Monday, July 12, 2010

Hari Minggu

***

Hari minggu ini tak macam hari minggu biasa yang aku lalui. Minggu ini PAMA aku datang Key Ell atas urusan pembelian barang barang hantaran untuk hari perkahwinan aku dan kakak aku. Bayangkan 2 hari kami pergi Jalan TAR, lenguh juga lutut aku ini. Patut orang sebelum kahwin kena pergi mengurut kaki. Aku memikir sambil mengusap usap dagu. So far yang tak berapa nak jauh, aku dah plan sikit sikit apa yang harus aku beli. Checklist aku sudah ada, cuma ada beberapa isu yang perlu aku selesaikan dahulu.

Lunch semalam memang terbaek. Kami sekeluarga bersama bakal bakal keluarga pergi mencuba nasi arab dekat Al-Rawsha, Ampang. Tempat ini memang famous bagi pengemar pengemar makanan dari timur tengah. Aku macam biasa, hidangan terbaek adalah Lamb Kabsa bersama Manggo Juice. Memang arabian habis. Rasa macam nak menari gelek-gelek.

Selepas makan tenghari, Aku mulakan pencarian yang penuh seksi. Dari Pavi sampai The Curve mencari handbag GUESS , tapi tak ada yang menarik minat si tunang aku ini. Lalu aku beritahu dia.

Ed: You...., I kasi tong gas sebagai hantaran nak tak?

Apa lagi. Muncung panjang terus. Susah sangat nak cari handbag Guess. Semua yang ada tak berkenan dihatinya. Cari punya cari, ada plak sales girl yang murni hati menyuruh kami bersabar. Sales girl tu cakap, maybe ada sales dalam masa terdekat. So apa lagi, kami tak jadi beli. Kami memilih untuk bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Lagi separuh, selamat duit aku sebab tak payah beli handbag tu lagi.

Pada malam hari pula, aku bercadang untuk melepakkan diri sambil menonton perlawanan German menentang Uruguay, tetapi cadangan aku itu ditutup oleh mata aku sendiri. Walauapapun, Tahniah buat German dan juga jurulatihnya Joachim Loew.

"Ik hou van je stijl"

detik hatiku: mafla kau tetap dihatiku


***

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...