Wednesday, January 29, 2014

Wordless Wednesday : Botak

Tuesday, January 28, 2014

Jawapan untuk soalan Astro IPTV #2

***


***

Terima Kasih kepada ARA kerana sudi bertanya.
Jadi aku terpaksa buat satu entri untuknya.


***

Alhamdulillah, setakat ni internet down dan freeze tu boleh kira dengan jari.

Sebenarnya ada solutionnya.

Ini dari pengalaman aku.

Modem internet aku disambungkan dengan STB Astro dan PS3.

Pernah sekali tu internet down.

Aku try power off/on modem pun tak jalan.

Jadi aku call Astro Helpdesk.

cuba punya cuba pun tak jalan.

***

Last last aku dapat idea.

Network adalah bidang kerjaya aku.

Ewahh..

Cara atasinya mudah saja.

1. Cabut cable network yang tidak berkaitan pada modem Maxis. Biarkan cable network yang connected dengan STB Astro.

2. Power off modem Maxis dan STB Astro, selama 10 saat, kemudian on balik.

3. On Astro, kemudian check Setting > IP Diagnostic 
tunggu sehingga (Ethernet Connection Status: Connected) (IP Connection Status: Success)


4. Jika tidak berjaya, boleh cuba power off modem TM selama 10 saat, kemudian on balik.

ikut step no 3.

Selain itu korang boleh test dahulu internet connection pada handphone/tab/laptop/desktop. Jikalau internet tak berfungsi. Ini bermakna internet problem.

Jika semua step dah follow, tapi masih tidak berfungsi, boleh call Astro untuk minta bantuan atau buat laporan.

***

Kalau Freeze / Lagging

1. Tekan butang "back" atau tukar channel lain.

2. Kalau tidak berjaya, power off STB Astro selama 5-10 saat sehingga ada waktu / jam pada STB Astro, kemudian on balik.


***

Bagi yang terlupa bagaimana STB Astro disetup,
boleh layari link I'm on Astro IPTV.


 atas kiri : Modem TM kanan: Modem Maxis
bawah: STB Astro (Setup Box)

***

Bad reviews??

Sebelum aku pasang Astro IPTV.
Aku dah survey dari segi teknologi dan minta pendapat engineer network Maxis.
Sebab tu aku berani ambil risiko.

Manusia memang suka complain, tak semua benda perfect.
Kannn..

Mungkin ada sesetengah tempat yang bermasalah, atau owner tu sendiri bermasalah.

Bagi aku senang, setiap masalah ada solution.

Jadi, berdikari dan bertanya pada pakar bagaimana nak atasinya.

Always Think Positive.

tepuk dada tanya selera.

***

Kalau dulu aku bayar dua bil Astro dan Streamyx 1Mbps boleh cecah RM300

Sekarang dalam satu Bil  Astro bersama internet 10 Mbps, hanya Rm256.

Berbaloi tak??

***


Cara menggunakan Perfume dengan betul untuk lelaki

***

Acapkali aku lalu depan kawan kawan yang kerja di pejabat.
Bau diorang, pergh bukan main menusuk lubang hidungku.
Orang terdekat adalah bapaku sendiri.

Apakah rahsia mereka?
Perfume berkekalan dari pagi hingga ke malam?

Pertama kali aku dapat perfume adalah semasa hari lahirku.
Hugo Boss Bootled (5-6 tahun guna baru habis)

2nd masa hadiah hantaran kahwin
Hugo Boss Night (3 tahun guna still ada lagi)

3rd hadiah Anniversary
Polo Double Black (baru guna sebulan, ntah plak bila nak abis)



***

Akceli aku suka perfume bottle color hitam dan sayang plak nak gunakannya.
Sebab ianya mahal, jadi dulu masa bujang a.k.a bengap
Aku cuma pakai sikit sikit je, takut cepat habis.
Nak bazir duit semata-mata beli perfume.
Baik aku habiskan duit untuk makan makan.

Bleh tak macam tu??

Sekarang baru aku tahu,
Perfume ini adalah satu cara nak attarct orang kat kita.
Wahhh gitu..
Bukan niat nak cari lagi satu.
Cuma ia salah satu cara mudah didekati dan disenangi oleh klien.

ye klien.. bukan ke lain..

Ewah macam aku ni ada ramai customer je..

Ok, at least aku pergi office,
Boss bau kewangian aku,
tak jadi nak marah dan senang nak bagi bonus.

Wehuu..

kesitu plak.

