Thursday, July 26, 2012

Hitler Marah Logo Kemerdekaan ke-55

***



Bagi Alkisah, yang bukan pro sangat pasal design logo, tapi dari mata seorang yang suka kreativiti dan edit gambar berpendapat, logo kali ini sangat simple.

Common On, Font dan Kaler sangat flat.

Dan makna Erdeka, apa tu??

Ini cuma pendapat Alkisah sebagai seorang rakyat Malaysia.

Lagipun, Alkisah tengok logo kemerdekaan tahun tahun sebelum ni ok je.. boleh dikategorikan sebagai Logo, kalau korang tak percaya, boleh layari di: Penerangan.gov.my

Ni Alkisah nak promote skit, Kukubesi a.k.a KB telah mengadakan satu pertandingan mencipta logo Hari Merdeka versi KB.


korang boleh layari artwork artwork yang para perserta hantar di facebook KB


***


Thursday, July 19, 2012

Cameron Highlands 2012


***

30 Jun 2012 yang lalu, Alkisah dan family pergi bercuti di Cameron Highlands, ini adalah antara 3 tempat tinggi yang kitaorang pergi selain Penang Hills dan Genting beberapa bulan lalu. Memang target Alkisah nak bawa Sofea pergi tempat tempat sejuk.

Jom layan Alkisah Piccas..

Kitaorang bertolak dari Shah Alam jam 7 pagi dan tiba di Cameron jam 10.30 pagi melalui jalan Simpang Pulai.

Pagi tu memang Alkisah isi perut dengan Sneakers je, ingat nak breakfast dekat Cameron. Last last kitaorang Branch dekat S'Corner Central Market, sebab kat situ je nampak tenang.


Serious, masa tengah kitaorang makan, Alkisah snap gambar untuk tatapan korang semua, inilah jalan menuju ke puncak Cameron, Sesak kan..


Lepas makan, perut kenyang, hati pun senang, kitaorang singgah di Cactus Point, just sekangkang gergasi je dari S'Corner Central Market. Kaktus kat sini sangat cantik dan murah.


Sebelum menanti waktu untuk check-in, Kitaorang singgah pula dekat Kea Farm. Parking dekat Hotel, lepas tu jalan kaki ke sana. Tak kuasa Alkisah nak drive, korang tengok berderet deret kereta nak ke Tanah Rata.
Ada sesetangah kereta bau clutch terbakar. Jadi hati hatilah bawa kereta manual kalau ke Cameron or Genting bila dalam keadaan sesak macam nie. Jangan main clutch sangat, nanti padah menanti anda.


My Wife memang nak sangat beli Madu, so kitaorang beli Madu Tualang ni dari mamat orang Asli. Serious Alkisah selsema dan batuk lepas turun dari Cameron, Alhamdulillah, lepas makan madu tu, 2 hari lepas tu, baik terus batuk dan selsema. Adakah Madu Tualang ini sangat mujarab? wallahualam..


Ok now time to Check-in.. wehuuu..



2nd Day, kitaorang pergi Kea Farm di waktu pagi, kali ni All out, pergi Cameron semata mata beli sayur sayuran. Ooomaigoshh..


Ni pula, kitaorang singgah dekat Bharat Tea Farm. Tak sah kalau mai Cameron tak singgah Tea Farm


Dan tak sah juga, mai jauh jauh ke Cameron tak petik strawberry.


Inilah cerita percutian Alkisah ke Cameron Highlands. Harap korang enjoice..

Apa yang Alkisah boleh rekemen kat korang:
- Elakkan pergi Cameron time hari minggu, Sebab sangat sesak dan jammed, tahap kesesakan mencecah sejam kalau korang sangkut atas jalan.
- Bila ke Cameron, pastikan korang pergi petik Strawberry dan ke ladang Teh.
- Pilih hotel yang best.
- Kurangkan barang di dalam but kereta semasa pergi ke Cameron, sebab masa balik nanti but kereta korang akan penuh dengan sayur sayuran.

Ok next trip ke mana plak? hurmmm
***

Tuesday, July 17, 2012

Video : QPR tiba di Malaysia

***

source: youtube/nst

Amboi siap berpayung payung lagi korang.

***

Malam ni

QPR vs Sabah

di Stadium Likas

***

20th Julai

QPR vs Kelantan

Di Stadium Shah Alam


nice promo by areyeanleo

***

The Dark Knight Rises July 2012

***



Setelah 8 tahun peristiwa The Dark Knight berlalu, kini muncul Pemimpin Pengganas a.k.a Bane di Gotham City, sekali gus memberi tekanan kepada pasukan polis untuk mengembalikan Hero Gotham City iaitu Batman untuk membantu mereka selepas kejatuhan zaman jenayah Harvey Dent.

Ermm

Kalau ikutkan dalam komik

Batman patah tulang rusuk masa lawan dengan Bane

Kira Batman akan injured teruk

Yeka??

