Sunday, March 29, 2009

Di Suatu Petang..

Hari ni aku g jalan2 ke CapSquare, Dang Wangi sambil melihat kehebatan para Designer menunjukkan Karya mereka masing-masing di KL Design Week. Aku g sana ngan member aku (G-bum) dia budak segamat tapi dia bukan budak Shuffle ar. Lepas saja kami tengok hasil karya designer2 tue aku pun balik sambil menyinggah minum petang dekat Shazana Cafe, Kampung Baru. Setibanya aku kat kampung baru, aku dapat lihat sepanjang jalan di banjiri dengan poster PAKLAH dan bendera UMNO. Rupanya2 esok PAKLAH nak rasmi tapak untuk projek apa ntah kat sini. Arghh tak kisah la, janji aku nak g minum petang.

Sampai kat Shazana Cafe nie, aku pun order Laksa Penang ngan Milo Ais dan G-bum order makanan dia la. Kami pun borak kosong yang tak berisi info penting pun kalau korang nak tahu. Dekat setengah jam kami makan dan borak, Kami pun beransur pulang sebab dah dekat magrib dah nie lagipun hujan pun dah mula renyai2 turun. Sampai je kat kaunter:

Kaunterman: Abang makan apa?
Aku: Laksa satu, milo ais satu..
Kaunterman: rm 5.80
G-Bum: Saya MEE KHAIRY..
Kaunterman & Aku terkejut.
G-Bum: Ehh silap aku nak cakap Mee kari ngan Laici la..
Aku hanya mampu tergelak dan senyum je la..


detik hatiku: Hek eleh mamat nie..tau la PakLah nak mai esok..

2 Blogger kasi response. .

April 1, 2009 at 11:05 PM

jahanam

Reply
Saed Ramadhan Author
April 11, 2009 at 11:39 PM

hahaha terasa e'

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...