Sunday, July 18, 2010

Rezeki

***

Alhamdulillah segala puji puji bagi Allah. Kenyang betul aku makan hari ini. Makan malam aku di restoran Suraya, Kampung Baru sangat la masyuk. Walaupun aku terpaksa menunggu giliran untuk berebut tempat duduk tapi aku sangat puas hati dengan servis dan masakan dia. Menu utama makan malam aku adalah kerang bakar sebagai appertizer, nasi goreng pattaya sebagai heavy weight food, air milo suam dan di sudahi dengan pulut mangga sebagai pencuci mulut. Tak payah nak pergi sinki cuci mulut lagi dah. Memang terbaek.

Kalau korang pernah jumpa aku, korang mesti tak percaya. Aku ini kurus je, tetapi kalau bab makan, aku makan bersungguh sungguh. Kadar metobolisme aku memang tinggi. Badan aku susah sikit nak naik. Jadi kalau korang rasa dan teringin nak belanja aku, Halo halo halo saja aku.

Alhamdulillah segala puji puji bagi Allah. Rezeki aku pada bulan ini mencurah curah. Rezeki terbaru yang aku dapat adalah tiket wayang percuma dari Nuffnang. Peraduan yang aku masuk secara suka suka dan tak budget dapat, akhirnya berhasil dengan 2 keping tiket wayang percuma cerita The Sorcerers Apprentice. Pertandingannya agak mudah. Apa yang penting kita perlu kreatif mereka cerita dari tajuk "I Wanna Be The Sorcerecs Apprentice". Bab bab mereka cipta cerita cerita merepek memang aku suka. Angan angan aku memang nak jadi pengarah filem. Memandangkan terlampau ramai pengarah yang berbakat di Malaysia ini dan juga budget yang terhad, aku terpaksa melupakan sejenak cita cita besar itu.

Apa yang penting sekarang ini, aku ingin menonton cerita SALT secara percuma. Sama seperti perenggan diatas. Nuffnang ada buat pertandingan "What if I'm a Russian Spy". Selain dapat 2 tiket wayang secara percuma, pertandingan kali ini lebih menarik kerana ada hadiah yang ditawarkan jikalau rekacipta cerita itu sempoi. Aku dengan tanpa segan silu mengeluarkan idea idea imiginasi dalam kepala hotak aku yang bersamaan karangan bahasa melayu sangskrit langit ke tujuh, aku start menulis lalu submit link aku dekat blog Nuffnang. Harapan aku tidaklah setinggi gunung Everest, cukup sekadar memenangi tiket percuma pun tidak mengapa, tetapi kalau rezeki nak memenangi hadiah camera Sony HD Bloggie, apa salahnya.

Lepas nie aku nak try HOTFM masyuk plak la. Untung untung dapat Rm1000. Kalau ada rezeki tak ke mana kan. Apa yang penting kita kena berusaha.

***


Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...