Showing posts with label Alkisah Makan. Show all posts
Showing posts with label Alkisah Makan. Show all posts

Friday, September 14, 2012

Fried Spiralls Macaroni

***

Bulan Ramadhan yang lalu,

My Wife try buat Fried Spiralls Macaroni


My Wife memang buat lebih.

Jadi nak mengeratkan silaturrahim

My Wife hantar sepinggan ke rumah jiran sebelah jam 6.30 petang.

My Wife: Assalamualaikum

Jiran Sebelah: Walaikumsalam

MyWife: Bang, ni ada skit juadah untuk berbuka puasa, Macaroni Goreng

Jiran Sebelah: Ohh terima kasih, sesusah je..

My Wife: Tak de la susah mana pun.. Ni nak pesan skit, baik baik bagi budak budak tu makan, sebab Macaroni tu sangat pedas, takut budak budak tu tak tahan.

Jiran Sebelah: Ehhhhh..... (fill in the blank, if you know what i mean)

Kantoi sudah.

Seriously

Alkisah rasa Macaroni tu masa berbuka

Memang pedas

***



Friday, January 6, 2012

Masak Memasak

***

Beberapa minggu lepas Alkisah banyak menonton rancangan realiti masakan

Rancangan yang kita tidak perlu mengundi sms banyak bagi diorang juara

Cuma

Rancangan ini banyak menguji kita dari segi deria mata

iaitu dengan menilai dari sudut penglihatan kesedapan makanan yang diorang masak

&

menguji deria rasa

iaitu dengan menelan air liur banyak banyak

Kita akan rasa air liur tetapi Chef yang dalam TV saja yang dapat rasa keenakan makanan itu

Ok Finee

***

Antara rancangan masak masak yang Alkisah suka tengok adalah

E&O AFC's Next Master Chef

Judge dia sangat power, tambah tambah si Bruce Lim..

Kalau tak sedap.. dia terus hempas pinggan

Bruce Lim juga mempunyai rancangannya sendiri iaitu The Boss

Finale AFC's Next Master Chef menyaksikan Diane Vs Dino

Diane yang sangat sweet



dikalahkan oleh kepada Dino


Akhirnya Dino dinobatkan sebagai Juara AFC's Next Master Chef


***

Settle saja Celebrity Chef

Alkisah menumpukan perhatian ke

Master Chef Malaysia

&

Ia akan berakhir pada Ahad ini



Ezani Vs Wahidan

Walaupun profesion mereka berbeza

tapi bila berada di Master Chef

semua itu ditinggalkan bagi merebut Gelaran Master Chef Malaysia

Agak agak siapa yang masak sedap?

Ermm

Kalau Alkisah memang susah nak agak

Diorang kena jemput Alkisah

&

Bagi Alkisah rasa

Baru Alkisah boleh umumkan sapa pemenangnya

Ehhh

Tetiba

Sapa yang juri ni??

K Finee

Alkisah nak pergi menyantap sekejap

***

source:


Saturday, November 20, 2010

Peranakan Place

***

Okay, semalam Alkisah hangout dengan tunang ke OU. So lama juga Alkisah tak pergi OU, last sekali pergi masa tu time tengok wayang cerita Magika.

Kalau dah pergi One Utama, mesti ada tujuan. So tujuan utama Alkisah nak cari tie untuk wedding Alkisah nanti. Pada mulanya Alkisah nak angkat carvet macam gambar kat bawah ni:



Disebabkan faktor faktor tertentu, Alkisah membatalkan hajat lalu Alkisah beli tie yang lain. Ada satu ie yang memang cun habis. Ok next event bulan 2, Alkisah sure akan beli tie tu.

Ok program seterusnya adalah makan malam, So jalan punya jalan kitaorang singgah kat Peranakan Place dekat depan News Cafe OU.

So kalau dah duduk makan kat Restoran Peranakan, apa menu yang korang akan makan?

Ok mari kita kenali dulu apa itu Peranakan. Peranakan atau ia lebih dikenali sebagai Baba Nyonya yang majoritinya ada di Melaka. Korang boleh layari wiki-pe-dia : Peranakan untuk maklumat dengan lebih lanjut.

Restoran Peranakan ini lebih kepada masakan Baba Nyonya. So dalam kepala hotak Alkisah tak der benda lain selain Asam Pedas. Jadi Alkisah ambil set untuk makan 2 orang iaitu set A yang terdiri daripada Asam Pedas Ikan (Nyum Nyum), Ayam Masak Hijau (Serious Alkisah tak tau ayam masak apa.), Telur dadar dan Sambal Lady Finger a.k.a jari wanita atau lebih dikenali sebagai Bendi kalau di pasar basah.