***

Berbalik pada tajuk asal,
Aku rujuk kat wikiHow: apply cologne
tapi di translatekan pada bahasa kampung.

Kat anggota badan mana yang Best kalau kita spray perfume, orang sebelah lalu, harum baunya sampai terkalih kalih tengok kita, wah gitu..?

Menurut sumber yang boleh dipercayai seperti link wikiHow di atas, tempat paling gempak adalah di bahagian Nadi (Pulse Point) atau bahagian bahagian badan anda yang menghasilkan haba badan. Haba tersebut menyebabkan wangian akan terus bau sepanjang hari.
Jika boleh, elakkan menyembur perfurme pada baju/pakaian, ia menyebabkan kerosakan pada baju
dah baunye tak boleh tahan lama.

  • Pergelangan tangan (ini biasa orang buat)
  • Belakang telinga (ini agak luar biasa)
  • Dada   
Tempat terbaik bak hang. aroma baju hang melekat lalu mengeluarkan satu power yang membuatkan wanita/gadis ingin memeluk korang. Kalau ada laki gay nak peluk, baik korang lempang dia laju laju.
  • Leher
Jangan lupa sembur kat leher, Bila perfume bercampur dengan bau semulajadi badan korang, ia mewujudkan bau yang unik. Pasti gadis/wanita kat luar sana rasa nak gigit je leher korang, tapi awas, jangan biarkan mereka jilat, pasti pahit lidah diorang.

***

Setakat ini saja pengongsian ilmu mengenai cara penggunaan perfurme bagi lelaki

Jika anda ada rahsia selain dari di atas,

Mungkin ada blogger wanita sembur perfurme di blindspot yang kita tidak tahu,

Sudi sudikan lah share bersama blogger di bahagian comment dibawah

Selamat berwangi wangian

XOXO

***



Monday, January 27, 2014

Auto-M: Honda Civic Tourer

***



Selain dari mecari kenderaan budget murah ke tempat kerja,
Aku juga rajin survey kereta ala ala MPV.
Ini semua minat si isteri.
I Follow je,

Macam anak ramai je nak bawa MPV kan..
Tapi perjalanan Utara-Selatan, bila tiba musim perayaan.
Memang memerlukan kereta macam ini.

Sekali balik, banyak betul barangnya, 
Macam nak pindah rumah.

***

Ada sekali tu, aku blogwalking, terjumpa satu artikel mengenai Civic Tourer.

Apa kejadahnya Civic Tourer ni?

Civic Tourer ini ala ala Civic biasa, cuma ia di"Wagon/Hatchback"kan. Ketinggian di bahagian boot dinaikkan 1040mm, panjang dibesarkan 235mm, bawah direndahkan 137mm. Ini memberikan keluasan pada boot dan memudahkan pemunggahan barang. Dianggarkan luasan kargo barang sebanyak 624 liter, dan apabila tempat duduk dibahagian belakang diturunkan, keluasan bertambah menjadi 1,668 litter berbanding dengan keluasan Honda CRV 2013 yang hanya mempunyai keluasan maksima 1,146 liter.

Enjinya dilengkapi dengan 1.6-liter i-DTEC (diesel) atau 1.8-liter i-VTEC.


Designnya agak futuristic.

***


Dikhabarkan juga, pada tahun ini Honda Yuasa Racing team akan membawa masuk Civic tourer dalam kejuaraan 2014 MSA British Touring Car Championship.

Ini sedikit sebanyak memberi idea kepada pengguna untuk memodifikasi kereta Civic Tourer mereka.

***

Pada tahun ini juga, di United Kingdom, kereta Civic Tourer ini boleh dilengkapi dengan Driver Assistance Safety Pack. Dianggarkan lebih kurang RM4,200.

Dalam DAS pack ini mempunyai City-Brake Active, Forward Collision Warning, High Beam Support, Traffic Sign Recognition, Blind Spot Information, Lane Departure Warning and Cross Traffic Monitor systems.

Bagi memudahkan pemahaman tentang DAS ini, boleh lah view video dibawah.


Hebat dan Selamat kan.

Sama ada ia mengganggu atau pun tidak.
Kena la install DAS kat kereta

***

Friday, January 24, 2014

Last Minit : Photographer

***

Dah lama aku tak shoot gambar event official.
Selalu aku syok shoot gambar thru handphone je.

Baru kejap tadi dapat tahu kena shoot big event
Annual Dinner For Company.
Esok plak tu.

Dari minggu lepas lagi aku dah email.
tapi diorang tak email untuk confirmation.

Haiya..

Balik ni kena prepare segala gadget.

