Wednesday, June 9, 2010

Perpindahan

***

Bulan ini kita di kejutkan dengan pemergian Encik Rafael "Rafa" Benítez Maudes yang telah berpindah dari Liverpool ke Milan. Kenapa beliau berbuat demikian? Mungkinkah reputasinya akan tercemar jika beliau kena pecat, lebih baik angkat kaki dahulu. Masuk dan keluar cara baik.

Sebaliknya pada Francesc "Cesc" Fàbregas. Kapitan yang di sanjung oleh para kipas susah mati si meriam yang kini dalam dilema. Beritanya seringkali di papar di akhbar akhbar tempatan uk mahupun di coretan coretan hasil nukilan para penulis internet mengenai perpindahan beliau ke Barca. Hatinya sudah pun tawar ke atas pasukan si meriam kerana tidak ada memenangi apa apa piala semenjak kehilangan the kapitan Viera, the jambu's Pires dan the legend Henry. Beliau amat tertarik untuk kembali ke kelab lama beliau iaitu Barca yang penuh dengan superstar. Mungkinkah beliau telah fikir masak masak apa yang pernah terjadi pada rakan pasukannya yang pernah ke kelab itu. Adakah beliau akan menjadi tonggak utama sebaris dengan superstar barca seperti messi, xavi dan inesta.

Pada pendapat aku, terpulang pada si Kapitan sama ada dia perlu pindah mahupun tidak. Sebagai pengajaran beliau boleh melihat sendiri keadaan para pemain si meriam apabila ke Barca. Hasil selepas perpindahan tidaklah se-Gah yang diimpikan. Fikir fikirkan lah.

***

Apa yang menarik minat aku adalah posisi Penjaga Gawang Pintu Gol Si Meriam. Posisi ini sedang di cari oleh Encik Wenger selepas kekecewaan beliau terhadap Penjaga Gol no 1 si Meriam, harapan setinggi gunung penyokong kipas susah mati ini tidak memberi impak maksima yang berkesan pada kelab itu sepanjang perlawanan.


Ini memberikan kesan positif terhadap diri aku untuk mencuba nasib.

Berikut adalah surat yang bakal aku submit tak lama lagi untuk pasukan Si Meriam.

***


***

Ini pula gambar kenangan ketika aku menyarung jersi keeper



Gambar ini dipetik dari futsal ibil.
Naib Juara pada Kejohanan Futsal IBIL.

Gambar ini di edit sepenuhnya oleh aku.
Juara pada Kejohanan Inter-Course di UNIKL MICET.

Video perlawanan masih aku simpan. Kalau aku ada masa, teringin juga aku nak buat video "Road To Champion FCET 3rd".

Teriakan suara penonton semasa aku menjadi golie sebelum menjadi juara.

"Woi Ed, Meh sini duduk tepi pandang minum teh, kita lepak lepak dulu, bola bukan sampai kat ko pun"

"Tak dak keeper pun tak pa, depa bukan boleh score"

Aku macam biasa, layan saja kerenah mereka sambil membalas senyuman. Memang betul pun cakap mereka.


detik hatiku : kenangan ketika jadi golie dahulu kala.

Saturday, June 5, 2010

Mandrom Doraisamy

***

Aku tak tahu kenapa jadi macam ini. Kurang dalam masa sebulan, aku dah dua kali pergi makan kat jalan Doraisamy.

Arghh sudah aku rasa dah kena mandrom. Sedap pula bila malam malam lepak kat sana sambil menyaksikan Menara Kuala Lumpur yang terpacak megah dipersada langit, kedengaran deruman ekzos kereta kereta mewah seringkali memoyokan diri sepanjang jalan, kelihatan gadis gadis yang tidak cukup kain jalan terhuyung hayang dan aku pula menikmati roti sebuku di cicah pula dengan sup kambing yang pekat lagi lazat di tambah pula dengan nasi lemak yang lemak manisnya bila dimakan.

Terliur tak..

Aku dah pekena dah semalam. Anda bila lagi? Senang saja parking dekat Capsquare jalan pergi restoran Kassim Mustafa, order air, order sup, makan nasi lemak. Settle..

detik hatiku: aku tak kisah, makan banyak banyak pun, badan still maintain.

***

Friday, June 4, 2010

Kenangan Zaman Sekolah

sambungan dari entri : Guru Besar

***

Aku tersenyum sendiri. Alangkah bestnya kalau dapat kembali ke zaman persekolahan. Hakikatnya pada ketika itu aku tidak lah dikenali ramai. Aku lebih pemalu dan kurang bersosial. Sifat pemalu menguasai sepenuhnya diri aku ini.

Baru baru ini, ramai pula rakan rakan dari sekolah High School BM dan sekolah Teknik Kulim yang add aku dalam facebook. Seronok bila tengok keadaan kawan kawan aku yang dah berjaya. Bagus juga dapat berhubung dengan diorang semua. Boleh mengeratkan silaturrahim. Merapatkan apa yang jarang.

Bila terkenang pada zaman sekolah dulu. Aku rasa macam best.

Dulu budak budak High School memang suka lepak kedai Mario. Sebelum pergi sekolah atau pun pergi tuisyen, aku memang suka singgah kat kedai Mario. Tujuan utama adalah untuk bermain Winning Eleven tak pun Tekken dengan kadar harga RM1 selama 15 minit. Walaupun berhimpit himpit, aku memang tetap akan pergi situ. Mengasah skills jari yang terpendam lamanya. Main game sampai ibu jari keras. Kalau bapa mertua rasa jari mesti dia cakap "Hang nie baguih, tangan kasaq, selalu buat kerja keras nie, senang la nak tolong bapa bajak sawah nanti?".

Aku senyum sambil hatiku berdetik "wujud lagi ka kedai Mario tu?".

Kalau hari sabtu, lepas ko-Q aku akan lepak kat Summit BM. Agenda memang tak dak selain pusing pusing usya cikaro tak pun main Bowling dan Daytona. Sekurang kurangnya aku berjaya juga dalam arena permainan Daytona apabila merangkul sebagai juara perseorangan dalam kategori advance. Tak sia sia aku melabur tiap tiap minggu dekat sana.

Gang black metal memang bersepah sepah ketika itu. Mereka dengan berpakaian extreme, jacket hitam disaluti dengan paku, dipadan pula dengan jeans hitam koyak rabak dan Bot Hitam High Cut berkilat. Kalau sekali tengok mak bapa pakcik makcik nenek atuk mereka pasti takkan cam itu anak, anak sedara mahupun cucu meraka.

Tapi ada aku kesah.

Bukan nak gebang, paling best bila aku dahaga, aku akan lepak kedai cendol dekat medan MARA tengah tengah pekan BM. Kedai cendol bapa member aku juga. Memang terbaek cendol situ. Memang sekali pekena, mandrom sampai sekarang.

Kadang kadang aku lepak dekat KTM BM, pekena laksa penang. Murah dan sedap walaupun kalau bawa chikaro vogue mesti kedai tu kena reject, apatah lagi kalau bawa MPSP, sure kena saman. Zaman tu mana ada aku nai memikirkan ciri ciri kebersihan. Janji melantak murah dan sedap.

Tapi itu semua zaman sekolah.

***





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...