Sunday, March 20, 2011

Merong Mahawangsa & Langkasuka

***

Korang semua dah tengok ka cerita Merong Mahawangsa? Alkisah tengok movie tue bersama wife pada hari ke-2 tayangan umum dikeluarkan. Sekian lama menanti akhirnya dapat juga lihat kehebatan KRU Studios. Satu Filem membanggakan selepas PGL (Puteri Gunung Ledang). Alkisah harap KRU studios sentiasa mengeluarkan idea dan filem filem yang bermutu dan setanding filem di luar. Harapan Alkisah sebagai seorang penonton filem, karya sebegini dapat menjadi batu loncatan bagi pengiat seni filem untuk mempunyai impian mengeluarkan hasil karya mereka ke luar negara dan tidak hanya target pada pasaran tempatan sahaja.

Selepas menyaksikan filem Merong ni, Alkisah terdetik sejenak. macam pernah tengok cerita se-akan akan cerita Merong. Filem yang dihasilkan oleh Nonzee Nimibutr iaitu Queens of Langkasuka. Filem di mana Alkisah kagum bila orang Thailand menghasilkan filem yang para pelakonnya memakai tengkolok dan keris.










Kedua dua filem ini mengisahkan zaman kerajaan awal kurun ke-2 hingga ke-14 iaitu Kerajaan Langkasuka.

Jalan cerita kedua dua filem ini agak berbeza sama sekali.

Tetapi apa yang menarik minat Alkisah berfikir adalah hero dalam filem Queens of Langkasuka ialah Pari seorang anak yatim piatu yang dibesarkan di sebuah perkampungan nelayan yang di serang oleh Lanun. Sekali imbas mirip kisah hidup Merong.

Ermm.. adakah Merong dan Pari ini adalah orang yang sama??

Kesahihannya akan kewujudan Merong masih lagi misteri.

Walauapapun Kudos to KRU Studios

***



1 Blogger kasi response. .:

rambomadonna Author
March 24, 2011 at 12:13 AM

Thanks for visiting my blog and jawapan I ... no, Pari dan Merong adalah 2 orang berbeza. 1st jika kita anggap HMM adalah karya sejarah yang sahih, Merong hidup sekitar 2 Masihi manakala Pari somewhere between 1400 ke 1500.

I sebenarnya tertarik kenapa Nonzee menggambarkan Pari sebagai orang Laut, dengan gaya ala masyarakat Iban di Sarawak atau Dayak di Kalimantan. And dont forget Ibans are also known as Sea Dayak.

However, there are stories (old stories) among masyarakat Dayak about a person called Manggeng, yang travel all alone in the sea sehinggalah menemui Kerajaan Majapahit.

I will share in my blog once my research siap.

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...