Kena tengok ni

***


Monday, July 16, 2012

Fazley vs Angah

***



Jom saksikan

Alkisah rasa Dato Fazley boleh menang

tapi Angah juga tidak kurang hebat

sebab boleh kalahkan Juliza yang over confident

***

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 2012

***

Memandangkan Alkisah tinggal di Shah Alam

di bawah adalah Jadual Imsak dan Berbuka untuk tahun 2012

Bagi kawasan Shah Alam


Berikut adalah jadual bagi setiap Negeri dan Zon dalam Malaysia

Perlis

Kedah
Zon 1 - DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
Zon 2 - DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN 
Zon 3 - DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING 
Zon 4 - DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
Zon 5 - DAERAH LANGKAWI
Zon 6 - PUNCAK GUNUNG JERAI

Pulau Pinang

Perak
Zon 1 - Tapah, Slim River  Dan Tanjung Malim
Zon 2 - Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar
Zon 3 - Pengkalan Hulu, Grik Dan Lenggong
Zon 4 - Temengor dan Belum
Zon 5- Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan 
 Pulau Pangkor
Zon 6 - Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar
Zon 7 - Bukit Larut

Selangor
Zon 1 - DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG 
Zon 2 - DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

Kuala Lumpur

Negeri Sembilan
Zon 1 - TAMPIN DAN JEMPOL
Zon 2 - SEREMBAN, PORT DICKSON, KUALA PILAH,  REMBAU DAN JELEBU

Melaka

Johor
Zon 1 - PULAU AUR, PULAU PEMANGGIL  
Zon 2 - DAERAH JOHOR BAHRU, KULAIJAYA, KOTA TINGGI DAN MERSING DAN PULAU-PULAU BERHAMPIRAN  
Zon 3 - DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
Zon 4 - DAERAH BATU PAHAT, MUAR, LEDANG, SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR

Terengganu
Zon 1 - KUALA TERENGGANU DAN MARANG
Zon 2 - BESUT DAN SETIU
Zon 3 - HULU TERENGGANU 
Zon 4 - KEMAMAN DAN DUNGUN 

Kelantan
Zon 1 - JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH, TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN GUA MUSANG (DAERAH CHIKU)
Zon 2 - JAJAHAN JELI, GUA MUSANG (DAERAH GALAS DAN BERTAM) DAN JAJAHAN KECIL LOJING

Pahang
Zon 1 - PULAU TIOMAN
Zon 2 - ROMPIN, PEKAN, MUADZAM SHAH DAN KUANTAN 
Zon 3 - MARAN, JENGKA, CHENOR, TEMERLOH, BERA DAN JERANTUT 
Zon 4 - BENTONG, RAUB DAN LIPIS 
Zon 5 - GENTING SEMPAH, BUKIT TINGGI DAN JANDA BAIK
Zon 6 - CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER DAN GENTING HIGHLAND

Sarawak
Zon 1 - LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
Zon 2 - NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI   
Zon 3 - TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
Zon 4 - IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU, KANOWIT, KAPIT DAN SONG 
Zon 5 - BELAWAI, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN RAJANG 
Zon 6 - KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
Zon 7 - SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
Zon 8 - KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN 
Zon 9 -  KG.ULU MERAPOK, KG.SUNGAI MERAPOK, KG.MANCHU, KG.BUKIT PUAN, KG.TANAH SIBAGOL, KG.UNDOP, KG.SASA, KG. BUKIT MANANG, KG.MERAMBAI, KG.LIMPAKI, MERAPOK, KG.BANGKATAN, KG.LADANG LALANG, KG.LEMPAKI TENGAH, 
KG.LEMPAKI ASAL, KG.LANGUBAN DAN KG.PATARIKAN 

Sabah
Zon 1 - (BAHAGIAN SANDAKAN ; TIMUR), TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN, 
SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM
Zon 2 - (BAHAGIAN SANDAKAN ; BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT,  JAMBONGAN,   PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH 
Zon 3 - (BAHAGIAN TAWAU ; TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN, KUNAK DAN LAHAD  DATU
Zon 4 - (BAHAGIAN TAWAU ; BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN 
Zon 5 - (BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN BANDAR KUDAT
Zon 6 - GUNUNG KINABALU ; KETINGGIAN 4,101 M  
Zon 7 - (BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, TAMPARULI, PENAMPANG,  KOTA  KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
Zon 8 - (BAHAGIAN PEDALAMAN ; ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
Zon 9 - ( BAHAGIAN PEDALAMAN ; BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG  

***

Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia

Saturday, July 14, 2012

Football Jersey 2012/13 - Failed

***

Ini adalah Jersey Bola yang bagi Alkisah agak Serr...




Dah macam kain pelikat

boleh pakai untuk raya nanti




Kaler tak boleh handle


***

Musim 2012/2013

Kenapa diorang suka color maroon ??



***

Adus failed..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...