Wednesday, March 11, 2015

Merchandise Cinderella dari Astro Circle untuk anda semua

***


Sempena tayangan perdana Cinderella pada 12 March, Astro Circle bermurah hati ingin memberi hadiah terutama kepada kanak-kanak. Limited Edition Disney's Cinderella movie merchandise.

Yang penting layari Astro Circle bahagian Reward Activities, jawab soalan mudah dan menangi hadiah-hadiah berikut:

Prizes 2 X Grand Prize (The 1000th and 2000th entry with correct answer)
Disney’s Cinderella Make Up Pouch

4 X First Runner up (The 100th, 300th, 500th and 700th entry with correct answer)
Disney’s Cinderella Bracelet Watch

4 X Second Runner up (The 200th, 400th, 600th and 800th entry with correct answer)
Disney’s Cinderella Kid’s Watch

4 X Third Runner up (The 50th, 150th, 250th and 350th entry with correct answer)
Disney’s Cinderella Woman’s TShirt

4 X Fourth Runner up (The 450th, 550th, 650th and 750th entry with correct answer)
Disney’s Cinderella Kid’s TShirt

5 X Fifth Runner up (The 900th, 1100th, 1200th, 1300th and 1400th entry with correct answer)
Disney’s Cinderella Journal

3 X Fifth Runner up (The 1500th, 1600th and 1700th entry with correct answer)
Disney’s Cinderella Cap

5 X Sixth Runner up (The 850th, 950th, 1050th, 1150th, and 1250th entry with correct answer)
Disney’s Cinderella Pocket Mirror

10 X Consolation Prize 1 (The 1350th, 1450th, 1550th, 1650th, 1750th, 1850th, 1950th, 2050th, 2150th and 2250th with correct answers)
Disney’s Cinderella Phone Plug

10 X Consolation Prize 2 ( 25th, 125th, 225th, 325th, 425th, 525th, 625th, 725th, 825th and 925th with correct answers)
Disney’s Cinderella Metal Bookmark

Closing date
11.59pm, 22 March 2015

Notakakiku: Kalau tengok dari hadiah yang banyak yang amat, lebih baik aku kongsikan bersama dengan korang, supaya korang pun boleh menang sama. Kek Besar, kita share sama-sama. Apa tunggu lagi. Jawab je soalan mudah.

Tuesday, March 10, 2015

Nak Menang 2 Tiket VIP Percuma Thriller Live in KL

***


Nak Menang 2 Tiket Percuma Thriller Live in KL, mudah saja. Bagi sesiapa yang ada account Astro, secara automatik ada boleh layari Astro Circle. Korang kena rajin-rajin layari dalam segment Reward Activities, banyak hadiah dan tiket free boleh di menangi dengan menjawab soalan-soalan mudah.

"Direct from London’s West End where it is now in its record breaking 6th year, THRILLER LIVE is a spectacular concert created to celebrate the career of the world’s greatest entertainer and undisputed King of Pop – Michael Jackson.

Thriller Live features all the classic Michael Jackson’s songs delivered by an exceptionally outstanding and talented cast and live band including; I want You Back, ABC, Can You Feel It, Off The Wall, The Way You Make Me Feel, Smooth Criminal, Beat It, Billie Jean, Dirty Diana, Dangerous, Bad, Thriller and many more. Ultimately six people would play the singer, going through the various stages of his career, with a total cast of 21 individuals and dancers. Jackson's hits sung by four strong-voiced, charismatic leads, backed by a crackerjack team of singer-dancers"

Event details: 
Date: 22 March 2015
Time: 8.30pm
Venue: Putra Indoor Stadium, Bukit Jalil

Closing date: 
12 March 2015 85

Lucky Winners Get: 
2 VIP tickets to Thriller Live (Ticket worth RM468 each)

***

notakakiku: Dulu aku rajin join contest Nuffnang, dapat tiket wayang free Woo.. Nie aku just share kat korang, mana tau rezeki korang pun dapat join sekali nanti, itupun kalau dapat tiket free. hehe

Monday, March 9, 2015

Pelepasan Cukai - Soalan Lazim Untuk Kita Semua

***



Setiap tahun mesti pening nak fikirkan macam mana nak kurangkan atau melepaskan diri dari dikenakan cukai yang banyak. Kalau dapat full PCB (Ansuran/Potongan Cukai Bulan) memang best la. Tapi selalunya dapat kurang dari half, tu yang kena buat betul betul.

Potongan Zakat setiap bulan adalah salah satu cara tips pengurangan cukai. Tapi niat pertama adalah membayar zakat harus betul dan ianya termaktub dalam rukun islam ke-4.


“Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu menumbuhkan ketentraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (At-Taubah: 03) 


Definisi Zakat - Zakat adalah bahagian tertentu dari kekayaan yang Allah perintahkan untuk dikeluarkan dan diberikan kepada yang berhak (mustahiq). Disebut pula shadaqah seperti dalam firman Allah di surat At-Taubah ayat 60. Yang dimaksudkan shadaqah dalam ayat itu adalah zakat wajib, bukan shadaqah sunnah. Al-Mawardi berkata, “Shadaqah adalah zakat, dan zakat adalah shadaqah. Beda nama tapi satu makna.” 

***

Ini adalah soalan-soalan lazim yang selalu bermain difikiranku bila buat e-filling LHDN.

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Kaedah Kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan

Saya telah membayar kos perubatan ibu tetapi saya tidak menyimpan resit- resit tersebut. Bolehkan saya membuat tuntutan untuk kos perubatan ibu bapa di ruangan D2? 

