Showing posts with label Astro. Show all posts
Showing posts with label Astro. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Fear Factor Malaysia Bersama Aaron Aziz

***


Fear Factor Malaysia bersama abang Aaron Aziz

dan korang nak menang hadiah hadiah lumayan berupa


Grand Prize
Apple MacBook Pro 13-inch 2.9GHz AND RM1,500 Cash

1st Runner Up 
Canon EOS 650D kit (EFS 18-55 IS II)

2nd Runner Up 
The New Apple iPad 64GB

Best Buzz Blogger
Apple iPad 2 AND RM1,000 Cash

Wow
Chaner nak menang?

1. Write a blog post and tell us “What your biggest fear is and how it affects your life?”
2. Mention about Astro’s Fear Factor Malaysia and share with us your thoughts for this season (exp. Who will win? Who’s your favourite artist? Etc).
3. Include the tagline “Fear Factor House – Is your chance to experience Fear Factor live!”
4. Once you’re done with the blog post, kindly fill in the details in the form at http://blog.nuffnang.com.my/2012/11/21/dominate-your-fears-at-astros-fear-factor-house/
5. 30 of the most interesting entries would be chosen to participate in the Fear Factor House challenge! 
6. Deadline to submit your entry is 5.00pm, 9 December 2012 (Sunday)

TERMS & CONDITIONS:
1. This contest is open to Glitterati Nuffnangers and NuffnangX users only.
2. Judges’ decisions on the selection of participants are FINAL.
3. Blog post entries can be submitted in both English OR Malay.
4. One entry entitles the participation of one participant only.

***

Friday, July 13, 2012

Insidious

***

Korang pernah tengok tak cerita seram Insidious ?



Indious adalah filem seram psikologi yang ditulis oleh di Leigh Whannell, diarahkan oleh James Wan, dan dibintangi oleh Patrick Wilson, Rose Byrne, Lin Shaye, dan Barbara Hershey. 

Cerita seram ini mengisahkan mengenai pasangan Josh dan Renai berpindah ke rumah baru, bersama 3 orang anaknya. Suatu hari, Dalton salah seorang anaknya terdengar sesuatu di atas lonteng rumah baru itu, lalu menyiasat secara sendirian. Beliau terlihat sesuatu yang menakutkan lalu jatuh apabila tangga yang dipanjatnya itu patah. Keesokan harinya, Dalton tidak sedar dari tidur. Josh dan Renai membawanya ke hospital dan Doktor mengatakan, dia dalam keadaan koma yang misteri.

So kalau korang rasa nak try tengok movie nie. korang boleh tengok jadual astro, Alkisah dah tengok movie nie semalam.


Insidious
When tragedy strikes their young son, Josh and Renai begin to experience horrific things that science cannot explain. Starring Patrick Wilson and Rose Byrne.
Classification
18
Genre
Movie, Drama
Sub Genre
HORROR
Running Time
105 minutes
Currently showing on
FOX Movies Premium HD
Discover packages
  • High Definition Services

Showing times

WhenChannel
13 Jul 5:00 amFOX Movies Premium HD
15 Jul 1:30 amFOX Movies Premium HD
16 Jul 8:15 pmFOX Movies Premium HD
17 Jul 3:55 amFOX Movies Premium HD
20 Jul 12:15 amFOX Movies Premium HD
13 Jul 5:00 amFOX Movies Premium
15 Jul 1:30 amFOX Movies Premium
16 Jul 8:15 pmFOX Movies Premium
17 Jul 3:55 amFOX Movies Premium
20 Jul 12:15 amFOX Movies Premium



Friday, April 27, 2012

Astro open 130 Channels for Free

***


Mulai 27 April - 6 Mei 2012

Astro buka 130 Channels untuk semua pelanggannya

Apa lagi.

Alkisah pun layan la movie puas puas

Bagi Sofea tengok kartun kaw kaw

Layan Animal Planet

Belajar ketamadunan manusia

Waduh waduh..

macam sempat je nak layan semua tu dalam masa seminggu

walau apapun..

Tahniah Astro

bulan depan buat lagi..

Cheers!!

***

Friday, July 1, 2011

Astro Oh Astro

***

Baru baru ini Alkisah ada terima sepucuk surat dari Astro dan Bill Air. Alkisah tenung bil Air dulu.

Macam biasa, tak payah bayar. Semenjak Alkisah berpindah di Sungai Buloh ini, tak pernah sekali pun Alkisah bayar bil air. Bil sampai asyik RM0.00.

