Wednesday, January 29, 2014
Tuesday, January 28, 2014
Jawapan untuk soalan Astro IPTV #2
***
***
Terima Kasih kepada ARA kerana sudi bertanya.
Jadi aku terpaksa buat satu entri untuknya.
***
Alhamdulillah, setakat ni internet down dan freeze tu boleh kira dengan jari.
Sebenarnya ada solutionnya.
Ini dari pengalaman aku.
Modem internet aku disambungkan dengan STB Astro dan PS3.
Pernah sekali tu internet down.
Aku try power off/on modem pun tak jalan.
Jadi aku call Astro Helpdesk.
cuba punya cuba pun tak jalan.
***
Last last aku dapat idea.
Network adalah bidang kerjaya aku.
Ewahh..
Cara atasinya mudah saja.
1. Cabut cable network yang tidak berkaitan pada modem Maxis. Biarkan cable network yang connected dengan STB Astro.
2. Power off modem Maxis dan STB Astro, selama 10 saat, kemudian on balik.
3. On Astro, kemudian check Setting > IP Diagnostic
4. Jika tidak berjaya, boleh cuba power off modem TM selama 10 saat, kemudian on balik.
ikut step no 3.
Selain itu korang boleh test dahulu internet connection pada handphone/tab/laptop/desktop. Jikalau internet tak berfungsi. Ini bermakna internet problem.
Jika semua step dah follow, tapi masih tidak berfungsi, boleh call Astro untuk minta bantuan atau buat laporan.
***
Kalau Freeze / Lagging
1. Tekan butang "back" atau tukar channel lain.
2. Kalau tidak berjaya, power off STB Astro selama 5-10 saat sehingga ada waktu / jam pada STB Astro, kemudian on balik.
***
Bagi yang terlupa bagaimana STB Astro disetup,
boleh layari link I'm on Astro IPTV.
atas kiri : Modem TM kanan: Modem Maxis
bawah: STB Astro (Setup Box)
***
Bad reviews??
Sebelum aku pasang Astro IPTV.
Aku dah survey dari segi teknologi dan minta pendapat engineer network Maxis.
Sebab tu aku berani ambil risiko.
Manusia memang suka complain, tak semua benda perfect.
Kannn..
Mungkin ada sesetengah tempat yang bermasalah, atau owner tu sendiri bermasalah.
Bagi aku senang, setiap masalah ada solution.
Jadi, berdikari dan bertanya pada pakar bagaimana nak atasinya.
Always Think Positive.
tepuk dada tanya selera.
***
Kalau dulu aku bayar dua bil Astro dan Streamyx 1Mbps boleh cecah RM300
Sekarang dalam satu Bil Astro bersama internet 10 Mbps, hanya Rm256.
Berbaloi tak??
***
Labels:
Astro IPTV
Cara menggunakan Perfume dengan betul untuk lelaki
***
Acapkali aku lalu depan kawan kawan yang kerja di pejabat.
Bau diorang, pergh bukan main menusuk lubang hidungku.
Orang terdekat adalah bapaku sendiri.
Apakah rahsia mereka?
Perfume berkekalan dari pagi hingga ke malam?
Pertama kali aku dapat perfume adalah semasa hari lahirku.
Hugo Boss Bootled (5-6 tahun guna baru habis)
2nd masa hadiah hantaran kahwin
Hugo Boss Night (3 tahun guna still ada lagi)
3rd hadiah Anniversary
Polo Double Black (baru guna sebulan, ntah plak bila nak abis)
***
Akceli aku suka perfume bottle color hitam dan sayang plak nak gunakannya.
Sebab ianya mahal, jadi dulu masa bujang a.k.a bengap
Aku cuma pakai sikit sikit je, takut cepat habis.
Nak bazir duit semata-mata beli perfume.
Baik aku habiskan duit untuk makan makan.
Bleh tak macam tu??
Sekarang baru aku tahu,
Perfume ini adalah satu cara nak attarct orang kat kita.
Wahhh gitu..
Bukan niat nak cari lagi satu.
Cuma ia salah satu cara mudah didekati dan disenangi oleh klien.
ye klien.. bukan ke lain..
Ewah macam aku ni ada ramai customer je..
Ok, at least aku pergi office,
Boss bau kewangian aku,
tak jadi nak marah dan senang nak bagi bonus.
Wehuu..
kesitu plak.
***
Berbalik pada tajuk asal,
Aku rujuk kat wikiHow: apply cologne
tapi di translatekan pada bahasa kampung.
Kat anggota badan mana yang Best kalau kita spray perfume, orang sebelah lalu, harum baunya sampai terkalih kalih tengok kita, wah gitu..?
Menurut sumber yang boleh dipercayai seperti link wikiHow di atas, tempat paling gempak adalah di bahagian Nadi (Pulse Point) atau bahagian bahagian badan anda yang menghasilkan haba badan. Haba tersebut menyebabkan wangian akan terus bau sepanjang hari.
Jika boleh, elakkan menyembur perfurme pada baju/pakaian, ia menyebabkan kerosakan pada baju
dah baunye tak boleh tahan lama.
- Pergelangan tangan (ini biasa orang buat)
- Belakang telinga (ini agak luar biasa)
- Dada
- Leher
***
Setakat ini saja pengongsian ilmu mengenai cara penggunaan perfurme bagi lelaki
Jika anda ada rahsia selain dari di atas,
Mungkin ada blogger wanita sembur perfurme di blindspot yang kita tidak tahu,
Sudi sudikan lah share bersama blogger di bahagian comment dibawah
Selamat berwangi wangian
XOXO
***
Labels:
perfume
Subscribe to:
Posts (Atom)