Harap semuanya berjalan lancar.

***

Salam Jumaat: Surah Al Feel

***


Dengan adanya animasi seperti ini,
Ia sedikit sebanyak memberi kita satu kefahaman jelas tentang maksud dan kejadian
yang terkandung dalam surah ini.

Kita akan merasa seronok, bila fahami maksud tersirat dalam surah surah pendek seperti ini,
apatah lagi bila ianya dibaca dalam solat.

***


Thursday, January 23, 2014

Spontaneous Thursday: Suami Isteri Adalah Segalanya

***

Suami / Isteri adalah segalanya,

Ibu dan Ayah pasti meninggalkan kita suatu hari nanti,

Begitu juga anak anak pabila umur semakin meningkat,

Hanya Suami / Isteri peneman sehidup semati,

Percayalah

***

Maka dengan itu,

Hargailah Suami / Isteri kita.

***

Sentap bila terbaca qoutes sebegini rupa

Ianya terjadi dalam hidup ku sendiri.

Kini, Aku bersama Isteri dan Anak.

Mak Ayah jauh berada di kampung.

Kelak, cik Fe membesar,

 dia juga akan tinggalkan kami



berdua-duan.

***

Wednesday, January 22, 2014

Teller Bank

***

Aku perati je sorang sorang kat kaunter teller ni.
Sorang je yang boleh harap, rajin tekan bell panggil customers. 
Yang lain hampeh, duduk depan kaunter,
Buat buat busy, usik usik kertas, jeling jeling komputer dan borak borak.
Customers tak lah ramai sangat, tapi slow.
Sejam dah aku tunggu nie.

Aku rasa, KPI teller bank kena berlandaskan berapa customers yang diorang serve.
Baru la cepat sikit kerja diorang.
Kalau tak, menunggu la kita selamanya.

***

Wordless Wednesday : GoPro HERO3

***

  

***

Tuesday, January 21, 2014

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia #CMTKPD

***

Buku ini aku ambil masa 3 hari untuk dikhatamkan.
Sesungguhnya, aku dah lama nak beli,
tapi kewangan aku ketika tahun 2011 itu agak meruncing.

Tapi alhamdulillah
Kini ada sedikit ruang lalu aku salurkan sedikit untuk memiliki buku ini.

***

Edisi Pertamax keluaran 2011, 

Aku tahu pasal buku ini dari blog Sokernet.
Blog bola sepak tempatan dan antarabangsa
yang penuh dengan fakta dan sindiran sinis bagi penyokong lawan masing masing.

Kalau pada awalnya, blog itu mencecah 70-90 entri / bulan.
tapi kini ianya agak hambar kurang 10 entri / bulan.
Sama seperti angan angan kita nak Malaysia ke Piala Dunia.
Membara pada awalnya, kini layu jua.

Aku bersangka baik,
mungkin otai otai Sokernet sudahberalih arah ke media sosial yang lain.

Seriously aku rindu blog Sokernet yang dulu.

Setiausaha Agung FAM, Dato' Azzuddin Ahmad juga telah memiliki senaskah.

***

Aku pernah terbaca, Lucy mengatakan bahawa cetakan pertama adalah lebih pedih (18PL) dari segi penulisannya,
manakala edisi berikutnya telah ditapis untuk tutupan (U).

***

Bila aku baca buku ini,
Aku seperti sedang tengok highlight bola,
Dimana highlight tentang bola malaysia beraksi pada tahun 70 / 80 / 90an tak banyak di youtube.
Mungkin koleksi penuh ada dalam arkib RTM/ FAM barangkali.
Nasib ada buku CMTKPD,
Boleh aku berimiginasi sendiri.

 


***

Idea buku ini sangat bagus,
Hampir 3/4 buku ini diselitkan dengan fakta, bagaimana pasukan Malaysia bertungkus lumus beraksi untuk ke Piala Dunia.
Lalu ia disudahi dengan cadangan bernas dari Lucy
tentang penambahbaikan dalam organisasi FAM, Pasukan Malaysia serta Liga tempatan itu sendiri.
Bak kata pepatah,

"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga"

"Melentur buluh, biarlah dari rebungnya."

Sebuah buku yang harus dimiliki dan bukan dipinjam
Wohaa.. gurau je..

Walauapapun, aku rindu zaman Liga Dunhill dulu,
Korang boleh cerita aku tentang Skuad Harimau Kumbang dan pertama kali aku menonton bola di Stadium.