Serious terbaik masakan dia. Kalau tengok dara segi rupa, korang sure cakap macam pedas, tapi sekali Alkisah rasa, endah rupa dari rasa. Bendi bersama sambal adalah faveret Alkisah. Sambal dia sedap dan tak pedas langsung. Kalau korang peminat sayur Bendi, korang boleh try makan bendi cicah sambal dia. Nyum Nyum. Rasa manis manis gitu. Asam Pedas Ikan pun tidaklah pedas sangat. Memang enak dimakan bersama nasi + telur dadar + bendi + sambal. Nyum nyum.

Ia memang terbaik. Tak rugi kalau korang nak merasa masakan Peranakan ni. Akceli, banyak lagi Alkisah belum rasa seperti ABC, cendol dan macam macam lagi menu yang ada. Tengok boleh tahan sedap juga. May be next time, Alkisah singgah makan lagi kat situ.

***


Tuesday, October 26, 2010

Makan

***

Putu Mayam

Serious Alkisah dah lama tak makan Putu Mayam. Area KL memang susah nak cari, kat Penang pun Alkisah dah tahu nak cari kat mana. Masa kecik kecik dulu ada juga ibuku membelinya di Bayan Baru, tapi kini ia susah dicari. Mungkin Alkisah yang malas mencari.

Sebenarnya Alkisah tengah lepak dalam kereta disebuah pekan yang dinamakan Pontian sambil menanti tunangku photostat ic dan sijil sijil, Alkisah ternampak seorang uncle yang sedang mengayuh basikal diberhentikan oleh sebuah kereta Merc hitam yang dinaiki 2 orang aunty (seakan akan berstatus Datin). Uncle itu turun dari basikal lalu membuka peti belakang basikalnya dan diisinya Putu Mayam. Terliur sejenak Alkisah. "Dah lama Alkisah tak pekena Putu Mayam", bisik hatiku. Inilah masanya Alkisah mencuba Putu Mayam Johor. Adakah ianya sama seperti di Penang?

Alkisah membelinya dengan harga RM3, tenyata Putu Mayamnya besar besar belaka tapi rasanya kureng sedikit.

Keesokannya, ibu si tunang Alkisah membeli Putu Mayam di Pasar Perling, ternyata ia lebih enak, lembut dan gula merah lebih halus berbanding semalam. Apa yang penting bagi Alkisah, Alkisah dapat merasa Putu Mayam yang sudah sekian lama Alkisah tak makan.


Cendol, Otak Otak & Tauhu Bakar

Setelah berurusan di Pejabat Agama, Alkisah berhajat untuk berjumpa dengan Tuan Kadi, tetapi Tuan Kadi suruh Alkisah datang lewat petang sedikit. Jadi Alkisah mengambil keputusan untuk pekena minum petang bersama si tunang.

Kami lepak di sebuah gerai makan di sebelahan stesen bas Pontian. Disitu Alkisah lihat ada beberapa gerai yang menarik untuk dijadikan juadah makan petang. Bagi Alkisah, makan ringan ringan sudah memadai. Alkisah order Cendol dan Tauhu Bakar tetapi apakan daya Otak Otak mereka letak di atas meja. Berbekalkan perut yang kecil dan nafsu yang besar, Alkisah makan semuanya. Tak rugi kalau korang datang makan kat sini, harganya sungguh berpatutan. Alkisah terlihat ada sebuah gerai di situ yang menjual Murtabak. Apa yang dapat dilihat oleh Alkisah, Murtabaknya seolah olah seperti Murtabak Singapore. Besar memang besar, cuma Alkisah tak berkesempatan untuk mencubanya. Next time okay..

Burasak

Burasak adalah sejenis makanan orang Bugis. Ia seringkali dimasak ketika menjelangnya Hari Raya. Alkisah pun pernah dengar dengar saja tapi untuk merasa Burasak, belum pernah lagi. Kali ini Alkisah dapat merasa Burasak, hasil dari tangan atuk tunang Alkisah sendiri. Boleh tahan juga rasanya, Alkisah makan Burasak dengan kuah kacang dan juga asam pedas ikan. Sesuatu yang baru dalam hidupku. Baru true Bugis.

detik hatiku : Lepas nie kena jaga pemakanan. Makan banyak exercise kurang, bahaya Ooo

***

Sunday, September 12, 2010

Picca Picca Raya

***

Hidangan Hari Raya Ke-2

Nasi Beryani Pakistan yang dimasak oleh mak aku.

