***
Kerana ini, negara huru hara
Kerana ini, bangsa berpecah belah
Kerana ini, sedara berbalah
Kerana ini
Aku Benci
Ada apa dengan Poh-Lee-Tick?
Aku tersentap
Bila bangsa lain lebih arif
Aku bangkit
Sedar akan kepentingannya
Tapi Aku,
Aku tetap Benci..
Kerana ini, semuanya permainan
percaturan
kotor
jijik
Pada siapa yang perlu Aku rujuk?
Kini
Aku bagai berada di Siratul Mustaqim
selamanya..
Tolonglah wahai sekalian
Aku buntu
Selama ini
Aku seperti katak bawah tempurung
Lari dari propaganda
Mataku pejam dari segala penipuan
Telingaku pekak dari tohmahan fitnah
Deria otakku berfikir
***
Media
Perlukah Aku percaya pada mu?
Serangan berterbangan berbentuk peribadi
Fitnah bertaburan di sana sini
Putaq Alam..
Bagus!!
Kau buat Aku berfikir
mencari kesahihan
Sangat berbeda..
Aku pelajari sesuatu,
Manusia ini Hipokrit
Kau buat Aku buntu,
Siapa yang benar & Siapa yang salah
Memang..
Memang bukti berleluasa
Tapi
Hanya Allah
Maha Mengetahui
***
Ingatlah wahai sekalian
"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Kita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia"
***
Aku tidak mahu
Agamaku diperkotak katikkan
Aku tidak mahu
Bangsaku mengadaikan tanah sendiri
Yang berkuasa, berleluasa
Yang tidak, ditindas pula
Ingatlah,
Setinggi mana kita terbang
Ke dalam tanah jua kita kembali
***