Wednesday, July 6, 2011

Jiaozhou Bay Bridge

***


The Jiaozhou Bay Bridge dibuka pada 30 jun 2001. Ia adalah salah satu jambatan yang terpanjang di dunia yang terletak di wilayah Shandong di timur China. Ia merentasi Teluk Jiaozhou dan menghubungkan Daerah Huangdao, bandaraya Qingdao dan Pulau Hongdao. Jambatan ini mengurangkan jarak perjalanan antara Qingdao dan Huangdao. Panjangnya 42.5 kilometers. dengan itu Guinness World Records mengiktirafnya sebagai jambatan terpanjang di atas perairan di dunia pada Julai 2011. Jambatan ini dan Terowong Qing-Huang dirancang dan dibina bersama sebagai Projek Perhubungan Teluk Jiaozhou.

Jambatan ini memakan masa empat tahun untuk siap. 450,000 tan keluli dan 2.3 juta meter padu konkrit digunakan dalam pembinaan jambatan ini yang direka bentuk oleh Shandong Gaosu Group. Ia direka supaya mampu menahan bencana yang kuat seperti gempa bumi, ribut taufan dan pelanggaran kapal. Jambatan ini disokong oleh lebih 5,000 batang tiang, berlebar 35 meter, merangkumi enam lorong dan dua bahu jalan, dan menelan perbelanjaan RM 4.7 bilion.

Terowong Qing-Huang turut dibuka kepada awam pada hari yang sama jambatan dibuka. Ia juga merentasi Teluk Jiaozhou dan juga menghubungkan Daerah Huangdao dan bandaraya Qingdao, di antara muara yang sempit dalam teluk yang seluas 6.17 kilometers. Panjang terowong itu ialah kira kira 9.47 kilometer.

Pada masa pembukaannya, timbulnya pertikaian di Amerika Syarikat terhadap gelaran "jambatan terpanjang di atas perairan". Pemegang rekod asal, iaitu Tambak Tasik Pontchartrain di Louisiana selatan, tidak setuju dengan Guinness dan masih menganggap dirinya sebagai yang terpanjang. Tuntutan ini dibuat dengan menakrifkan gelaran mengikut tafsiran sendiri, iaitu berapa panjang jambatan yang betul-betul berada di atas perairan, dengan hujah bahawa Jambatan Teluk Jiaozhou berada di atas air selama 25.5 kilometers padahal Tambak Tasik Pontchartrain menyeberangi perairan selama 38 kilometers. Bagaimanapun, angka 25.5 kilometer itu dibuat oleh seorang wakil Tambak Tasik Pontchartrain dan kaedah yang digunakan untuk mendapat angka itu tidak dinyatakan, misalnya, Jambatan Teluk Jiaozhou merupakan struktur kompleks dengan beberapa tanjakan yang menganjur secara bebas (sebagai jambatan berasingan) untuk jarak jauh di atas perairan terbuka, dan lengkung-lengkung jambatan yang menambahkan jaraknya - tidak diketahui sama ada ini diambil kira dalam angka 25.5km Pontchartrain itu.

sumber : wi-ki-pe-diaa

Please click Jiaozhou for more pictures
***

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...