Wednesday, April 29, 2009

Perasaan Ingin Mencuba



photo // ed
edited // ed


Kebosanan Dan Kesusilaan aku membuak2. kerja banyak lagi nak kena buat. epms tak update2 lagi. tapi tangan aku dok layan main photoshop nie je. lusa dah nak cuti. pagi esok ada game arsenal dan man utd. sibuk betul aku nie. apa yang aku kena settle dulu. kerja arini aku tak update lagi kat boss. makan malam pun tak berapa nak lalu. badan aku kekurangan air. arghh sudah la. apa yang aku merapu nie. stop.

detik hatiku: bosan tahap cipan

Sunday, April 26, 2009

Aku, Melaka, Johor dan Singapore

Episod Satu
************
Bermula satu episod yang mengucar-kacirkan diri aku. Dengan bersemangatnya aku membuat passport sehingga hilangnya i.c ku yang berjersi Man Utd.. opss..(tu dulu.. sekarang aku Arsenal). Selamat aku perasan i.c aku tak dak time aku g rumah korie kat Ukay Perdana. Aku terkapai-kapai mengingati dimanakah tercicirnya i.c aku tue.. Arghh tension rasanya bila memikirkannya. Aku jadi kurang berselera nak menjamah makanan dirumah korie atas kejadian ini. Aku mengambil kata putus untuk mencarinya dirumah dengan harapan i.c ada dalam passport. Apabila aku pulang, aku terus mengapai passport aku dan melihat hanya resit passport saja yang ada. Aku pening lagi. Lalu, aku memikirkan bilakah kali terakhir aku mengeluarkan i.c. Haaa rupanya di kaunter imigresen. Hidup aku mula tak tenteram kerana hari sudah malam, aku menjadi pendatang dalam negara sendiri.

Keesokkan paginya, aku bergegas ke pejabat imigresen. Aku terus ke kaunter 37, dan bertanyakan pasal i.c aku. Tapi mamat kaunter tue cakap, i.c semua dah bagi sekali ngan passport. Aduyai malangnya nasibku ini. Apakan daya, i.c aku sudah hilang. Aku pun turun bawah dan selamat ada pejabat pendaftaran kat bawah pejabat imigresen tue. Aku pun buat la i.c baru denga berbajukan prison break aku nie. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan mudah tapi aku risau pulak takut ada orang menggunakan i.c aku untuk tujuan lain. Aku tekad untuk melaporkan kejadian ini kepada pihak polis. Aku pun balik dulu untuk mengemas barang aku sebelum bertolak ke Melaka. Setibanya aku di balai polis depan ampang park, aku terpandang lalu terdetik hatiku untuk berkata "Woww comel nye awek2 polis kat balai nie, ala2 erra fazira dan abby abadi dalam filem Gerak Khas". Aku pun melaporkan kejadian kehilangan i.c aku kat awek polis bernama ****** (nama beliau dirahsiakan atas sbb dia comel sangat, nanti korang berebut2 nak report kat dia). Segalanya2 selasai jam 10.30 pagi.

Episod Dua
***********
Untuk episod dua ini merupakan siri jelajah fotografi yang tak seberapa dari aku bermula dari Melaka - Singapore :


Muzium UMNO Melaka

Terima kasih untuk 2 orang awek nie kerana jadi model sampingan aku. Jasa baik anda amat dihargai.

Cuba bermain dgn fungsi macro yang ada kat lens aku.
I Love Junos, baju abg pojie.

Nie dia sup tulang merah yang diperkatakan, Horror gila tengok sup nie
dari kiri: Hasnah TM Singapore, Pinky, Azizi dan Pojie selepas makan sup tulang merah


Cuba bermain ngan style lomo. (masjid dan nama jalan di Singapore)





Gambar malam ini diajar oleh abg pojie TM. Terima Kasih kerana memberi tunjuk ajar yang berguna kepada saya.

photo // ed
edited // ed
sifu //
poji a.k.a namerumonka


detik hatiku : Kemana plak aku lepas nie, leh selam sambil tangkap gambar lagi..



