Showing posts with label Astro IPTV. Show all posts
Showing posts with label Astro IPTV. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

Jawapan untuk soalan Astro IPTV #3


***

Lagi sekali aku dapat soalan cepu emas dari pembaca.
Untuk menjawab soalan ini, berdasarkan gambarajah UNIFI itu sendiri, rata-rata bangunan apartment dan flat di Malaysia masih menggunakan COPPER sebagai tunjang cable dalam bangunan.



Apa bezanya Fiber dan Copper?


Walaupun kalau kita lihat FIber mempunyai bandwith yang besar dan kelajuan sehingga 10 Gb dengan jarak yang jauh berbanding copper, tetapi ada sebab musabab kenapa bangunan tinggi di Malaysia masih menggunakan COPPER sebagai pilihan utama.

Sebagai kaedah yang tertua penghantaran data, tenaga kerja terlatih untuk membaiki dan perkhidmatan media komunikasi ini mudah didapati. 

COPPER boleh digunakan untuk kedua-dua analog dan penghantaran data digital. Jalur lebar bergantung kepada ketebalan wayar dan jarak yang dilalui, tetapi beberapa megabit sesaat boleh dicapai untuk beberapa kilometer. 

COPPER media yang paling murah untuk penghantaran untuk jarak yang pendek. Jika sebahagian daripada satu kabel pasangan terpiuh rosak, keseluruhan rangkaian tidak ditutup kerana ia mungkin berlaku dengan kabel coaxial.


Disadvantage Fiber

Kos - Harga pemasangan fiber mahal walaupun ia lebih tahan lama dari COPPER.
Rapuh - FIBER adalah sensitif dan mudah pecah, tidak boleh dibengkokkan. Oleh itu ia memerlukan perlindungan yang tebal disekitar kabel berbanding COPPER

***

Bagi aku..

Syarikat Telco di Malaysia belum sampai tahap nak menyediakan 1GB a.k.a 1000 Mpbs bandwidth untuk setiap pelanggan, Paling hebat pun baru 30 Mbps. Maka dengan itu, sudah memadai untuk satu COPPER untuk sebuah rumah mahupun bangunan tinggi.

sumber: SoyaCincau

Mungkin ada sesetengah apartment di Malaysia yang bernilai jutaan ringgit ataupun bangunan-bangunan pejabat mancakar langit yang telah menggunakan FIBER sebagai tunjang telekomunikasi dalam bangunan mereka. Itu aku tak pasti. Tahap pengajian aku tak sampai lagi seperti Michael Scofield.


ChEeRss.. So you later.. alligator.. kalau salah sila perbetulkan aku..

***

Tuesday, January 28, 2014

Jawapan untuk soalan Astro IPTV #2

***


***

Terima Kasih kepada ARA kerana sudi bertanya.
Jadi aku terpaksa buat satu entri untuknya.


***

Alhamdulillah, setakat ni internet down dan freeze tu boleh kira dengan jari.

Sebenarnya ada solutionnya.

Ini dari pengalaman aku.

Modem internet aku disambungkan dengan STB Astro dan PS3.

Pernah sekali tu internet down.

Aku try power off/on modem pun tak jalan.

Jadi aku call Astro Helpdesk.

cuba punya cuba pun tak jalan.

***

Last last aku dapat idea.

Network adalah bidang kerjaya aku.

Ewahh..

Cara atasinya mudah saja.

1. Cabut cable network yang tidak berkaitan pada modem Maxis. Biarkan cable network yang connected dengan STB Astro.

2. Power off modem Maxis dan STB Astro, selama 10 saat, kemudian on balik.

3. On Astro, kemudian check Setting > IP Diagnostic 
tunggu sehingga (Ethernet Connection Status: Connected) (IP Connection Status: Success)


4. Jika tidak berjaya, boleh cuba power off modem TM selama 10 saat, kemudian on balik.

ikut step no 3.

Selain itu korang boleh test dahulu internet connection pada handphone/tab/laptop/desktop. Jikalau internet tak berfungsi. Ini bermakna internet problem.

Jika semua step dah follow, tapi masih tidak berfungsi, boleh call Astro untuk minta bantuan atau buat laporan.

