Tuesday, February 23, 2010

Mini Workshop : Outing Menembak Cikaro Bersama Kacuk

***

Sabtu bersamaan 19 Februari 2010, Kacuk CS telah menganjurkan Mini workshop di Putrajaya. Workshop turut dibantu oleh rakan rakan CS yang lain tak kira senior, junior dan apprentice. Di harap semua warga kerja dan peserta berpuas hati dengan aktiviti ini dan yang paling penting kita enjoy dan happy sambil menangkap gambar. Harap ilmu yang kita perolehi itu diamalkan dikongsi pada rakan rakan yang lain. Practice Make Perfect..

Jom layan gambar gambar outing aku:

Group 5

syoknya depa menembak


***

photo & edit // ed


Wednesday, February 17, 2010

C-Na Muda Cookies !! Update

***


Anda inginkan sesuatu yang rangup ketika santai bersama keluarga di hadapan televisyen, minum petang, menjamu tetamu, mengunyah sambil berchatting, berfacebook, berblog mahupun sedang menyiapkan dokumen di tempat kerja.

Mari mencuba resipi baru C-Na Muda Cookies.

Blom Try Blom Tau..

Nyum Nyum..


Bakal berada di opis berdekatan anda dan mungkin di opis anda sendiri. Baik anda check. Kalau tak dak. Ada caranya:

Untuk tempahan, anda boleh message saya bersertakan tajuk "Mau Order C-Na Cookies" di:

Facebook : Alkisah Ed
Email : saedramadhan@yahoo.co.uk

Anda juga perlu sertakan:

Nama:
No. Telefon:
Bilangan Balang:

UPDATE !!

Harga/Price:
Balang Besar - RM25
Balang Kecil - RM15


* Untuk maklumat lanjut mengenai penghantaran boleh lah email kepada saya. Bayaran boleh dibuat setelah Cookies berada di tangan anda.


***





Tuesday, February 16, 2010

Gambar Aku Di Curi !!


***

Tak aku sangka rupanya ada orang cuba mencuri kehenseman aku. Kenapa lah diorang perlu buat sampai macam tue? Aku bukan artis bermuka jambu mahupun model berbadan sasa. Aku cuma manusia biasa yang comel dan hensem tapi keding. Aku agak terkejut juga kejadian macam ini berlaku terhadap orang biasa seperti aku.

Berikut adalah hasil penyintipan aku bersama informer:

klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas
Hasil info dari salah sorang silent reader blog aku.
// aku ada ramai silent reader.. anda bila lagi //


Di atas adalah mamat yang menggunakan gambar aku untuk profile myspace dia.
// Gambar itu di rakamkan oleh Bob ketika kitaorang bercuti di Perhentian //



Menurut informer aku, budak tu dah deactivate akuan myspace dia. Ntah malas plak aku nak korek dalam dalam. Jadi kepada sesiapa silent reader atau sedara atau kawan kawan aku yang ada myspace, tolong kasi nasihat budak tu ke jalan yang benar. Jangan sesuka hati pakai gambar aku tanpa kebenaran.

***

kesimpulannya : Lepas ni gambar gambar aku kena letak watermark.

informer : Thanks, kalau ada lagi, jangan segan segan report kat aku.

update!! : Setelah meneliti gambar aku tue.. bukan lawa mana pun.. dengan kapal ngan air laut sengek.. ishh2..

Hard Rock Penang

***

Aku sebenarnya sangat teringin nak ushar Hard Rock Hotel Penang. Jadi dengan kesempatan cuti ini aku bersama kazen aku pergi berfoya foya kat sana. Moh kite !!


edit & photo // ed

***

Sunday, February 14, 2010

En. Tan

***

Harini aku bersama kakak dan kazen aku pulang ke kampung halaman di utara Malaysia. Pantang dapat cuti mesti nak balik Penang. Keadaan di lebuhraya agak sesak, mana taknya orang cina sibuk nak balik raya kita pun tumpang sekaki.

Pukul 5.30 pagi lagi kami dah beredar dari kota Kuala Lumpur. Jalan yang aku sangkakan lengan hanya angan angan semata mata. Kesesakan berlaku sekitar Tanjung Malim ke Sungkai, Bidor dan sekitar beberapa tempat lagi di Perak.

Sebelum memulakan perjalan jarak jauh, kami berhenti sementara di hentian Rawang untuk menunaikan solat subuh dan mengotakan hajat.

Hajat aku adalah untuk berjumpa dengan En. Tan. Tak sangka ramai juga orang beratur nak jumpa dengan En.Tan. Di situ aku dapat rasakan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk atau dikenali masyarakat berbilang kaum dengan mempunyai misi yang sama pada waktu pagi, 1 Malaysia 1 Tan.

Walaupun kita berbeza dari segi warna kulit, bangsa dan agama tapi kita tetap bersama En. Tan pada waktu pagi.

Akhirnya pintu En. Tan terbuka. Ok sudah tiba giliran aku.

***


Wednesday, February 10, 2010

Jepang

***

Aku tersadar dari tidur lalu melihat kiri dan kanan. Arghh sedap betul tidur. Rupanya aku tidur melintang dalam flight ni. Apa yang pasti ibu dan kakak bersama aku.

Kitaorang di dalam flight JAL dari Kuala Lumpur menuju ke Tokyo, dalam beberapa minit lagi penerbangan ini akan tiba di Narita International Airport. Aku melihat di luar jendela kapal terbang. Kelihatan salji putih mulai turun segan segan silu menutupi setiap bangunan dan jalan raya di bandaraya Tokyo.

Sambil tersenyum gembira dan aku berasa tidak sabar untuk mendarat. Dengan masa yang terluang ini, aku sempat lagi membuka laptop dan melayari facebook. Rutin harian aku mesti memasak di Cafe World dan menerbangkan pesawat-pesawat aku di Airline Manager setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Isyarat memasang tali pinggang telah pun dinyalakan, maka aku terpaksa menyimpan segala barang komputer aku di dalam bag. Aku masih mamai dan fikiran aku mengelamun dengan ketidaksabaran aku untuk menjejak kaki di Narita Airport.

Setelah selesai mendarat, kitaorang bergerak beramai ramai ke terminal. Tiba-tiba aku tersentak lalu teringat. Bag laptop aku tertinggal dalam kapal terbang. Aku mulai gelisah. Banyak khaznah yang terpendam dalam laptop aku itu. Ingin aku berlari menuju ke kapal terbang tapi jaraknya dah semakin jauh. Aku sedih.

Aku dan keluarga segera menuju ke balai ketibaan bagasi. Mungkin kalau bernasib baik, diorang letak bag laptop aku dekat situ. Pergerakan kitaorang terbatas kerana escalator menuju balai bagasi di penuhi masyarakat berbilang kaum. Aku menanti dengan sabar. Setibanya disana, kitaorang di sapa oleh mak cik aku, " Ehh, korang buat apa kat sini?"..

***

Aku terjaga sekali lagi. Aku terpinga pinga dan menyoal diri sendiri "apsal wan yah boleh masuk dalam mimpi aku plak?". Kenapa la semenjak kebelakangan ni aku asyik mimpi pelik pelik saja. SG, PL, SX (ini kerap ar).

***





Monday, February 1, 2010

Kembali

***

Setelah sekian lama menyepi.

Kini aku sudah boleh untuk bermuka buku, berlayar, berborak, berbelog dan macam macam lagi.

Terima Kasih Internet.

Aku Kembali

***



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...