Sunday, April 12, 2009

Friskies Belai Si Comel


Wahh kazen aku akan famous amos ar pas nie.. masuk rancangan realiti tv kucing. Wan semoga berjaya. Kepada kawan2 aku sila undi kazen aku dengan type WAN dan hantar ke 36300 (waktu undiannya 1ptg - 12tgh mlm hari sabtu sahaja)

Waktu Rancangan Belai si comel nie:
Hari : Sabtu
Jam: 12.30 tghari
Website: Belai Si Comel Bersama Friskies

detik hatiku: wan dah dapat fifie jr. hehehe

Saturday, April 11, 2009

Upgrade JUNOS kat Utara



pertandingan upgrade junos, siapa siap dulu kira menang ar, sambil di adili oleh wahida TM operate

nampaknya router sudah telah bersedia untuk menerima junos baru.

router sedang diinject dengan junos baru.

Wahida sedang memeriksa router din, sbb din dah siap awal, adakah din pakai cheat code

din: ishh mana ada aku pakai cheat code

Asraf : Din tipu.. huh

wahida: alo boss, camana?? keputusan muktamad ka.. OK.. DIN Juara

Yeahh aku menang..

cerita diatas hanya rekaan semata2. jangan marah atau berkecil hati k

photo // ed
edited // ed

Satu minggu aku ada kat utara, dari aloq staq sampai ke tasek aku pusing. aku dengan member aku ar dok buat kerja kat utara nie. Kitaorang nak upgrade junos kat komtar ngan aloq staq, yang lain2 tue cuma nak up kan link je. Best tul bekerja sambil berjalan. Lepas nie buat projek OOB plak. Jalan lagi aku, pas nie aku g JB,RSH,TRG dan MR wow best2..

detik hatiku: laallaa kerja la kerjaa laalala jalan-jalan lalalala opss..

Pertunangan Baim dan Anne

photo // ed
edited // ed


detik hatiku: Sorang lagi member aku dah tunang, aku je blom, sabo2..

Sunday, April 5, 2009

IBIL Bowling Tournament



Group Bowling Aku

photo // ed
edited // ed


Akhirnya dapat ghak aku join bowling tournament yang dianjurkan oleh company aku sendiri. Pertandingan cam nie bagus untuk merapatkan silaturrahim antara pekerja dan boss2. Company dah laa baru membesar, so ramai orang baru masuk. Kadang2 tue tak kenal diorang tue sapa. Dah la kitaorang nie nama je satu opis, tapi office kitaorang berkerja kat lain2 tempat, ada yang kat Mount Kiara, Bukit Jelutong dan Cyberjaya. Tahniah kepada sapa2 yang menang tue. Kepada team bowling aku, aku enjoy group ngan korang. Peace.

Kalau nak layan gambar2 bowling yang lain sila ke : saedramadhan.fotopages

detik hatiku: Tournament apa plak pas nie, tak sabo nak join.

Thursday, April 2, 2009

Singgah Sebentar Di Kuala Kangsar

Dah lama aku tak singgah Kuala Kangsar, tapi alang2 dah on the way, aku ngan kazen aku singgah laa kat sini, saja nak mengenang kisah silam zaman budak2 dulu..



photo // ed
edited // ed


detik hatiku: Sambil2 itu "tembak luar pintu" ar.. hehehe

Wednesday, April 1, 2009

Atukku Sudah Pergi


Tanggal 30 Mac 2008 - 2.45 petang, Atukku Jalaluddin Bin Mohd Ayit menghembuskan nafasnya yang terakhir. Al-Fatihah buat atukku, semoga atuk ditempatkan bersama orang2 yang beriman. AMIN..

detik hatiku: insaf buat seketika..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...