang & Abg Zul and the gang. Terima kasih juga pada korang semua.






Last but not Least, untuk tempahan jurugambar,biskut, outing photoshoot dan beriadah, korang boleh contact aku di:

email : saedramadhan@yahoo.co.uk
no phone: 013-2454656
***

Wednesday, August 4, 2010

Tekken


***

Alkisah baru saja pulang dari menonton cerita terbaru iaitu Tekken. Terima kasih kepada Nuffnang kerana sudi memberi pass percuma kepada Alkisah menonton cerita ini. Anda bila lagi nak tengok cerita ni. Kepada pengemar permainan video Tekken, anda mesti mahu tonton bukan. Apa tunggu lagi, pergilah ke panggung berdekatan anda. Anda pasti teruja.

***

Tuesday, August 3, 2010

Al-Kisah Pictures

***

Untuk pengetahun umum, Alkisah telah pun menyiapkan photoblog yang diberi nama Al-Kisah Pictures (klik link untuk ke photoblog). Photoblog ini berfungsi menjadi sebagai portfolio online Alkisah dari segala aktiviti yang Alkisah lakukan. Banyak aktiviti Alkisah akan dikongsi bersama dengan foto foto peribadi dari travell, outdoor, indoor, wedding dan events. Jika anda melihat apa yang anda suka, jangan ragu-ragu untuk meninggalkan komen. Kalau anda berminat untuk mendapatkan khidmat photo sentuhan Alkisah, bolehlah contact Alkisah. Insyallah Alkisah akan berikan yang terbaik untuk anda. Sekian.


***

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...