***

Kalau Freeze / Lagging

1. Tekan butang "back" atau tukar channel lain.

2. Kalau tidak berjaya, power off STB Astro selama 5-10 saat sehingga ada waktu / jam pada STB Astro, kemudian on balik.


***

Bagi yang terlupa bagaimana STB Astro disetup,
boleh layari link I'm on Astro IPTV.


 atas kiri : Modem TM kanan: Modem Maxis
bawah: STB Astro (Setup Box)

***

Bad reviews??

Sebelum aku pasang Astro IPTV.
Aku dah survey dari segi teknologi dan minta pendapat engineer network Maxis.
Sebab tu aku berani ambil risiko.

Manusia memang suka complain, tak semua benda perfect.
Kannn..

Mungkin ada sesetengah tempat yang bermasalah, atau owner tu sendiri bermasalah.

Bagi aku senang, setiap masalah ada solution.

Jadi, berdikari dan bertanya pada pakar bagaimana nak atasinya.

Always Think Positive.

tepuk dada tanya selera.

***

Kalau dulu aku bayar dua bil Astro dan Streamyx 1Mbps boleh cecah RM300

Sekarang dalam satu Bil  Astro bersama internet 10 Mbps, hanya Rm256.

Berbaloi tak??

***


Tuesday, November 19, 2013

Jawapan untuk soalan Astro IPTV

***




Anonymous
October 22, 2013 at 12:59 PM 
Bro..line down tu...line TM down maksudnya? if line TM down semua la down (internet Astro & siaran Astro),,

bandwidth astro utk internet & iptv berbeza kan...jadi if line TM ok..tp internet down, IPTV masih jalan kan?

jadi apa fungsi piring tu sekarang? dia jadi hybrid mode ke kalo iptv down dia tukar ke piring mode?

berapa lama nak tunggu dia datang install lepas register?

& berapa lama siap masa dia install tu?

~bob

***

Terima kasih kepada Bob yang sudi tanya soalan di entri I'm on Astro IPTV

Minta maaf juga, sebab aku mengambil masa yang lama untuk menjawabnya, sebab aku terlampau sibuk sesibuk sibuknya.

Dikesempatan ini, aku cuba jawab yang mana mampu.

Untuk pengetahuan semua, aku bukan kerja dengan Astro mahupun Maxis.

Aku hanyalah insan yang tahu serba sedikit tentang IPTV.

***

Antara soalan soalan Bob ini, aku dah pernah tanya, kaji selidik dengan gang gang Astro dan Maxis sebelum aku memberanikan register Astro IPTV.

Jadi, aku akan share apa yang aku tahu.

***

Bob

Bro..line down tu...line TM down maksudnya? if line TM down semua la down (internet Astro & siaran Astro),

Alkisah

Bagi memudahkan fahaman kita semua, Line Internet adalah dari Maxis. Jika line internet Down, maka siaran Astro dan Internet akan Down.

Jadi, anda hanya perlu menghubungi pihak Astro untuk memulihkan semula seperti sediakala.

Tapi apa guna TM dan Maxis, modem diorang ada install sekali? (soalan tambahan aku, jika kalau korang ada soalan macam nie.)

TM dan Maxis seperti penyumbang infrastructure kepada Astro dan Astro adalah one stop center untuk package IPTV nie. Jadi anda tidak perlu call TM mahupun Maxis. Itu adalah tanggungjawab Astro untuk menyelesaikan masalah.

Bob

bandwidth astro utk internet & iptv berbeza kan...jadi if line TM ok..tp internet down, IPTV masih jalan kan?

Alkisah

Ye betul, bandwidth Internet dan bandwidth IPTV berbeza. kalau rajin, rujuklah mana mana link berkaitan dengan IPTV technology.

Tiada istilah line TM ok atau tidak dan jangan kelirukan diri anda dengan line TM. Maxis adalah sumber Internet dan IPTV Astro. Belum terjadi lagi jika internet down, IPTV berfungsi. Seperti jawapan yang tertera dia atas,  kalau line Internet down, maka IPTV juga down.

Bob
jadi apa fungsi piring tu sekarang? dia jadi hybrid mode ke kalo iptv down dia tukar ke piring mode?


