Monday, July 5, 2010

What If I’m a Russian Spy

***

Nama aku Edsharvin berasal dari Moscow. Kerja aku hanya penjual hotdog ditepi jalan bandaraya Russia. Tiada siapa tahu bahawasanya aku seorang pengintip. Sambil memandang kiri dan kanan aku berkata "Bukan mengintip tingkap bilik mandi tau". Setakat bunuh membunuh, tiada masalah bagi aku, apatah lagi kalau nak masak 2 hotdog dalam masa yang sama selama 1 minit. Itulah pencapaian aku dalam dunia perniagaan yang agak membanggakan.

Ramai orang disini suka dan sanggup menunggu selama sejam dan ada pula sanggup order melalui laman web sosial semata mata untuk merasa kenikmatan hotdog yang dimasak oleh aku. Setiap pagi aku akan bangun lambat.

Aku akan memulakan perniagaan pada pukul 12 tengahari. Memang mengikut cakap orang tua tua, rezeki susah nak masuk kalau bangun lambat. Tapi bagi aku, ini cuma mengaburi pihak musuh dari mengenali identiti sebenar diri aku, dan sambil sambil itu aku boleh mencuci mata melihat cikaro cikaro Russia yang tak berapa boleh handle macam model bawah ini.


Anna Kournikova..i like..

Kringg kringg

Tiba tiba kasut aku bergegar lantas aku meninggalkan booth hotdog lalu aku pergi ke tandas. Setibanya aku di dalam tandas, aku buka kasut dan terus angkat telefon nokia 3310 yang aku simpan dalam kasut itu tadi. Aku jawab telefon dengan sopan,

Edsharvin: привет Я могу вам помочь? atau dalam bahasa melayunya, "Hello, boleh saya bantu?"

Boss: Ed, ada tugas khas untuk kamu. Kamu perlu ke New York sekarang!

Edsharvin: Yes yes, on my way boss. Bestnya dapat shopping..

Boss: Nanti dulu Ed, tak habis cerita lagi. Kamu diarahkan untuk menyertai KA Program. Program ini dianjurkan oleh Khidmat Masyarakat Russia yang lebih kepada aktiviti bunuh membunuh. Disana anda perlu berjumpa dengan Agent Evelyn Salt. Harus diingat, Evelyn Salt bukan adik beradik GulaGaram tau, tapi seorang agent yang licik, bodynya sexy, bibirnya menawan ala ala Angelina Jolie. Kalau sampai kat sana nanti, awak kirim salam sayang kat dia. Minta dia sign poster bawah ni untuk aku k.



Edsharvin: Baik boss..

Tanpa melengahkan masa, aku terus ke Sheremetyevo International Airport. Inilah sebenarnya kerja aku. Aku adalah seorang Russian Spy. Nantikan kesudahan cerita ini dipawagam kelak.


detik hatiku: Alangkah bestnya kalau dapat berlakon bersama Angelina Jolie

Entri ini untuk pertandingan Nuffnang. Jangan lupa support aku.

4 Blogger kasi response. .

LionGirl Author
July 6, 2010 at 8:59 PM

All the best! Like your cerita hotdog lah!

Reply
Sofea Author
July 7, 2010 at 5:52 AM

Thanks, Good luck to you too..

Reply
Nana Eddy Author
July 8, 2010 at 5:49 PM

ngeh ngeh ngeh..very the funny...

Reply
Sofea Author
July 13, 2010 at 1:10 AM

Tq nana hehehe

Reply

Post a Comment

Cer komen skit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...