Sunday, March 29, 2009

CapSquare, KL Design Week

Aku kat parking luar CapSquare

G-Bum bersama orang punya Artworks bukan dia punya
Aku depan Artworks MuidLatif dan Kukubesi
Budak2 PixelProduction
Antara toys yang ada kat pameran nie


Gambar2 bawah nie antara gambar yang aku minat. Diorang Memang Gempaks Habes...



detik hatiku: Memang syok tgk Artworks orang.

Di Suatu Petang..

Hari ni aku g jalan2 ke CapSquare, Dang Wangi sambil melihat kehebatan para Designer menunjukkan Karya mereka masing-masing di KL Design Week. Aku g sana ngan member aku (G-bum) dia budak segamat tapi dia bukan budak Shuffle ar. Lepas saja kami tengok hasil karya designer2 tue aku pun balik sambil menyinggah minum petang dekat Shazana Cafe, Kampung Baru. Setibanya aku kat kampung baru, aku dapat lihat sepanjang jalan di banjiri dengan poster PAKLAH dan bendera UMNO. Rupanya2 esok PAKLAH nak rasmi tapak untuk projek apa ntah kat sini. Arghh tak kisah la, janji aku nak g minum petang.

Sampai kat Shazana Cafe nie, aku pun order Laksa Penang ngan Milo Ais dan G-bum order makanan dia la. Kami pun borak kosong yang tak berisi info penting pun kalau korang nak tahu. Dekat setengah jam kami makan dan borak, Kami pun beransur pulang sebab dah dekat magrib dah nie lagipun hujan pun dah mula renyai2 turun. Sampai je kat kaunter:

Kaunterman: Abang makan apa?
Aku: Laksa satu, milo ais satu..
Kaunterman: rm 5.80
G-Bum: Saya MEE KHAIRY..
Kaunterman & Aku terkejut.
G-Bum: Ehh silap aku nak cakap Mee kari ngan Laici la..
Aku hanya mampu tergelak dan senyum je la..


detik hatiku: Hek eleh mamat nie..tau la PakLah nak mai esok..

Saturday, March 28, 2009

Futsal IBIL


TEAM HARAPAN TINGGAL KENANGAN ( HTK)

Dibarisi Pemain:
Saed
Fahmi
Shamsul
Afzel
Fadli
Muzamer
Dasuki

Kitaorang diletak bersama2 team handalan dari MK (Belly Master), BJ (M16) dan CBJ (Juara Tomyam). Di Peringkat kumpulan kami hanya berjaya menewaskan Belly Master tetapi hanya seri dengan team Juara Tomyam. Manakala team HTK kalah teruk dibelasah team M16 kerana mereka menggunakan senjata M16 yang tidak sepatutnya digunakan dalam sukan Futsal ini.

Harapan untuk mara ke peringkat seterusnya malap, setelah team HTK tumpas kepada M16 tetapi Malam Jumaat itu menjadi rezeki team kami apabila team Belly Master berjaya menumpaskan team Juara Tomyam lantas melayakkan Team HTK ke peringkat Semi-Final.

Team HTK bertemu Team Sexy United juara peringkat kumpalan A di peringkat Semi-Final. Setelah berhempas pulas, akhirnya Team HTK berjaya melangkah ke peringkat seterusnya setelah menewaskan Team Sexy United. Team HTK akan bertemu "RIVAL"nya iaitu team M16 di peringkat akhir piala IBIL.

Team M16 menyempurnakan peluang yang baik bagi mendahului Team HTK dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama tetapi barisan muda HTK berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada separuh masa kedua. Akan tetapi Team HTK tak sempat nak rasa happy, Team M16 dah rembat masuk gol ketiga beberapa minit kemudian. Akhirnya team HTK tumpas lagi dengan team M16 dengan jaringan 3-2. Apapun ucapan tahniah untuk team M16.


Afzel Team HTK sedang berkata sesuatu pada Padil Team M16

Aku sebagai keeper Team HTK

Team HTK menanti peluang ke FINAL


detik hatiku: Lepas nie kena praktis betul.

Thursday, March 26, 2009

Cinta Gila

source: youtube

Thursday, March 19, 2009

Alhamdulillah


Syukur ke hadrat illahi kerana setelah beberapa hari aku study dan tak sia-sia usaha aku selama ini berjaya juga ujian JNCIA aku dengan jayanya. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan aku kerana kita bertungkus lumus belajar dari minggu lepas. Apapun aku happy ngan korang semua (group establish) dari start kita kerja sampai sekarang nie. Aku doakan semua rakan-rakan seperjuangan aku yang lain pun sukses.

Kepada keluarga ku dan peransang yang berada dihatiku. Terima Kasih atas segalanya

detik hatiku: Ala.. pakai raja ujian boleh ar lepas.. heheh

Sunday, March 15, 2009

Korie & Siti


Hafizan a.k.a Pengapit

Gadis-gadis BNS batch 2005-2008 antara yang hadir.

photo // ed
edited // ed


Semalam aku, g-bum , jaja (kira satu kereta) dan dengan rakan2 seperjuangan yang lain berKONVOI ke Pontian Johor. Ini kira 1st time ghak laa aku g Pontian. Kalau g site JHB dan SCU tak pernah terlintas dek akal ku nak menyinggah ke Pontian nie. Sambil berkenduri boleh laa aku mengasah bakat aku yang terperam selama 2 minggu tak pegang camera aku. Last aku snap, time Photocamp 4 kat Janda Baik. Alhamdulillah berkat tunjuk ajak sifu Moqh dan lain2 aku rasa ada confident skit nak try element2 yang diorang terapkan dalam diri aku nie.

Bebalik pada cerita asal aku, aku nak ucapkan tahniah buat Abe Korie dan adik siti kita yang telah melangsungkan perkahwinan dengan baik nya. Ramai rakan2 kita datang meraikan hari bersejarah korang. Alhamdulillah, rakan2 yang lain pun dok tunggu masa nak bina masjid nie. Kepada rakan2 yang lain, jangan lupa sharing is caring your photo, leh aku buat koleksi.

detik hatiku: bila plak turn aku nak kawen nie..huhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...