Udang Masak Merah

Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Rendang

***

Picca Family Raya


Like Father Like Son


Katil & Bilik Raya

***


Saturday, June 5, 2010

Mandrom Doraisamy

***

Aku tak tahu kenapa jadi macam ini. Kurang dalam masa sebulan, aku dah dua kali pergi makan kat jalan Doraisamy.

Arghh sudah aku rasa dah kena mandrom. Sedap pula bila malam malam lepak kat sana sambil menyaksikan Menara Kuala Lumpur yang terpacak megah dipersada langit, kedengaran deruman ekzos kereta kereta mewah seringkali memoyokan diri sepanjang jalan, kelihatan gadis gadis yang tidak cukup kain jalan terhuyung hayang dan aku pula menikmati roti sebuku di cicah pula dengan sup kambing yang pekat lagi lazat di tambah pula dengan nasi lemak yang lemak manisnya bila dimakan.

Terliur tak..

Aku dah pekena dah semalam. Anda bila lagi? Senang saja parking dekat Capsquare jalan pergi restoran Kassim Mustafa, order air, order sup, makan nasi lemak. Settle..

detik hatiku: aku tak kisah, makan banyak banyak pun, badan still maintain.

***

Thursday, April 22, 2010

Nasi Goreng Seafood ala Italy


***

Bahan-bahannya:

* Sayur:
1/4 biji - Lada Benggala
1 biji - Cili Merah atau Lada Merah kalau orang johor cakap
5 biji - Bendi (haruslah direbus)

Sayur-sayur ini boleh dipotong mengikut kretiviti anda.

* Seafood:
Sotong
Udang

Udang kalau boleh dikopek kulitnya, manakala sotong boleh di cincang 14 kalau anda mahu.

* Nasi (ikut berapa ramai orang anda nak jamu)
* 2 Biji Telur (ini kena tengok berapa yang anda ada)

Cara caranya:
1 - Masukkan minyak ikut sesuka hati anda.
2 - Agak agak minyak dah panas, masukkan perencah Adabi beberapa paket yang anda suka.
3 - Bila bau dah naik sampai jiran sebelah cakap "Ermmm sedapnya bau". Baru anda masukkan semua seafood yang telah disediakan.
4 - Tunggu sampai seafood masak elok. Maka boleh lah anda masukkan nasi ke dalam kuali.
5 - Gaul nasi sehingga sebati sampai tiada kesan putih putih pada nasi.
6 - Jangan lupa masukkan telur ye. Pecahkan 2 biji telur ayam ke dalam kuali bersertakan sos tiram dan sos cili sesedap rasa.
7 - Akhir sekali masukkan sayur sayur yang telah penat anda potong tadi.
8 - Gaul Nasi Goreng sampai ianya masak.

Patang Larang: Anda dilarang menyanyi ketika memasak nasi goreng ini.

Resipi ini adalah hak milik http://saedramadhan.blogspot.com/ sebab aku baru try masak 15 minit yang lalu. Selamat mencuba.

***

Sunday, November 29, 2009

Apekah!! Nasi Goreng..

Hari ini aku 100% gagal, sudah lama aku tidak memukul kuali dengan senduk. Seringkali mem'poyo'kan diri mengeluarkan kepulan kepulan asap kecil dan bising bising hentakan batu lesung ke atas bawang putih dan merah di dapur. Kononnya nak berjimat cermat demi mengumpul duit untuk sesuatu benda. Beginilah hidup bujang aku.

Kenapa aku tak pandai masak macam mak aku? Kenapa mak aku tak turunkan skills memasak kat aku? Apekah rahsia masakan mak aku?

Kalau aku minat memasak sejak kecil, sudah semestinya aku dah setanding chef wan.

Aku cuma memiliki kehebatan yang diturunkan oleh bapa aku saja, iaitu Skills Mc Gyver. Apa boleh buat, Like Father Like Son.

Ketidaksedapan nasi goreng aku kali ini membuatkan aku untuk lebih peka menulis dari makan nasi goreng aku itu. Tapi apakan daya, aku kena habiskan. Tak pasal pasal nasi akan menangis malam ini di dapur. Aku tak nak kenangan siri seram aku berulang lagi.