Semua tuntutan memerlukan dokumen sokongan. Isikan tuntutan di ruangan perubatan ibu bapa (D2) dan terhad kepada maksimum RM5,000 berdasarkan kepada sokongan resit-resit. 

** Back to basic, semua resit kita simpan je.

Saya telah menghantar ibubapa saya kepada perubatan tradisional, Bolehkah saya menuntut pelepasan perubatan tersebut?. 

Tidak boleh. 

** Kalau tok moh boleh keluarkan resit amacam?? siap boleh swap kredit kad.. tapi kena TokMoh terbabit wajiblah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan tau....

Saya telah membayar kos perubatan ibu mertua. Bolehkan saya membuat tuntutan tersebut? 

Tidak. Kos perubatan ibu mertua tidak dibenarkan. 

** Wah kau, dah bagi betis nak peha.. Abis semua nak claim, kos perubatan mak mertua, mak angkat, bakal mak mertua, mak girlfriend. Memang tak la..


***

Pembelian buku/Majalah/jurnal/penerbitan (selain surat khabar/bahan terlarang a.ka. lucah) untuk diri sendiri, keluarga dan anak.

Adakah saya dan isteri layak menuntut pelepasan pembelian buku / majalah terhad kepada RM 1,000 setiap individu di ruangan D8 jika kami memilih taksiran berasingan?

Suami dan isteri layak menuntut pelepasan terhad kepada RM 1,000 setiap individu dengan sokongan resit-resit. 

** Bagi rajin membaca dan pergi beli buku di Big Bad Wolf memang sedap la claim, setiap tahun beli buku sejumlah RM1000.

***

Pembelian komputer peribadi untuk individu (setiap 3 tahun)

Saya telah membeli komputer peribadi pada Ogos 2010 dengan harga RM 3,850. Adakah saya layak untuk menuntut pelepasan ini di ruangan D8A Borang BE 2010? 

Tuan layak menuntut pelepasan terhad kepada RM 3,000. Pelepasan ini dibenarkan sekali dalam setiap 3 tahun. Contoh: Sekiranya tuan telah menuntut pelepasan tersebut pada tahun 2009, tempoh berikut yang boleh dituntut ialah pada tahun 2012. 

Saya telah membeli komputer peribadi pada Januari 2010 dengan harga RM 2,650. Isteri saya pula telah membeli komputer riba pada September 2010 dengan harga RM 4,150. Adakah saya dan isteri layak tuntut pelepasan ini di ruangan D8A dalam Borang BE 2010 masing-masing jika kami memilih taksiran berasingan ? 

Tuan dan isteri layak menuntut pelepasan terhad kepada RM 3,000 seorang. Pelepasan yang dibenarkan kepada tuan adalah RM 2,650 dan isteri RM 3,000. Pelepasan ini dibenarkan sekali dalam setiap 3 tahun bagi setiap individu. 

Saya telah membeli komponen-komponen komputer secara berasingan, contoh CPU, monitor, papan kekunci, tetikus dan lain-lain. Bolehkah saya menuntut pelepasan pembelian komputer di ruangan D9 Borang BE 2010? 

Tuntutan pelepasan pembelian komputer ini hanya boleh dibenarkan jika pembelian secara berasingan ini bertujuan untuk pemasangan satu set lengkap dan pembelian komponen-komponen dibuat dalam tahun asas yang sama. Palmtop tidak dibenarkan. 

***

Saya telah membuat simpanan RM 2,500 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) pada Oktober 2010. Tetapi pada November 2010 pengeluaran sebanyak RM 1,000 telah dibuat. Berapakah jumlah pelepasan yang dibenarkan kepada saya di ruangan D10 Borang BE 2010? 

Pelepasan yang dibenarkan kepada tuan adalah RM 1,500 iaitu (RM2,500 – RM1,000) . Pelepasan juga dibenarkan kepada ibu dan bapa kepada seorang anak yang sama. Pelepasan adalah terhad kepada RM 3,000 setahun seorang bagi setiap ibu atau bapa yang membuat tuntutan.

** Cepat-cepatlah register anak dalam SSPN ye..

***

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikuti Akta Pembangunan Sukan 1997

Apakah yang dimaksudkan dengan Peralatan Sukan? 

Alat-alat yang mempunyai jangka hayat yang singkat seperti bola golf dan bulu tangkis tetapi tidak termasuk pakaian sukan,contoh: pakaian renang dan kasut sukan.

Bagi sukan Fitness – apa-apa peralatan sukan berkaitan dengan aktiviti sukan tersebut adalah layak mendapat potongan di bawah perenggan 46(1)(l) ACP 1967.Peralatan senaman seperti treadmill,exercise bike dan airwalker adalah dibenarkan.

Bagi sukan Recreational – Diving diklasifikasikan sebagai sukan rekreasi, maka peralatan sukan berkaitan aktiviti tersebut layak mendapat potongan kecuali attire dan kasut.

** Sebelum ni, aku ada post pasal pelepasan cukai Peralatan Sukan, dan ini lagi details.

***

Insurans Pendidikan dan Perubatan

Adakah saya layak membuat tuntutan bagi bayaran premium yang dibayar atas nama anak. Jenis polisi adalah pendidikan dan perubatan?

Tuan layak mendapat pelepasan bagi bayaran premium insurans pendidikan atau manfaat perubatan untuk diri sendiri, suami atau isteri dan anak.

** Insurans Pendidikan untuk anak-anak.. untung kat kita juga.


***

Ini saja yang dapat aku share untuk hari ini. Sebenarnya aku nak buat e-filling, try login tak der respond, try call hotline busy.

Hurmm, selamat ber"E-filling" la ye kenkawan semua.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...