Wednesday, July 20, 2011

Arsenal ViSit Malaysia

***

Akhirnya Team Bola Sepak Liga Inggeris Kegemaran Alkisah datang juga ke Malaysia

Tanah Tumpah Darahku






Highlight Arsenal ViSit Malaysia
Alkisah anggap Arsenal datang hanya untuk sessi memanaskan badan, berjumpa peminat, beriadah di Asia, terutamanya Malaysia.


Apa kata Alkisah?

1st of All, haruslah seronok bila dapat berjumpa dengan player player yang selalu tengok kat tv, tapi kali ini dapat jumpa dengan lebih dekat. Terutamanya Van Persie. hehe

Apa yang penting, Alkisah dapat tengok "The Arsenal Way" punya taktikal. 1st Half memang Arsenal memang menggunakan sepenuhnya taktikal kelajuan, dimana Ryo dan Walcott bermain sebagai winger. Ternyata Ryo tidak menghampakan peminat di Malaysia, dan mungkin dia boleh jadi the next Star.

2nd half memang totally Arsenal Way dimana bola banyak berlegar legar, passing kiri dan kanan dan thru pass dapat disaksikan oleh penonton dan peminat.

Kemasukkan Van Persie, Nasri, Arshavin dan Sagna, lagi menghangatkan stadium Bukit Jalil. Ternyata Alkisah berpuas hati. Lepas ini target ke Emirates Stadium.

Kekecewaan terasa bila Alkisah tak dapat ke Airport dan 'Meet and Greet' session di Hotel, kalau nak diikutkan hati memang Alkisah nak redah saja, semangat ketika itu memang dah berkobar kobar tetapi disebabkan beberapa faktor, Alkisah terpaksa melupakannya.

Jeles tengok Zafirah bila dapat semua tu tapi Alkisah tak kisah, semangat dia dan bf dia sangat tinggi. Salute you all.. Alkisah patut follow you all je selama 3 hari tu. hehe.. but its okay, tak der rezeki..

***

Isu Patriotik?

Sepatutnya tak timbul isu ini, Kenapa harus dipersalahkan dan dipersoalkan kepada fans Arsenal kerana memakai jersey kelab ketika perlawanan 13 July. Kenapa soalan itu tidak timbul apabila fans Man Utd dahulunya datang berpakaian Jersey Merah penuh satu stadium, begitu juga dengan fans Chelsea penuh Jersey Biru, ketika team kesayangan mereka datang ke Malaysia. Adakah mereka Patriotik?

Alkisah hangin betui bila Panas.FM membangkitkan isu ini, Memang diorang bikin panas.

Ditambah pula ada sorang mamat call cakap, nanti mamat tu pergi tengok bola 21 july, mamat tu nak pakai jersey Malaysia, walaupun dia sokong kelab berkenaan. Mamat itu tambah lagi, 'Jumud' kepada fans yang datang pakai jersey kelab apabila team kelab kesayangan mereka menentang team Malaysia.

Wah like like him dia bersuara,

Disebabkan di negara Demokrasi ini, kita bebas bersuara kan.

Ni nak Habaq mai, tak payah nak jumud jumud sangaaaat, semua fans sama ja, Majoriti pakai baju kelab, kalau tak percaya, tengok 21 July ni, ramai fans pakai baju biru. Hang Jumud la fans Hang sendiri.

Kalau Hang nak pakai jersey Malaysia, lantak Hang la, tiada paksaan dalam pemakaian dalam stadium itu nanti.

Yang penting I.C kita Malaysia, Hati Malaysia, 1Malaysia

Bukannya pakai jersey kelab bermakna kitaorang tak sokong Malaysia, bila Malaysia score atau attack, ramai rakyat Malaysia bagi sokongan.

Ini friendly pre-season game, bukan permainan sebenar. Relaks relaks sudah, tak perlu kecoh kecoh dengan isu patriotik.

Nak Patriotik sangaaattt, 28 July turun stadium pakai jersey Malaysia, tengok game Malaysia vs Singapore, lebih penting dari friendly pre-season. Kalau ada rakyat Malaysia pakai jersey Singapore masa tu, baru boleh korang boleh timbulkan isu ini, Ada Faham?

Adios Amigos

***



5 Blogger kasi response. .

Unknown Author
July 20, 2011 at 10:43 AM

oo fan arsenal! hehe

Reply
Unknown Author
July 20, 2011 at 11:44 AM

marah kat chelsea nampak...kehkehkeh

Reply
Sofea Author
July 20, 2011 at 4:40 PM

ezan : Baru tau ke.. hehe

G-bum : Buat apa marah kat Chelsea, bukan diorang yang salah, hanya segelintir peminat bola kat malaysia suka berfikiran negatif.. relaks2 sudah..

Reply
Nadira R Author
July 20, 2011 at 8:31 PM

betul2..sngt sokong pasal isu pakai baju club .and poyo je org yg nak besar2 kan isu patriotik..kite dah mmg malaysian kot..muka malaysian darah malaysian..wearing club's shirt doesnt makes us less malaysian lah..nyampah..

suke ayat ni
"Ni nak Habaq mai, tak payah nak jumud jumud sangaaaat," hehehehe
(^_^)

Reply
Sofea Author
July 21, 2011 at 9:52 AM

missnadira : hehe tu laa pasal.. :D sangaatttt hehe

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...