Klik link dibawah ini,
Kenangan Skuad Harimau Kumbang

***

Dalam blog sokernet,
Aku lebih tertarik dengan penulisan Lucy yang berfakta.

dan ada lagi satu penulisan beliau tentang Ekonomi.



ini aku tak sure, dah ada buku ke tak ?

***

Akhir kata,

ada member rekemen buku
Dari Tanjung Malim Ke KLCC
&
Dari KLCC ke Tanjung Malim

Insyallah, kalau dapat bonus nanti aku beli.

Jikalau korang ada buku buku rare.
Boleh la share tajuk buku tu dekat aku, plisss
Kalau best, apa salahnya aku beli.

Mohon ye, jangan rekemen novel cinta plak.
Aku dah cukup tua untuk semua itu.

Wehuu..


Membaca itu Jambatan ilmu,

XOXO

***

Monday, January 20, 2014

Auto-M: Renault Twizy

***



Sapa pernah tengok Renault Twizy kat atas jalan Malaysia,
taip kat comment say "Hey"

Twizy ini adalah kenderaan yang menggunakan Elektrik Motor,
Panjangnya 2.34m, Lebarnya 1.24M, Tingginya 1.45M.
Ada beberapa jenis Versi Twizy dan paling laju ia boleh pergi (80kph)
Tak payah pikir nak isi minyak,
Tapi leceh nak parking untuk charge kereta.
Kat Malaysia, aku perasan kat KLCC ada satu tempat charge kereta.
Tapi bila fikir balik, tarif elektrik pun dah naik.
Macam tak berbaloi la plak.

Haihs..

***

Pada entri sebelum ini, aku pernah terfikir nak beli motor untuk pergi kerja.
Ini semua gara gara kenaikkan harga minyak.
Dari Scooter sampai ke Scrambler aku dah survey.
itu belum aku tulis entri pasal Spyder.

Kenapa aku suka kereta ni?
Sebenarnya, aku tak pandai atau penakut bawa motor kat Highway.
Apatah lagi ulang alik Cyberjaya-Shah Alam lebih kurang 80-90km jaraknya pergi balik.
Bila bawa motor, risikonya tinggi, biarpun ia adalah salah satu cara aku boleh berjimat.

Dengan adanya kereta ini,
Ia seperti scoot-ta [scooter + kereta]
Cuma ianya berbumbung dan ada 4 tayar.
Kira selamat la juga.

Andai kata,
Aku beli kereta Twizy ni, sampai saja kat tol, aku lari ikut laluan motor
At least save banyak kat tol.
Boleh tak kalau macam tu?

Haihss, again

Belum apa apa lagi, niat dah lari.

***

Cuba layan video Vetel kat bawah tu. selambar je dia ikut laluan motor.


Kalau aku dapat Twizy versi F1 nie,
Pergh memang mengancam.

Tetapi,

Hakikatnya kalau Twizy yang biasa biasa saja,
Boleh tengok video kat bawah dari Fifth Gear.



Ala tomey tomey.

***

Sampai disini saja hasil nukilan

Seorang blogger yang masih tercari cari kenderaan budget murah ke Opis.

XOXO

***

Friday, January 17, 2014

Salam Jumaat : Sujud

***


***

Usahlah semasa susah, kita sujud padaNya.
Biarlah walau dalam keadaan macam mana sekalipun,
Senang dan Susah
kita tetap teguh bersamaNya.

Insyallah.

***

Sungguh banyak pending post dalam blog nie.

Nak auto publish, tapi isinya belum ada.

Masih tercari cari ruang kosong dalam waktu ku

Salam Jumaat

***



Thursday, January 16, 2014

Spontaneous Thursday : Rebate RM40 Astro

***

Aku tengok iklan ni macam menarik, Bil astro pun tak bayar lagi ni.
Better aku call untuk confirmkan betul betul.

Aku:1300-82-3838 option 1 (Bahasa), then 2 (Bill), then 3 (lain lain).

Helpdesk: Saya .... boleh saya bantu.

Aku: Ok macam nie, saya..., just nak tanya, rebate visa macam mana programnya, adakah rebatenya setiap bulan atau sebaliknya.

Helpdesk: Tidak encik, rebatenye hanya sebulan, bulan berikutnya, bil seperti jumlah biasa.

Aku: Oh ye ka, tak pe la kalau macam tu. terima kasih.

Helpdesk:  Ada lagi soalan yang boleh saya bantu.

Aku: Nope, tq.

Conversation yang ringkas dan padat.
call tak sampai 5 minit dah dapat jawapan.