Aku tidak kisah, jam baru saja menunjukkan pukul 9.18 ketika ini. Banyak lagi masa untuk aku habiskan nasi goreng itu. Satay goreng dan kuah kacang pun belom dipanaskan lagi. Ia mungkin akan jadi santapan kunyahan semasa menonton bola pada malam ini. Makan lagi. Untungnya, aku masih kurus dan tidak montel.

Arggg patut la..

Aku lupa masukkan garam dan telur dalam nasi goreng aku. Berangan betul aku ni. Tak pa. Esok try lagi sampai nasi goreng aku jadi hebat seperti nasi goreng di gerai SHUKUMVIT.

detik hatiku: aku takkan mengalah, selagi nasi goreng yang aku masak tak sedap, aku akan cuba sampai ianya sedap.

Friday, November 27, 2009

Makan Edisi Raya Korban

Ketibaan aku di Pulau Pinang semalam bukan saja di sambut dengan bidari Air Asia yang vogue dan seksi, tetapi di sambut baik oleh ibu ku dengan masakan dia, Perghh meleleh air liur.

Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana walaupun ibu ku masak yang amat sedap, tapi aku tetap maintain slim shaddy. Semua rakan aku tahu, bab makan aku tak cerewet. Untung kalau korang bawa dan belanja aku makan, insyallah aku boleh makan kecuali ikan keli.

Memandangkan hari ini Hari Raya Korban bersamaan Hari Jumaat, Masjid Kampung Baru Alma tidak menjalankan aktiviti korban pada hari ini tetapi digantikan dengan keesokan harinya. Maka dengan itu, tiada gambar Lembu akan dipaparkan hari ini.

Apa yang aku nak kongsi bersama anda ialah gambar yang aku shoot semalam, dimana ketika ibu ku tengah syiok masak bagi menyediakan juadah berbuka puasa dan rendang hari raya.

Rendang Daging #1

Rendang Daging #2

Kari Udang.. nyum nyum

aku selalu sebut ketupat ini : Ketupat Pallas Jazz


detik hatiku : Raya sama dengan Makan sedap..





Sunday, July 19, 2009

Dhubai

Suasana pagi yang terik, padang yang lapang, membuat aku tercari-cari air. Tibanya aku di lobby, aku terlihat ada satu vending machine. Tanpa berlengah lagi, aku mengeluarkan duit syiling lalu memasukkannya dalam vending machine itu. Berbagai jenis air terpapar di bahagian menu tetapi air cokelat menjadi pilihan hati ku.

Sedegup demi sedegup aku meminum air cokelat itu. Aku merasa lega dan terus bertenaga untuk bekerja. Langkah aku terus ke lif dengan bersemangat nak mulakan kerja.

** Beberapa Jam Kemudian**

Jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Ada pula member aku menyahut.

Member: " Wei korang dah rasa ke belom?"


Aku: "Aku dah rasa, korang macam mana?"


Member: "Jom pekena nasi kambing"


Member-member lain sahut: "oraite"


Masing-masing cargas turun ke lobby lalu berkongsi kereta ke Al-Baraka tidak jauh dari opis kitaorang. Sampai saja disana aku terus meminta air barbican apple. Macam-macam menu ada kat situ dari makanan ringan sampai ke makanan yang berat. Pada mulanya aku berasa gentar untuk mencuba nasi kambing, kerana pernah sekali aku pekena kat SABA, aku terasa pening-pening. Itu semua bukan halangan buat aku untuk mengatakan tidak kepada nasi kambing. Apa yang penting kepuasan perut untuk hidangan tengah hari ku.

Lepas beberapa minit kemudian, Nasi Kambing bersama air barbican apple terhidang atas meja makan aku. Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, aku memulakan suapan yang pertama. Pergh meleleh babe nasi dia bila dikunyah-kunyah bersama daging kambing yang lembut. Hanya tekak aku saja yang dapat merasakan kesedapannya. Hidangan ini membuat aku terlalai lalu baru aku perasan, rupanya dah abis pun makanan aku. Tak ku sangka, cepat juga aku makan atau aku ni yang terlalu lapar.

Sungguh menakjubkan suasana disini, dikelilingi dengan orang-orang dari benua Arab, merasa masakan mereka yang lazat dan dibanjiri dengan awek-awek berjubah dan mempunyai mata yang cantik membuat aku tergoda.

hidangan tengahariku

Rakan-rakan seperjuang yang memperjuangkan hak perut masing-masing.


detik hatiku: g-bum, aku pun makan nasi arab la hehe . entrynya disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...