"Bayaran Air 20m3 Pertama dibiayai oleh Kerajaan Negari Selangor." - Thanks

Harap ia berterusan macam ini, tak kira siapa yang memerintah

***

Lepas tengok bil air, Alkisah senyum.

Jadi sekarang Alkisah buka pula bil Astro. Tapi kali ini lain sikit, Astro tak bagi bil tapi dia tulis surat.

Nama Alkisah blaa blaa blaa

9 Jun 2011 blaa blaa blaa
Perubahan ke atasa langganan astro anda blaa blaa blaa

Terima kasih.. blaa blaa blaa

Berbesar hati.. blaa blaa blaa

Aspirasi... blaa blaa blaa

Dukacita..

Haihs ni yang tak suka baca bila Astro berduka nie..

Dukacita blaa blaa blaa

Akibat tekanan kos.. blaa blaa blaa

Harga langganan baru anda... blaa blaa blaa

Ni yang buat Alkisah nak start calculate.

Pakej semasa : MUS, 1 MINI, SPT
Harga Semasa : 79.90
Harga Baru : 87.90

Naik 8 hinggit tu..

Ada lagi Astro tulis ni

Astro Super Packs blaa blaa blaa

  • Pakej Astro Box Office Tayangan Hebat dan Mustika
  • Astro Famili, Sukan, Filem dan 3 pilihan pek mini (Pendidikan, Kanak Kanak, Berita, Variasi)
  • Perkhidmatan HD dan rakaman
Super Pack 1 blaa blaa blaa RM125..

Penjimatan blaa blaa blaa RM 45.85

Kami harap anda akan teruja blaa blaa blaa

Yang Benar blaa blaa blaa

***

Jadi Alkisah nak balas surat Peminat ni


Duhai Astro,

Terima Kasih kerana menghiburkan kami sekeluarga dengan intisari rancangan yang berguna, berilmiah, berlawak, bersukan, berkartun dan macam macam ber lagi. Aspirasi kami juga mahu menonton rancangan astro yang terbaik dan terkini

Alhamdulillah, pihak Astro mengekalkan Pek Famili pada harga RM37.95. Bab dukacita pihak astro akibat tekanan kos yang berterusan, kami sebagai rakyat Malaysia sentiasa memahaminya. Pihak astro harus teliti juga tekanan kos berterusan rakyat Malaysia. Anda, pekerja Astro juga rakyat Malaysia, pasti akan merasakan kenaikan harga petrol, gula dan sebagainya, tetapi anda, pekerja Astro tidak akan merasa kenaikan harga bil Astro kerana seorang pekerja Astro dapat melanggan Astro dengan percuma (correct me if i'm wrong). Disitu anda, pekerja Astro tidak akan merasa beban seperti rakyat Malaysia yang lain untuk membayar bil setiap bulan.

Adakah Astro masih tidak untung dengan program realiti AF, Rajalawak, Maharajalawak yang dikatakan untung berlipat kali ganda (correct me if i'm wrong)? Adakah dengan keuntungan itu masih tidak dapat membiayai kos tekanan itu?

Mengenai Astro Super Packs, Pakej ini memang murah dan terbaik. Akan tetapi harganya yang RM125 masih tinggi bagi rakyat Malaysia. Mungkin hanya segelintir saja yang mampu memilikinya. Bagi saya, ia belum jadi keperluan dalam hidup ini, saya tidak ada tv HD, jadi ia akan merugikan saya, kecuali pihak Astro dapat menghadiahkan satu tv Full HD berjenama Panasonic Viera 42 inci kepada saya. Mungkin ini akan membuat saya berfikir 2 kali untuk melanggan Astro Super Packs

Jadi kesimpulan dari surat ini, saya akan membayar bil Astro dengan harga semasa kerana kabinet tak meluluskannya tarif baru ini lagi. Harap Maklum.

Yang Benar

Alkisah

***

PETALING JAYA: Notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

“Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka,” katanya.

Astro perlu mendapat kelulusan dari SKMM sebelum menaikkan harga perkhidmatan saluran televisyen berbayar mereka, kata Rais.

***

KABINET TIDAK LULUSKAN PERMOHONAN ASTRO NAIKKAN TARIF PERKHIDMATAN

2011/07/01

KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, isu tarif itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini, hari ini. - BERNAMA

***




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...