***
Baru baru ini Alkisah ada terima sepucuk surat dari Astro dan Bill Air. Alkisah tenung bil Air dulu.
Macam biasa, tak payah bayar. Semenjak Alkisah berpindah di Sungai Buloh ini, tak pernah sekali pun Alkisah bayar bil air. Bil sampai asyik RM0.00.
"Bayaran Air 20m3 Pertama dibiayai oleh Kerajaan Negari Selangor." - Thanks
Harap ia berterusan macam ini, tak kira siapa yang memerintah
***
Lepas tengok bil air, Alkisah senyum.
Jadi sekarang Alkisah buka pula bil Astro. Tapi kali ini lain sikit, Astro tak bagi bil tapi dia tulis surat.
Nama Alkisah blaa blaa blaa
9 Jun 2011 blaa blaa blaa
Perubahan ke atasa langganan astro anda blaa blaa blaa
Terima kasih.. blaa blaa blaa
Berbesar hati.. blaa blaa blaa
Aspirasi... blaa blaa blaa
Dukacita..
Haihs ni yang tak suka baca bila Astro berduka nie..
Dukacita blaa blaa blaa
Akibat tekanan kos.. blaa blaa blaa
Harga langganan baru anda... blaa blaa blaa
Ni yang buat Alkisah nak start calculate.
Pakej semasa : MUS, 1 MINI, SPT
Harga Semasa : 79.90
Harga Baru : 87.90
Naik 8 hinggit tu..
Ada lagi Astro tulis ni
Astro Super Packs blaa blaa blaa
- Pakej Astro Box Office Tayangan Hebat dan Mustika
- Astro Famili, Sukan, Filem dan 3 pilihan pek mini (Pendidikan, Kanak Kanak, Berita, Variasi)
- Perkhidmatan HD dan rakaman
Super Pack 1 blaa blaa blaa RM125..
Penjimatan blaa blaa blaa RM 45.85
Kami harap anda akan teruja blaa blaa blaa
Yang Benar blaa blaa blaa
***
Jadi Alkisah nak balas surat Peminat ni
Duhai Astro,
Terima Kasih kerana menghiburkan kami sekeluarga dengan intisari rancangan yang berguna, berilmiah, berlawak, bersukan, berkartun dan macam macam ber lagi. Aspirasi kami juga mahu menonton rancangan astro yang terbaik dan terkini
Alhamdulillah, pihak Astro mengekalkan Pek Famili pada harga RM37.95. Bab dukacita pihak astro akibat tekanan kos yang berterusan, kami sebagai rakyat Malaysia sentiasa memahaminya. Pihak astro harus teliti juga tekanan kos berterusan rakyat Malaysia. Anda, pekerja Astro juga rakyat Malaysia, pasti akan merasakan kenaikan harga petrol, gula dan sebagainya, tetapi anda, pekerja Astro tidak akan merasa kenaikan harga bil Astro kerana seorang pekerja Astro dapat melanggan Astro dengan percuma (correct me if i'm wrong). Disitu anda, pekerja Astro tidak akan merasa beban seperti rakyat Malaysia yang lain untuk membayar bil setiap bulan.
Adakah Astro masih tidak untung dengan program realiti AF, Rajalawak, Maharajalawak yang dikatakan untung berlipat kali ganda (correct me if i'm wrong)? Adakah dengan keuntungan itu masih tidak dapat membiayai kos tekanan itu?
Mengenai Astro Super Packs, Pakej ini memang murah dan terbaik. Akan tetapi harganya yang RM125 masih tinggi bagi rakyat Malaysia. Mungkin hanya segelintir saja yang mampu memilikinya. Bagi saya, ia belum jadi keperluan dalam hidup ini, saya tidak ada tv HD, jadi ia akan merugikan saya, kecuali pihak Astro dapat menghadiahkan satu tv Full HD berjenama Panasonic Viera 42 inci kepada saya. Mungkin ini akan membuat saya berfikir 2 kali untuk melanggan Astro Super Packs
Jadi kesimpulan dari surat ini, saya akan membayar bil Astro dengan harga semasa kerana kabinet tak meluluskannya tarif baru ini lagi. Harap Maklum.
Yang Benar
Alkisah
***
PETALING JAYA: Notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
“Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka,” katanya.
Astro perlu mendapat kelulusan dari SKMM sebelum menaikkan harga perkhidmatan saluran televisyen berbayar mereka, kata Rais.
***
2011/07/01
KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.
"Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA
***
10 Blogger kasi response. .
xdak option, nak x nak kena bayar gk.. kl tak tgk tv1-9 ja lah..
ReplyJadual Perlawanan Copa America 2011 di Astro
lame2 makin mahal lak
Replyahahaha , surat untuk astro ?
Replyagak2 sape yg bace ? ;)
hehe..mmg cekik darah tapi macam Fikri Rais kate..tak bayar..tgk TV1-9 jer la...
Replyaishhh astro macam2 hal. haha :))
ReplyFikri : yes bayar tetap bayar, tapi bayar harga macam biasa laa.
ReplyEzan : besa laa, benda2 service ni yang selalu akan naik..
Nawal : cik adik nawal baca.. hehe
G-bum : biasa laa bro.. nak buat guano.. kita yang tersepit di arus perdana.
Farra : hehe tagline baru astro, dulu Macam Macam Ada, sekarang, Macam Macam Hal.. hehe nice..
umah sy da tinggal periuk astro je...
ReplyRaden : Lor nape tinggal periuk astro je? mana lauk pauk nya..
Replynasib umah meaw tade piring setero,kalau dak ,haha...jenuh nak bayooo..... astro sekarang makan duit banyak,huhu..kualiti tak terjaga pon..
Replymeaw : keke kalau tak de ok laa tu..
ReplyPost a Comment
Cer komen skit..