Andai kata Astro adakan rebate rm40 tiap tiap bulan,
Sah sah aku buat auto debit visa card.

***

Wednesday, January 15, 2014

Wordless Wednesday : Busy

***

 ***


Friday, January 3, 2014

Samsung Display Glass Technology

***
Hi-tech

Sekarang, bila semua ada smart phone,
aku perati halus halus orang sekeliling,
masa berjalan tengok handphone, time meeting tengok handphone,
masa driving tengok handphone, bila makan tengok handphone,
 time dalam toilet pun sempat lagi tengok handphone

laki bini, anak, sepupu, mak, ayah, nenek atok lani semua mengadap handphone.  

Betul tak?

Itu baru handphone, kalau ada technology Display Glass.
 


 Andai kata ini terjadi,
Aku kena cari jalan macam mana nak jadi tokey cermin.
boleh aku supply kat diorang buat technology nie.

lepas nie kurang manusia manusia ini mengadap handphone,
semua orang beralih kepada mengadap cermin plak.

selamat ber-tek-no-lo-gi,

XOXO

Last but not least,

Jangan sesekali kita lalai untuk mengadap

Allah yang Maha Esa.

***

Thursday, January 2, 2014

Kenaikkan lubang kerusi harus dilaksanakan dengan kadar segera

***

Memetik dari enri blog dibawah
Eh! Apasal Ramai Yang Tersepit Kat Sekolah Hari Ni? - Zamani Abe

 

 Ye memang banyak gambar yang dipost di Fb mahupun whatsapp.
 
 Mungkin in trend 2014 

***

Maka dengan itu,

Alkisah ingin sarankan pada pihak tertentu, supaya ada kenaikkan lubang kerusi pada setiap kerusi di sekolah.

Kalau tak suka dengan kenaikkan lubang kerusi ini, jangan duduk atas kerusi, duduk saja atas lantai.
 
sekian,

XOXO

***

Spontaneous Thursday: Jom taip nama sendiri kat google


***

Tatkala Change Freeze kat opis aku ni selama sebulan,
Maka dengan itu, ada ruang untuk aku update blog.

Hahaha

Kalau tak, jangan harap nak tulis entri mahupun blogwalking

***
Setelah 2 bulan busy setup kindegarten,
Hari ini budak budak dah masuk sekolah
Aku harap semuanya berjalan dengan lancar.
Insyallah.

***

Oraite, bila tiba tahap bosan yang melampau,

jom kita taip nama sendiri kat Google.

Kita tengok apa yag keluar?

saedramadhan

actually nama aku Saed Ramadhan.

Utara Selatan - Ini blog aku

Linkedln - resume aku.. hehe kalau nak offer aku kerja, boleh lah boleh korang review kat situ.

NetworkBlogs - Ini dalam FB, dah lama tak tengok pun.

Fotopages - Haha..gambar gambar masa aku baru belajar fotografi, bila tengok balik.. macam haram gambar gambar tu. Disarankan korang jangan visit page tu lagi, tak update dah. nanti korang muntah hijau bila tengok gambar kat situ.

Flickr - Ini pun lama tak update..dammed

FB - Itu aku dah deactivate, hehehe kalau nak add, please add Alkisah Ed.

Twitter: Mohon ye tuan puan, ini bukan aku punya, agak terkejut juga bila aku tengok nama twitter ni.
sebab nama aku kan agak rare..
Kononnya la..


Alhamdulillah, sejuk aku tengok gambar budak nie,
 Aku berharap dan doakan beliau akan menjadi insan yang berguna pada agama.
seperti Sheikh Mohamed Said Ramadan Al-Bouti
Insyallah

***
Kalau korang salah taip Saad Ramadhan,

google akan paparkan gambar penyanyi arab

Hensem dan macho terliur.. bak hang..
 
Seriously ini juga bukan aku.

Hahaha

Kalau korang nak anggap itu aku,
Terpulanglah.. I okey only..

***

Wednesday, January 1, 2014

Syiok Kerja masa New Year

***

Takkala orang bercuti, beli barangan sekolah anak anak, sibuk balik ke bandar dari kampung,
Berehat selepas berparti malam semalam dan seterika baju sebab esok nak kerja.

Aku plak kerja hari ini.

Syiok wei..

Kerja tak banyak,

Whole world sedang bercuti.

No user and network problem.

datang kerja, dapat elaun.

Walahhh..

Kalau boring boleh pi main xbox / pool.

Havoc..


***

Wordless Wednesday - Happy New Year 2014

***

***
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...