Alkisah

Piring tidak berfungsi lagi, tapi pada STB Astro, masih ada port untuk cable ke Satellite (a.k.a Piring Astro). Hybrid mode adalah salah satu idea terbaik. Aku dah usulkan perkara ini semasa Astro Customer Feedback baru baru ini. 

Sepertimana yang kita tahu, jikalau line Internet down, maka pengguna akan kebosanan dan marah sebab impaknya sangat besar. Internet dan TV tidak boleh digunakan.

Jadi aku sarankan kepada Astro, wujudkan Hybrid mode, incase Internet down, pelanggan masih boleh menonton Astro melalui Satellite. 

Untuk pengetahuan semua, ETR (Estimate Time to Resolve) Maxis adalah 4 jam. Jikalau anda ada gangguan IPTV mahupun Internet, jangan tunggu lama lama, terus hubungi Astro untuk Fix It.


Bob
berapa lama nak tunggu dia datang install lepas register?
& berapa lama siap masa dia install tu?

Alkisah

Dari pengalaman aku, untuk install Astro IPTV ini mengambil masa at least sebulan lebih selepas register. 


Installer Astro (install STB Astro dan Maxis modem) dan Installer TM akan datang, lebih kurang 4 jam mereka siap install semuanya.

Apsal lama sangat? (soalan tambahan aku, jika kalau korang ada soalan macam nie.)


Installer TM yang datang rumah aku hari tu sangat cermat, dia akan install dan test line sampai dapat connection yang tiptop. So far aku berpuas hati.

***


Aku harap Bob berpuas hati dengan jawapan aku, jika ada lagi persoalan, boleh rujuk pada pihak Astro yang lebih mengetahui produk mereka.

Nak tanya aku pun boleh, sila nyatakan persoalan anda diruangan komen jika ada.

***

Wednesday, September 4, 2013

I'm on Astro IPTV


***

Dulu aku teringin nak pakai IPTV, tapi disebabkan INFRA belum ada lagi kat area rumah aku, jadi aku terpaksalah redha.

entri tahun lepas: Astro IPTV & Euro 2012

***

Awal Jun haritu, Astro call "Encik, Apartment encik sudah boleh pasang IPTV".
 
Apa lagi, aku terus booking.

Aku belek belek contract Streamyx, yebaaa sudah matang.

***

Sebelum pemasangan, aku make sure dan study INFRA Astro IPTV sehinggalah hari pemasangannya.

dan baru aku faham,

"OOO cam nie ghupanya.."


Opss kenapa aku letak gambar UNIFI.

Untuk pengetahuan korang, setup untuk Astro IPTV lebih kurang UNIFI.

Walaupun Astro offer Line Maxis Fiber2home bersama Astro IPTV,

Hakikatnya INFRAnya dari TM.

Kalau rumah apartment, dari MDF ke Phone Socket dan BTU (Broadband Termination Unit / Modem) akan di"setup" oleh TM.

Manakala Maxis router akan di"setup" sebagai PG (Permise Gateway). Fungsi PG membekalkan 
Wi-Fi/Internet dan IPTV untuk TV.

Phone Socket -- (RJ11/Phone cable) --> BTU -- (RJ45/Network Cable) --> PG -- (RJ45/Network Cable)  --> STB

untuk memudahkan, BTU letak berdekatan dengan PG router maxis dan STB Astro decoder.
Biar phone cable/RJ 11 panjang dari network cable.

Kalau ada masalah Internet/Astro terus direct call ke Astro IPTV (03-95431543).


Atas Kiri : BTU (TM)  Kanan: PG (Maxis)
Bawah: STB (Astro)


Pros

  • Tiada ganguan ketika menonton Astro ketika hujan - test completed 
  • Kelajuan Internet yang awesome -  test completed 



Cons

  • Kalau line internet down, maka korang tak boleh surfing internet melalui PG dan Astro tv pun down dan hung.
  • Loading TV guide agak slow. Agak leceh bagi aku nak record cerita untuk hari hari mendatang.


***

So inilah sedikit sebanyak review aku sebagai pengguna Astro IPTV.

Anda bila lagi??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...